Archive | August 2010

jambori pengakap negeri kedah kali ke-2, JOTA Asia Pasifik kali ke-6 (5-9 ogos 2010)

Salam,
mata dah mengantuk, tapi rasa nak bercerita sikit tentang jambori yang aku hadiri minggu lepas…teringat jambori, teringat adik2 kesayangan yang hadiri jambori tu..miss all of you…
em, kami ditawarkan untuk jadi urusetia sepanjang program tersebut, dan penyertaan adalah secara sukarela. mulanya aku agak keberatan, sebab aku rasakan jambori tu pasti meletihkan, dan dalam fikiran aku kami akan tidur di dalam khemeh, seperti perkhemahan2 sebelumnya…tapi aku tetap daftarkan diri, namun sampai harinya tiba aku masih keberatan…
kami bertolak pada 5ogos, dan aku puasa hari tu, so terpaksa la aku berbuka atas bas berbekalkan roti dan air masak..kami sampai ke tempat jambori pada jam 9.30 malam..dan baru aku perasan, aku tertinggak roti dan air atas bas. takpe la, bukan rezeki aku la tu..
kami diberi penerangan ringkas tentang program tu. rupanya kami cuma urusetia yang akan membantu peserta2 lain. dijangkakan lebih 1000 peserta akan terlibat. kami ‘check-in’ ke rumah penginapan kami, yang sudah ditinggalkan untuk masa yang berapa lama pon aku tak pasti.. bilik cuma ada 2, sedangkan kami lebih 40 orang termasuk urusetia dari kelana laut kedah. maka kami perlu bersesak2 dalam rumah tersebut…tido jela,huhu, esok dah kena mula bertugas…

hari ke-2…
hari ni pendaftaran peserta akan bermula. program belum bermula. peserta akan ke tapak masing2 yang sudah disediakan, dan pandai2 la pasang khemah dan kelengkapan lain. meriah sungguh terutama menjelang petang, bilamana sudah hampir 80% peserta sampai..kami tidak membatu mereka, sebaliknya kami jalankan tugas kami, rancang aktiviti, sediakan tag nama untuk urusetia dan jurulatih, dan bersembang2 sesama kami. kerja tak banyak, tapi sangat2 meletihkan sebab kawasan jambori tu luas dan kami jelajah kawasan tu xtahu berapa kali hari tu…




to be continued…

Advertisements

getaran cinta di jiwa

Salam
aku malas nak menaip, jadi aku cuma search lirik lagu ni dan copy n paste disini… beberapa hari lepas aku tengok fb si dia, my secret admire, dan alangkah sedihnya aku melihat si dia bersama kekasih hati berjalan beriringan di tepian pantai…sangat romantik…dan aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku…cemburukan aku? atau sedih saja? entah la, aku sendiri tak ada jawapannya… tapi aku percaya ada hikmah atas semua ni. dia bukan untukku. semoga dia bahagia bersama kekasih hati…semoga Allah membawa dia pergi dari ingatan aku. aku tak perlukan dia dalam hidup aku, kerana dia tak bawa apa2 makna dalam hidup aku. cuma kenangan lama yang kadangkala terimbas kembali yang buatkan aku sebak…aku akan cuba melupakan dia walaupun mustahil buat masa sekarang…semoga kalian berbahagia ;(

lagu ni dah lama, lagu di awal kemunculan Liza hanim…hanya sesetengah ayat yang boleh dikatkan dengan aku…yang lain layan jela ek…

Di hatiku cinta bermula
Dan rinduku seharum bunga
Setiap detik kini nyata
Hanya dirimu oh sayang
Namun jauh di sudut hati
Mungkinkah kau daku miliki
Tak ingin daku
Bersendiri lagi
Kehilangan mu oh kasih
Tak sanggupku menghadapi
Tuhan sesungguhnya
Kau lebih mengerti
c/o
Pedih menyaksikan dikau dan dia
Pilu airmata kasih mengalir di pipi
Hampa impianku luka berdarah
Mana harusku bawa hati yang kecewa
Tak sanggup kehilanganmu
Walau itu hanya dalam mimpi

Dengarkanlah oh sayang bicaraku
Sesungguhnya ku menyintaimu
Ku luahkan perasaanku
Yang terpendam di dalam kalbu
Ku tulis lagu dengarkanlah
Getaran cinta di jiwa
Seandainya dikau mengerti
Katakanlah pada diriku
Siapakah yang ada di hatimu
Telah sekian lamanya
Kau bertahta dalam jiwa
Setiap ketika rinduku untukmu
(repeat c/o)

cuti2 hari ini

Salam,
hai…dah lama aku tak post pape kan…bukan taknak, tapi rasa malas nak menaip dalam ni..dalam ni kena taip ayat baik2,hehe…lagipun internet ni slow gile la,hu…skrg dah 2.11 a.m, ok la sket internetnya…
2 hari lepas aku dan kawan2 uni outing ke Jitra, ditemani sorang hero, hehe…dia ketua kelas aku waktu dip dlu. kawan2 kami semua dah bawak diri jauh2, tinggal kami je kat sini, so kalau keluar pon ada kami jela, dan sebab tu jugak aku ajak kawan2 uni aku, supaya tak timbul fitnah di kemudian hari…
pagi tu kami ada sambutan hari pahlawan peringkat uni, then after zohor baru dia sampai untuk jemput kami. aku dan 3 kawan lain jadi big boss aritu,hehe…antara aktiviti kami aritu, kami jalan2 di Bandar Jitra, jalan2 di Tasik DarulAman, dan makan char koey teow di Pekan Tanah Merah, Jitra… memang sangat seronok. dah lama aku tak happy macam tu, outing ramai2 dengan kawan2…ni antara gambar kami hari tu, layan… harap semua ni akan berkekalan, dan kegembiraan ni akan menyatukan kami sebagai sahabat baik selamanya, amin…

kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan