Archive | April 2010

salah akukah?

salam,
2 hari lagi aku mula exam, tapi aku belum ada semangat nak belajar. macam2 masalah berlegar2 dalam fikiran aku..perkara yang tak pernah berhenti aku fikirkan adalah tentang ‘sahabat baik’ aku. apa yang terjadi pada kami 2 tahun lalu memang aku ingat sampai sekarang, dan perkara itulah yang meragut semua kegembiraan aku sepanjang 2 tahun ni..orang yang kenal aku memang akan perasan dengan perubahan aku…aku sendiri rasa aku dah berubah..

dulu aku ni asyik gelak je. ada je yang aku nak gelakkan. dulu aku ramai kawan2 yang menceriakan hidup aku. tapi sekarang semua dah tinggal kenangan. sejak peristiwa tu terjadi dalam hidup aku, my life totally changed! aku hilang segalanya yang menceriakan aku selama ni. aku hilang mereka2 yang aku sayang. semuanya kerana ‘dia’. ye, dia yang aku tak pernah harap hadir dalam hidup aku. kehadiran dia secara mengejut telah mengubah hidup aku.

dipendekkan cerita, ‘sahabat baik’ aku tadi telah bertahun2 meminati dia sejak kami mula belajar di sana. tapi tanpa sedar, si dia pula sudah bertahun2 memerhatikan dan meminati aku. salah akukah? aku sendiri tidak tahu menahu perasaan dia, aku juga tidak pernah mengharap walau secebispun agar dia menyukai aku. tapi akhirnya aku dipersalahkan kerana mengambil dia dari ‘sahabat baik’ aku itu. aku tak pernah minta dan harapkan semua ni. sebenar2nya aku tidak pernah punya perasaan pada dia, jadi bagaimana aku mahu merampas dia? aku bukan sehina itu, merampas si dia yang diminati sahabatku sendiri. semua langsung tak aku duga. kenapa semua kebetulan itu menyakitkan? kenapa aku yang dia suka? kenapa aku yang akan menanggung semua keperitan dianggap perampas? sakitnya terlalu berat untuk aku tanggung.

tapi semua diluar kawalan aku. sahabatku yang sudah bertahun2 mengenali aku dan tinggal sebilik dengan aku sendiri tidak percayakan aku dan mula menjauhkan diri. sejak aku mula rapat dengan si dia, semua sahabat2ku memandang serong kepada aku. aku langsung tidak pernah meminta perkenalan itu, dan bukan aku yang memulakannya. aku buntu. aku tak kuat nak terangkan pada mereka, kerana aku tahu banyak perkara akan dipersoalkan. banyak hati yang perlu aku jaga. banyak perkara akan terbongkar kalau mereka mula bertanya. tapi sampai bila aku perlu menanggungnya sendiri demi menjaga maruah mereka? semuanya terlalu berat untuk aku. air mata sentiasa menemani aku tika aku mengingati semula saat2 gembira kami semua bersama. beratnya dugaan ini Ya Allah.

harapan aku cuma satu, semoga sahabat2ku akan memahami aku satu hari nanti. dan aku juga harapkan ‘sahabatku’ itu memaafkan aku. aku tidak menyalahkan mereka atas kelukaan ini. dia perlu tahu, aku lebih terluka kerana disakiti oleh mereka yang aku sayang. sedangkan dia cuma terguris kerana menganggap aku perampas dan tidak dipilih oleh lelaki itu yang langsung tidak pernah mengenalinya. aku tidak pernah merampas hak dia, kerana antara mereka tidak pernah punya apa2 termasuk ikatan persahabatan sekalipun

Study atau stidoq?

Salam,

Hai…aku kembali lagi. Semalam aku cakap nak habiskan subjek kenegaraan. Tapi aku dah tak mampu, tak boleh nak serap maklumat lagi dah, so aku terus tutup buku,hehe… sekarang ni aku tengah nak habiskan bab akhir, japg leh la aku rehat sebentar dan study company law pulak. Waktu amek dip dulu aku dah amek paper c.law ni, tapi u ni kerek, x bagi kami transfer 2 paper law, huhu..so dapat transfer business law jela. Boleh ke aku ulang kejayaan dapat A dulu?macam mustahil je,hu

Aku tak tahu kenapa bila study week ni waktu tido aku totally changed! Aku tak boleh tido malam. So bila siang je aku mula la nk tido. Adus, takkan la aku nak jadi burung hantu kot. Bukannya nikmat pon tido siang. Si dia pulak asyik berleter kat aku, katanya entah berapa juta dah neutron(betul ke aku eja ni?) otak aku mati sebab tak tido malam. Sabarlah.. tu tandanya dia sayang aku,hehe. Malam dia tido, aku berjaga. Bila siang dia berjaga, aku pulak yang mengantuk. Camana nak spent masa sama2 ni? Nanti aku fikirkan ye,hehe

