Archive | June 2010

marah atau dendam

Salam,
aku tengah tengok Dato Dr. Fadzilah Kamsah@oasis106..aku tak pasti apa tajuk yang dibincangkan, tapi ada perbincangan yang menarik perhatian aku.
Berdasarkan pernyataan beliau, perasaan marah yang sebenar adalah selama 4-4.5 minit sahaja! Sekiranya apa yang anda rasakan itu sudah melebihi 4 minit, maka itu sudah menjadi dendam! Memang agak mengejutkan, tapi itulah kenyataannya. Aku cuba hayati maksudnya, dan cuba suaikan dengan situasi aku. Walaupun aku marahkan seseorang, akan akan sentiasa maafkannya, walaupun ingatan itu masih ada. Kata orang, kalau perasaan itu masih ada maknanya kita belum benar2 ikhlas. Ya, aku juga yakin kepada pernyataan itu, tapi aku juga yakin bahawa aku ikhlas.

Berbalik kepada perbincangan Dr. Fadzilah Kamsah tadi, beliau mengatakan bahawa dendam itu akan menjadi makin buruk sekiranya berlanjutan turun temurun. Eh, ada jugakah sampai sebegitu? Mungkin ada tapi sedikit bilangannya.

Aku cuba pula suaikan dengan diri aku. Aku sudah jelaskan kepada sahabatku itu beberapa hari yang lepas, aku sudah jelaskan segalanya apa yang patut dia tahu. Tapi, tiba2 sahaja dia tak berikan sebarang respon. Tiap hari aku akan buka emel aku, dan lihat kalau2 dia ada menghantar apa2 pesanan, namun tiada apa2. Walaupun dia sedang on9, tapi dia langsung tak tegur aku. Itu aku memang tak kisah, sebab dari dulu dia memang tak tegur aku. Aku sudah minta maaf, dan aku juga sudah maafkan dia, aku ikhlas. Aku dah lakukan apa yang sepatutnya walaupun ia mungkin terlalu lambat bagi dia. Terpulang kepada dia untuk maafkan aku, atau terus marah, atau akan biarkannya menjadi dendam. Hati masing2 tak sama kan?

Cara untuk hilangkan perasaan dendam ini, antaranya adalah membersihkan hati, buangkan semua dendam yang ada, dan berazam untuk tidak berdendam lagi. Ikhlaslah memaafkan dia. Untuk membersihkan hati, Nabi kita menyuruh kita untuk memaafkan semua orang sebelum kita tidur. Dendam memakan diri kita sendiri, kita sendiri yang rugi. Doa kita tidak dimakbulkan, rahmat tidak datang kepada kita, wajah kita tidak ceria, dan banyak lagi.

Antara doa yang paling mujarab sebelum memohon doa lain adalah Al-Fatihah, kemudian disusuli dengan ayat Kursi. Ada beberapa surah lain lagi, tapi aku tak sempat nak catatkan. Cubalah amalkan apa yang disarankan, maka anda akan rasa lebih gembira dan menikmati hidup anda, kerana aku sendiri pernah mengamalkannya, dan aku rasa amat gembira. Cubalah, InsyaAllah anda akan rasakan hati anda lebih bersih. Perasaan memaafkan orang itu amat manis dan kita juga rasakan hati kita semakin tenang. Renung2kan, dan selamat beramal =)

Advertisements

Tips maafkan Sahabat yang Melukakan Hati

Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini. Kita tidak akan sentiasa gembira meskipun dengan teman karib kita sendiri. Ini adalah kenyataan hidup yang tidak dapat dinafikan. Lantaran itu, jangan terkejut jika suatu ketika sahabat karib itu akan menyakiti hati kita, samada secara sengaja atau tidak.

Kesilapan sering berlaku dalam persabatan, namun kita tidak boleh memandang remeh perkara tersebut. memaafkan teman yang melukakan hati anda adalah perkara yang cukup baik. Namun ia tidak cukup jika hanya dilafazkan di bibir, ia perlu datang dari hati yang ikhlas selain sikap rendah diri yang perlu sentiasa diterapkan. Jika kita masih bertanya pada diri, ‘kenapa harus aku?’, itu bermakna anda belum ikhlas mamaafkan dia! Sentiasa berdoa agar Tuhan lembutkan hati anda untuk memaafkan dia dan juga…anda!

