salah akukah?

salam,
2 hari lagi aku mula exam, tapi aku belum ada semangat nak belajar. macam2 masalah berlegar2 dalam fikiran aku..perkara yang tak pernah berhenti aku fikirkan adalah tentang ‘sahabat baik’ aku. apa yang terjadi pada kami 2 tahun lalu memang aku ingat sampai sekarang, dan perkara itulah yang meragut semua kegembiraan aku sepanjang 2 tahun ni..orang yang kenal aku memang akan perasan dengan perubahan aku…aku sendiri rasa aku dah berubah..

dulu aku ni asyik gelak je. ada je yang aku nak gelakkan. dulu aku ramai kawan2 yang menceriakan hidup aku. tapi sekarang semua dah tinggal kenangan. sejak peristiwa tu terjadi dalam hidup aku, my life totally changed! aku hilang segalanya yang menceriakan aku selama ni. aku hilang mereka2 yang aku sayang. semuanya kerana ‘dia’. ye, dia yang aku tak pernah harap hadir dalam hidup aku. kehadiran dia secara mengejut telah mengubah hidup aku.

dipendekkan cerita, ‘sahabat baik’ aku tadi telah bertahun2 meminati dia sejak kami mula belajar di sana. tapi tanpa sedar, si dia pula sudah bertahun2 memerhatikan dan meminati aku. salah akukah? aku sendiri tidak tahu menahu perasaan dia, aku juga tidak pernah mengharap walau secebispun agar dia menyukai aku. tapi akhirnya aku dipersalahkan kerana mengambil dia dari ‘sahabat baik’ aku itu. aku tak pernah minta dan harapkan semua ni. sebenar2nya aku tidak pernah punya perasaan pada dia, jadi bagaimana aku mahu merampas dia? aku bukan sehina itu, merampas si dia yang diminati sahabatku sendiri. semua langsung tak aku duga. kenapa semua kebetulan itu menyakitkan? kenapa aku yang dia suka? kenapa aku yang akan menanggung semua keperitan dianggap perampas? sakitnya terlalu berat untuk aku tanggung.

tapi semua diluar kawalan aku. sahabatku yang sudah bertahun2 mengenali aku dan tinggal sebilik dengan aku sendiri tidak percayakan aku dan mula menjauhkan diri. sejak aku mula rapat dengan si dia, semua sahabat2ku memandang serong kepada aku. aku langsung tidak pernah meminta perkenalan itu, dan bukan aku yang memulakannya. aku buntu. aku tak kuat nak terangkan pada mereka, kerana aku tahu banyak perkara akan dipersoalkan. banyak hati yang perlu aku jaga. banyak perkara akan terbongkar kalau mereka mula bertanya. tapi sampai bila aku perlu menanggungnya sendiri demi menjaga maruah mereka? semuanya terlalu berat untuk aku. air mata sentiasa menemani aku tika aku mengingati semula saat2 gembira kami semua bersama. beratnya dugaan ini Ya Allah.

harapan aku cuma satu, semoga sahabat2ku akan memahami aku satu hari nanti. dan aku juga harapkan ‘sahabatku’ itu memaafkan aku. aku tidak menyalahkan mereka atas kelukaan ini. dia perlu tahu, aku lebih terluka kerana disakiti oleh mereka yang aku sayang. sedangkan dia cuma terguris kerana menganggap aku perampas dan tidak dipilih oleh lelaki itu yang langsung tidak pernah mengenalinya. aku tidak pernah merampas hak dia, kerana antara mereka tidak pernah punya apa2 termasuk ikatan persahabatan sekalipun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s