syawal sudah tiba…

Salam,
hari ini dah masuk 1 syawal…hari raya aidilfitri…sudah tentu semua orang bergembira menyambut syawal ini setelah sebulan berpuasa, begitu juga aku. aku begitu teruja nak sambut syawal. tapi itu hanya pada permulaannya. akan tetapi, bila tiba waktunya, semuanya langsung tak seperti yang aku harapkan. aku langsung tak merasakan keseronokan syawal ini. walaupun aku masih mengiringinya dengan tangisan, tapi ia bukanlah tangisan kegembiraan, sebaliknya tangisan kekecewaan. terlalu banyak perkara terjadi dalam waktu yang amat singkat. siang tadi adalah waktu yang amat memenatkan. semalam aku cuma tidur 2 jam, dan hari ini aku langsung tak sempat berehat2. waktu berbuka pula aku cuma berbuka dengan sepotong kek coklat pemberian seseorang dan segelas air kelapa. lepas maghrib aku terus keluar ke rumah seorang teman. aku sampai semula ke rumah lebih kurang jam 11 malam. memang agak lambat seperti yang aku janjikan, tapi aku sememangnya tak mampu buat apa2, bukan aku yang mengawal waktu.
sampai je kat rumah, aku mula dengar mulut2 yang berceloteh…sebabnya?mereka dah lama menunggu aku untuk keluar ke bandar.yang paling menyakitkan hati aku bila ada seseorang mengatakan aku tak perlu ikut, kakakku akan menggantikan aku. ok, fine, pergilah!akuu memang letih yang teramat sangat. aku cuba nak penuho kehendak semua orang sampai mengabaikan waktu rehat aku sendiri, tapi ada ke mereka fikirkan pasal aku? memang aku sangat2 geram, dan mengalirkan air mata aku untuk kesekian kalinya. apatah lagi bila ada yang mengatakan aku bodoh! siapa yang bodoh? aku ke kau?orang yang mengatakan orang lain tu bodoh adalah orang yang sebetulnya bodoh!semangat nak sambut raya terus terbang pergi. aku dah takde keinginan langsung nak sambut raya. biarlah mereka2 yang bijak pandai tu yang sambut raya. aku tak kisah pun. kalu ikutkan hati, mau saja aku balik ke uni aku esok jugak. aku memang tak tahan dengan suasana macam ni. macam takde guna jugak aku ada kat rumah ni. aku rasa sangat susah aku nak maafkan apa yang mereka dan buat pada aku walaupun mereka tu keluarga aku sendiri. mungkin esok semuanya akan kembali ok, harap2 macam tu la…pape pon, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya…aku mohon maaf andai kata sepanjang mengenali aku, aku ada menyakitkan hati sesiapa. mungkin aku takkan sempat sambut syawal bersama2 kalian semua tahun depan dan tahun2 seterusnya, jadi maafkan aku…dan aku akan maafkan kalian selagi aku mampu..semoga Syawal tahun ini bawa rahmat dan hikmah yang besar dalam hidup aku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s