Mari kita lihat tips2 untuk memaafkan sahabat yang telah melukakan hati anda, membuatkan anda sedih ataupun marah :

1)tentukan apa yang perlu anda maafkan, apa yang telah dia lakukan sehingga melukakan anda atau membuat anda bersedih. seringkali kita sendiri tidak pasti apakah penyebab kita marah atau sakit hati. cubalah catatkan apakah penyebabnya supaya anda tahu alasan anda marahkan dia atau terkilan dengannya, supaya anda juga punya alasan untuk maafkan dia.

2)berdoa dan bertawakal sebelum anda berhadapan dengan sahabat anda. fikirkan cara bagaimana anda mahu memberitahunya bahawa anda telah maafkan dia. terus berkata “saya maafkan awak” nampaknya tidak sesuai kerana itu seperti menunjukkan adana tidak ikhlas memafkan dia. anda mungkin boleh mengutuskan pesanan ringkas, surat ataupun emel kepada sahabat anda, gunakan bahasa yang baik supaya kedua2nya akan merasa selesa dan dapat merasakan keikhlasan.

3)Anda mestilah benar2 ikhlas mahu memaafkan teman anda. Tapa rasa ikhlas, anda tidak akan merasa tenang atau berpuas hati meskipun telah menyatakan anda telah memaafkannya. kerana itul;ah anda perlu merancang bagaimana anda mehu melakukannya, dan anda perlu benar2 melaksanakannya.

4)Andainya anda ingin membaiki semula persahabatan yang terjejas itu setelah teman anda menyakiti anda, selain menghulurkan maaf yang seikhlas2 hati, berikan juga kata2 keyakinan bahawa persahabatan yang akan terjalin semula itu akan kekal selamanya. Akan tetapi, anda juga perlu menetapkan hati anda supaya ikhlas dan meredhakan apa yang telah terjadi.

5)Andai dia yang datang memohon kemaafan terlebih dahulu, jangan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku antara kalian. Andai anda menafikannya, itu bermakna anda tidak mahu menghilangkan rasa marah dan sakit hati dalam diri anda, atau dalam erti kata lain, tiada maaf baginya!. Jangan terlalu kecewa jika sahabat anda tidak mahu mempedulikan maaf dari anda, kerana sekurang2nya masalah di pihak anda sudah diselesaikan, kerana anda sudah berusaha untuk menyelesaikannya dan telah bersemuka dengannya berkenaan masalah itu. Anda tidak perlu melayan rasa kecewa itu lagi, sebaliknya anda perlu menjalani kehidupan dengan dada yang lapang.

Tip hubungan cinta jarak jauh

cinta jarak jauh ada kalanya akan menjadi manis kerana pasangan akan saling merindui. ia ibarat jauh di mata dekat di hati. pasangan yang berjauhan akan merasa kekosongan dan saling merindui antara satu sama lain. Akan tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri rasa kasih, sayang dan cinta itu akan pudar.
Berikut adalah beberapa tips bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan cinta jarak jauh :

1)Kepercayaan dan kejujuran
kepercayaan adalah keutamaan jika mahu hubungan ini berhasil dan terpelihara. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Antara perlu percaya dan tawakal kepada takdir.

20Selalu Berhubungan
Komunikasi amat penting. walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berkomunikasi melalui emel, surat ataupun telefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi masa kosong yang ada dengan mencari teman lain. Pada mulanya ia mungkin sekadar mencari teman mengisi kekosongan, tetapi lama kelamaan mungkin akan muncul bunga2 cinta antara mereka.

3)Komitmen
Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, maka ianya berkemungkinan besar akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma apabila berjauhan lebih banyak cabaran yang akan dihadapi. Apapun ia terpulang kepada individu.

