Archive | May 2011

perkhemahan kelana siswa 3B…part 1

Assalamualaikum,
ini sedikit update tentang perkhemahan kelana siswa 3B sem ni…
disebabkan dah lama takde update yang bergambar dalam blog i ni, so i decide untuk upload sedikit gambar untuk tatapan semua, dan menceriakan blog ni…
malas nak cakap banyak, enjoy da pictures k…
love,
jienani…

sepanjang perjalanan kami………….

berehat sebentar


perjalanan diteruskan sehingga malam


rehat lagi...patut la dapat gelaran 'siput',huhu


sebelum perjalanan pulang


bila hujan membasahi bumi...


keletihan yang teramat


1st station...balai polis Changlun

kalau ada yang perasan, dalam gambar2 tu ada beberapa orang yang cuma pakai sliper..memang itu tak melambangkan etika berpakaian pengakap yang sebenar, tapi kami terpaksa disebabkan kaki yang dah nak melecet di dalam kasut.
banyak lagi kisah suka duka yang tak dapat aku kongsikan untuk kali ini..
jika diizinkan Allah, aku akan update lagi cerita tentang ni lain kali ok..
semoga bertemu lagi..
da…

Advertisements

wifi yang sangat slow

Assalamualaikum,
dah lama jugak aku tak post dalam ni…keinginan untuk meluahkan perasaan tu berkobar-kobar, tetapi line wifi tak mengizinkan…
susah betul untuk aku log masuk ke akaun wordpress ni…
anyway, aku pun dah lupa apa yang aku nak luahkan sebelum ni…
sekarang ni aku tengah final exam…in 4 hours lagi, aku akan sit for last paper…wish me best of luck k…
hm, semua orang nak tau tak pasal girl 2?
hehe…kemarin one of our best friend text me…she ask me whether aku dah tengok pic pakwe girl 2…she also told me the name of the guy..
anyway, aku tak terkejut sangat sebab sebelum ni aku memng dah agak ada something antara mereka berdua…and i’m happy for them…
sesungguhnya, aku rindu pada kawan aku tu…aku nak je tegur dia..tapi dia sendiri macam nak mengelak, so apa lagi yang aku boleh buat kan…wish her happy until the end of time…plz forgive me for whatever had happen between both of us k…i always remember u and love u as my friend…
em, pasal cik abang sayang saya tu pulak?hehe…he’s fine, as always…dia dah resign dari kerja lama dekat kerteh tu…he got new job, which he really hope for that job…alhamdulillah…nampaknya harapanku untuk jumpa dia cuti semester ni akan tertahan sementara waktu…takpe2, i akan bersabar for u dear…kita mesti boleh laluinya, selagi kita teguhkan hati kita, insyaAllah…dan i pray the best for u my dear..jangan menggatal kat tempat orang tau.ingat awak tu dah ada yang punya.awak menggatal siap la.semoga kerja yang awak pilih ni sememangnya yang terbaik untuk masa depan awak, dan insyaAllah untuk masa depan kita bersama ❤ hehehe…
ok la. aku nak sambung study. nanti aku update lagi ye…
love…
jienani…

rasa macam nak tampar je pompuan 2

Assalamualaikum,

aku memang tak leh nak tahan la kalau bab pompuan 2…panas je hati aku..
memang aku rasa macam nak lempang laju2 je..
pesal la ayat dia selalu menyakitkan hati aku?
hei, kalau ye pon baru temui cinta, tak payah la asyik nak post pasal cinta je..aku pon tak kemaruk macam kau pon…
adoi, kau kawen la cepat2, xde nak seksa jiwa aku..
semoga kau betul2 bahagia ye…
kan aku dah cakap dlu…pompuan yang baik untuk laki yang baik…
and now i can see that dia baik untuk kau…
so?ngaku jela pompuan oi!!!!!!!!! xperlu nak selindungkan dari orang lain…meluat betul la aku…adoyai…
ok la…wat habis ilmu yang aku baca je dok marah2 ni…tido lagi bagus…
bye…

Rahsia dan Nikmat disebalik erti “SABAR”

Oleh : myhaizad (myhaizad@yahoo.com)

MAKSUD “sabar” dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: “Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar”. (QS. 32:24); “Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”. (QS. 25:75); “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas”. (QS. 39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil,tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa ‘seksaan’ itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka ‘seksaan’ sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a’lam.

=====
Al-Quran (Surah Al- Baqarah) Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

__________________________________________________

Firman Allah swt,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

wah, aku teruja

Assalamualaikum,

aku baru lepas sembang dengan member…
rupanya minah 2 memang tengah bahagia sekarang,haha..
dengar cita dapat hadiah handphone dari si dia…
amboi, seronoknya dia…
then aku terfikir..ni cinta pertama dia ke?patut la suka sangat pon,haha…
pape je la.. asalkan kau bahagia…
aku doakan yang terbaik untuk kau…
dan dengar cita jugak dah bawak balik jumpa family…
satu perkembangan yang memberansangkan…
hebat sungguh kan?
semoga bahagia ye kawan 🙂

exam mood

Assalamualaikum,

3 mgu ni kami berada dalam mood exam…so korang mesti faham macam mana rasanya kan? walaupun aku suka membaca, tapi jauh sekali nak baca buku2 ni,hehe…
anyway, bukan nak cerita sangat pasal exam. tapi lebih kepada minah tu..
hm, aku harap dia memang bahagia dengan hidup dia sekarang..
apa la yang dia rasa sekarang ye? bahagia gamaknya? maklum lah, orang dah ada pakwe,haha…
aku doakan dia terus bahagia…aku tak nak putuskan silaturrahim kami sebagai saudara seislam..
memang aku masih rasa sikit tak puas hati pada dia, dengan sikap dia yang lepas tangan, dan rasa terbeban dengan semua ni…
tapi bagus jugak tu, dia nak cari kegembiraan dia..gembira tu bagus kan, utk kesihatan diri jugak..
aku bertekad akan cari kegembiraan aku!!!!!!!!!!!!!!!!!
dh, jom study…nanti aku update lagi ok…
bye…

aku sayang kau,haha