Nanti jumpa lagi. Nak sambung study. Wish me all the best=)

i like flowers…

salam..
hai,hai,hai…
aku tak tahu nak buat apa ni, tengah tgu member nak study sama2…
sementara tu, aku tulis la apa ada dalam otak aku…
aku ni suka sangat2 pada bunga..alangkah indahnya kalau hidup aku dikelilingi bunga kan? tapi takde sapa pon yang nak bagi bunga pada aku..bila la ada orang nak bagi ni?huhu…
bunga yang paling aku suka?mesti la bunga ros…macam aku jugak la, sweet gitu…hahaha,perasan!
so, kepada sesapa yang ‘berkenan’ kat aku, siapkan bunga banyak2 okeh…aku mau yang FRESH sahaja…

alamak! keciknya gambar tu,hehe…layan jela ek…

Just to enjoy the show…

Salam,
Hai…jumpa lagi..semalam aku dah siap menaip untuk meng’update’ blog ni. Tapi bila aku nk post je, xda connection da..sakitnya hatiku,huhu… penat aku menaip tau…apa yang aku nak cita hari ni xda kena mgena langsung ngn tajuk kat atas 2…tajuk 2 secara spontan aku taip bila aku dengar lagu The Show, nyanyian Lenka sewaktu aku mula menaip tadi.
Semalam aku crita pasal kawan2 lama aku..yang aku syg dan rindu…dah lama x jmpa dorang smua..cmana la rupa mereka2 itu skrg…aku tido lambat bbrapa hari ni, dan aku luangkan masa aku utk tgok gmbar2 lama kami…byknya kenangan yg ada antaranya aku dah lupa..skurang2nya dengan gmbar yang byk tu aku blh refresh balik pada kenangan lama…bestnya…rindu zaman tu…zaman diploma dulu lebih sonok dari skrang…zaman aku enjoy, tapi result bgus…skrg ni wlaupon x enjoy, result cam hampeh,huhu…

Aku dok tercari2 cara nk masukkan background music kat blog ni..tapi lum tau camana…cara yang diterangkan dlm forum 2 memeningkan aku…ada sesapa nak bantu aku? I don’t think so, sebab aku je yang baca blog ni,hahaha…tapi xpe, ni caranya aku lepaskan apa yg terbuku di hati..aku nak letak lagu 2 pon sebab aku tgah jatuh hati dengan lagu 2…lagu yang menunjukkan aku sgt2 sayangkan dia…betul ke?hehe…nanti aku try lagi k..wish me luck..

Aku baru study bab 8 kenegaraan Malaysia…tak tau la kenapa kepala otak aku lembap sgt skrg ni..susah betul aku nak ingat walaupon baca berkali2…Ya Allah, bantulah aku, permudahkan urusanku dan jalan hidupku…Amin…aku nak cuba habiskan subjek ni malam ni, InsyaAllah…

Ha, 1 perkara lagi, aku tringin nk masukkan gambar sahabat2 kesayanganku dalam ni…patut tak aku masukkan? Nanti aku fikirkan okeyh, hehe..

Itu saja untuk hari ni…semoga jmpa lagi =)

TULANG RUSUK

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka
hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun
sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi
Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak
lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang
bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan
cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh
mereka. didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau
women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah
kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja – negarawan, karyawan, jutawan dan
lain-lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa
ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI- PANDAI
LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja
ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan
ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila
wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,
rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin
wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan
diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan
kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI
SEPERTI SAYIDINA ALI….!!!

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

lamanya…

salam,
lama betul aku x post pape entry,huhu…dah sebulan dah…
aku nk post, tapi aku selalu je xdapat pikir nk post apa…
hm,aku tgah tgu kelas sterusnya ni,kul 3.30 ptg nnt…ada lagi sejam,so on9 jap la…hajat hati aku nk rest, tapi ramai plak org kat surau ni,so terpaksa la gagahkan diri supaya bertahan…
apa yang wat aku letih ni sebab dah 2 hari aku tido kul 5 pagi…oh no…letih sangat2…semalam aku berjaga sbb baca coretan soaljawab tentang Islam…terlalu banyak yang aku nk tau smpai aku xsanggup nk stop baca…tapi memandangkan ada 100 page lagi file format pdf 2 yang aku lum baca, so aku tangguhkan dulu…InsyaAllah aku akan habiskan dalam waktu terdekat ni…
aku out dulu, betri xbape banyak dah ni…nnt aku jenguk2 g blog aku ni ek,hehe…tata