4)Jangan Letakkan Banyak Harapan
Setiap pasangan tentunya mengharapkan hubungan yang akan disusuli dengan kebahagiaan. Akan tetapi jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana dikhuatiri akan mengalami kekecewaan yang tragis.
Akan tetapi itu tidak bererti anda tidak perlu meletakkan harapan, cuma jangan terlalu berharap terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana ianya berisiko tinggi dan sukar berbanding cinta pasangan lain.

5)Kesetiaan
Perhubungan jarak jauh sebegini memerlukan pasangan mempunyai kesetiaan yang tinggi, bersungguh-sungguh serta ikhlas, atau jika tidak ia mungkin tidak akan berhasil.
Kebanyakan pasangan yang tidak sikap ini akan berpisah terutama melibatkan pasangan yang baru bercinta, kerana tiadanya ikatan antara mereka. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.

6)Emosi
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bersua muka akan menyebabkan anda berprasangka buruk dan mula mencurigai pasangan anda. Kawal emosi anda sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan

Doa Untuk Pasangan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

kredit kepada tentangcinta.com

nak rehat

Salam,
hai semua…hari ni aku nak rehat kat umah je, aku penat sangat2 berjalan tanpa henti dari minggu lepas.. balik je dari Perak, aku ke Temerloh pulak keesokan harinya..aku disana hari sabtu dan ahad, petang ahad pulang semula ke KL, isnin temankan cousin aku Cik Una pergi setelkan payment univ dia, then kami jalan2 ke Ampang Point, window shopping je.. bila dah keletihan kami naik ke tingkat atas untuk berehat, tapi malangnya aku rindukan boling, haha.. dan kami pun terkulai di lane tersebut, hehe…sonok sangat2, aku menang game 2..dah lama aku tak main boling, seingat aku dah lebih setahun kot. nanti aku upload pic ye..
hari selasa menjelma…ikutkan perancangan asal, aku nak ke sogo dengan kawan univ aku, tapi malangnya dorang cancel last minute, so aku cuma akan pergi dengan Cik Una dan mak aku. wah, penat la mak aku jalan dengan aku nanti, aku ni gila jalan…dan ternyata tepat, kami sangat kepenatan berjalan dan mengeluarkan duit, haha..sudah2lah, aku perlu ada simpanan sedikit untuk sem depan, kalau tidak alamatnya aku akan berpuasa sepanjang bulan depan sementara nak dapat schorlarship aku untuk sem depan. sudah2lah nani ye…haha
k la, malas nak tulis panjang, nak termuntah pulak rasanya, sakit kepala tak cukup rehat agaknya…da…

letih…

Salam,
hai…aku baru je sampai dari Teluk Intan, Perak lebih kurang pukul 3ptg tadi…memang sangat meletihkan..tapi aku sangat gembira sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Walaupun aku tinggal di kampung, tapi suasana kampung di sana amat berlainan sekali. Mungkin aku ni outsider yang masuk ke sana kot, sebab tu aku macam orang tak penah masuk kampung, hahaha… Sampai je rumah, terus sibuk2 nak keluar jalan2 ke Wangsa Walk pulak, ada barang yang cousin aku nak cari, maklumlah dia nak daftar U minggu depan. Ni first time aku kesana, tempat tu pun baru je buka, best jugak la, ada karaoke, boling dan tempat shopping pun not bad la. Tapi aku letih sangat, almaklumlah kami memang tak sempat rehat langsung tadi…. Nanti aku update lagi ye, nak pergi bersiap, nak pindah rumah pula malam ni…da…

gambo2 PD

salam,
ni gambar2 kami di PD..takde banyak yang menarik, tapi boleh la layan…have fun…

love this kinda tree...

Queen of Durian

my lovey dovey cousin

sejak pegi PD ni aku asyik tangkap gambo je…tapi masalahnya, senyuman aku dah tak semanis dulu..chewah, aku ni manis ke? hm, masalah bertimbun2, mana nak manis dah, asyik fikir masalah je kan..
pagi nanti nak balik kampung cousin aku di Teluk Intan, Perak.. sekarang aku tunggu match Brazil jam 2.30 a.m japg, padahal kepala dah berat, huhu… takpe, demi Brazil aku sanggup tido dalam keta esok, haha…wait for another updates from me ya, da…