DIY: ukuran shawl halfmoon

Assalamualaikum,

hye all…

sorry sebab lambat tunaikan janji huhu…bukan sengaja nak melambatkan, tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan iaitu masalah gambar yang tidak dipindahkan ke dalam laptop huhu…anyway shawl yang orang buat tu dah hampir siap…tapi takde gambar full. so orang akan bagi ukuran berdasarkan gambar dari post orang sebelum ni

ni gambar yang orang post sebelum ni

Image

 

credit gambar kepada Google dan tuan punya…

orang gunakan 1.5 meter kain Sayonara Plain Japanese Chiffon. kain ni lebih tebal dari kain Chiffon biasa. ada dijual di Kamdar okeh. lagi satu tu orang tak ingat kain chiffon apa…ala2 japanese jugak la nama dia. kalau uols tanya Sales Assistant kat situ, dorang akan suruh uols ambik lebih dr 1.5 meters. since orang taknak shawl tu terlalu besar dan mengerbang, so orang ambik 1.5 meters je. lagipun orang bukan nak lilit2 shawl ni, just nak pinkan di bawah dagu, dan pinkan di kiri dan kanan bahu. 

ok ni gambar (bukan rajah :) ) untuk ukuran shawl tersebut

Image

jelas kan dengan ukuran tu? ok orang gunakan keseluruhan 1.5 meter kain. makanya diameternya adalah 1.5 meter @ 150 cm.. kalau kita gunakan diameter 150 cm, radiusnya mestilah separuh dari panjang tersebut. so radiusnya adalah 75 centimeter. tau tak kenapa kena gunakan separuh dari diameter tu?sebab…ni kan shawl halfmoon, separa bulat…kalau uols gunakan panjang yang kurang daripada tu, shawl u akan jadi senteng di sana sini. tak cantik okeh huhu… *berdasarkan pengalaman memotong shawl*

lagi 1 tips untuk pastikan yang shawl tu sama panjang dan berbentuk separa bulat, u angkat shawl tu, pegang pada bahagian bucu yang bertindah 3 tu. kalau bahagian bawah shawl tu sama panjang, maknanya shawl u tu dah bulat, so dah bolehlah dibawa untuk dijahit yayyyyy

orang terus je jahit tepi halus untuk shawl tu, senang. bukan semua kedai boleh jahit kelim di tepi tudung, auntie tu pon suruh orang hantar ke kedai lain untuk kelim tepi tudung tu. so orang decide untuk jahit tepi halus je terus, senang dan kemas :)

insyaAllah lain kali orang akan upload gambar shawl orang tu. kalau nak tempah pon boleh :)

semoga apa yang orang kongsikan ni berguna untuk kalian;P)

jumpa lagi, da <3

 

 

nota kaki: shawl yg lebih bulat boleh digunakan sebagai veil tunang/nikah/sanding… kalau xnak bulat, boleh runcingkan sedikit di kedua-dua hujungnya…terpulang pada kehendak pemakai…selamat mencuba :)

About these ads

78 thoughts on “DIY: ukuran shawl halfmoon

      • rasanya bidang 40 je. sebab tak besar sangat pon kain tu…
        saya pon tak pandai sgt..cuba jaya je memula tu hehe. buat contoh atas kertas. potong bagi besar sket kain tu. then lepas potong baru trim tepi2 dia bagi jadi bulat elok. 1st time buat bengkang bengkok jugak hehe

  1. salam,
    sy nak tanya. kalau pjg shawl 2m, lebar nya 1m ker? ok tak? atau terlebih pjg sgt? sy nak wat labuh tutup dada.

    kat kedai nyonya ada jait tepi, kelim terus pas tuh kita tak yah jait lagi ker? yg selalu sy tengok, jait tepi tapi pas tuh kita kena jait lagi. :D. nak cuba2 jugak lah buat halfmoon nih

    • wsalam…
      if awak nak buat shawl, lebarnya 0.75m pon dah besar.panjang tu terpulang. tp kwn sy ckp shawl yg sy buat 1.75 meter tu dan panjang dan labuh dah. dia berbdn besar, dan shawl tu dah tutup dada.
      sy terus suruh auntie tu jahit tepi halus di sekeliling tudung. bukan jahit tepi biasa. so kita dah tak perlu kelim dan jahit lagi dah :)
      practice makes perfect..cubalah dlu..guna kain murah je dlu hehe

      • ok ty. nanti saya cuba :) le suggest kain apa yg bgs utk wat practice tak? makna na kena beli kain 2 m lah yer, tak tapi uncle kat kedai kasi 1 3/4 m tak. :D le kasi link video tutorial utk cara pakai halfmoon nih tak?

      • boleh beli 1 3/4 meter..kalau nk cuba, guna kain yg tebal dan liat sket..kalau awak guna chiffon yg lembut sgt tu agak susah untuk potong..slalunya lepas potong mesti akan senget2..sy guna chiffon jorjet dan japanese chiffon..tutorial awk boleh tgok di facebook Anggun Zara

  2. tq…such a useful info. I mmg minat pakai shawl halfmoon ni tapi slalu problem nak cari yg matching ngan baju,,,pas ni bole jahit sendiri….bravo…

  3. sy nak tau, kalau yg bahagian parameter separa bulat tu boleh jahih tepi, tp kalau yg garis lurus tu jahit tepi jugak? sbb yg separa bulat tu dah macam ombak2. jadi sy nak tau kalau yg lurus jahit jugak akan berombak jgk? sorry xpndai menjahit hehe baru nak cuba ni ngeeee

    • nazia : boleh je :) bahagian lurus tu pon sy jahit tepi terus je.. tapi kena cari tukang jahit yang jahit kemas la..mahal sikit pon xpe..bju sy pon byk rosak sebab ada tukang jahit yg jahit bengkang bengkok..tp alhamdulillah tukang jahit yang jahitkan tudung ni memang jahitannya kemas..bahagian lurus tu memang lurus, tak berombak2..good luck ok :)

  4. sy dah tgk jenis kain ni kat kamdar td. bidang 45′. tp tak byk pilihan warna untuk sayonara. sy pilih sukino japanese. hee. doakan menjadi ye sy buat half moon ni. hee

  5. sy nk tnye..kalau gune kain bidang 60 boleh jugak kan??so nnt akn jadi labuh n mampu utk menutup dada bile dililit2..

  6. Slm..kalo nk tempah shawl ngn awk blh x..hehehe…sbb sy xske bli kt luar..sngkat..kalo blh sy nk labuh sikit…

  7. Assalamualaikum.. tumpang tanye bole.. kalau buat halfmoon ni pakai radius 66-68 cm agak2 still labuh tutup dada x? tq yep..

  8. Boleh tunjuk tak gambar awk pakai tudung halfmoon ni? Sy nak tengok panjang dia macam mana. Terima kasih.

  9. as salam,, terjumpa blog ni waktu cari tutorial halfmoon ,hehe,thanks!
    btw ,nak tanya, shawl ni dilipat dua ke?maksudnya ia ada dua lapis ke?hehe,thanks!

  10. thanks dear.mmg sgt2 membantu..skrg da lmbt kalu nk anta tailor utk jahit tepi.tp kalu nk jahit dgn lis pn ok gk kn.=)

  11. salam..nk order boley??awk ambil order berapa ringgit yer sekali postage?msg no sy 0179755778..sini sush la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s