Archive | June 2011

mari men’download’ bersama

Assalamualaikum,

dari tajuk di atas mesti orang dah dapat agak yang aku sedang memuat turun kan?hehe…yup. aku tengah download cerita nora elena dari blog zulmovie.
ada sesiapa berminat nak download cerita ni, boleh pergi ke link ini http://zulmovie.blogspot.com/2011/05/nora-elena-tv3-akasia-avi.html#uds-search-results. aku malas nak taip panjang sebab mata aku pedih sejak kebelakangan ni. selamat menonton 🙂

terlukanya hati

Assalamualaikum,
hati aku terluka parah, hampirremuk dengan apa yang terjadi semua ni.kenapa dia lebih memilih wang daripada kegembiraan aku?apa yang dia pandang selama ni?katanya dia bukan macam tu, tapi yang dia tunjukkan tu lain dari yang dia ucapkan.
aku letih lalui semua ni. aku keseorangan. aku simpan semuanya seorang diri, demi nak menjaga nama baik dia.aku sayang dia. tapi aku betul-betul tak sanggup hadapinya…
Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini…kuatkan aku untuk hadapi semua ni.aku tau ada yang engkau rancangkan di sebalik semua ni.
terlalu lama aku tanggung semuanya, aku simpan semuanya dalam hati, aku buang jauh2 supaya aku tak ingat kembali. tapi sampai satu tahap, aku tak sanggup lagi hadapi. banyaknya yang aku korbankan untuk dia. tapi jawapan dari dia, aku sendiri tak nampak apa yang dia buat. betul ke aku tak nampak?
3 tahun aku simpan semuanya. hari ni dah sampai ke kemuncak. aku masih bersabar. hanya disini aku boleh luahkannya. aku tak tahu lagi nak luahkan dimana. dari pagi tadi airmata aku mengalir.aku memang tak kuat. aku sayangkan dia.
semoga aku terus kuat hadapiu semua ni.aku yakin aku boleh. aku boleh laluinya dengan baik, mungkin menjelang esok. esok yang sepatutnya menjadi hari yang indah untuk aku, kini dah sirna. semoga esok disinari dengan keindahan baru, semoga ianya tak meredupkan hari aku seperi redupnya hari ini…
dan kepada dia, mungkin dia takkan rasa apa yang aku rasa sampai dia ada pada kedudukan aku. hidup ni vice versa,kan? satu hari dia akan rasainya juga. aku bukanlah mendoakan sesuatu yang tak baik berlaku pada dia, cuma aku mahu dia rasakan apa yang aku rasa.
aku kena kuat. aku tak boleh lemah. ye, Nani seorang yang kuat!!!
kita jumpa lagi lain kali. da…

cuti

Assalamualaikum,
hai semua…cuti semester sudah bermula,yeay!!! hehe….kalau tak salah aku, ni adalah post pertama sejak aku cuti, kan3?aku sendiri pun dah lupa,hehe..
anyway, aku tengah cuti2 malaysia di KL sekarang…baru dekat 2 minggu aku kat sni, aku dah jelajah merata dah..letih dah aku jalan2 kat KL ni…
hm, where should i start?
anyway, aku bukan nak tulis pasal cuti2 malaysia aku tu pun..sebenarnya…aku tengah sedih…sedih yang teramat sangat. sepatutnya hujung minggu ni aku plan untuk jumpa si dia. tapi unfortunately, something comes out.and maybe we cannot meet. hm…sedih memanglah sedih, tapi aku redha… bila difikirkan balik, aku yang mendoakan supaya hubungan kami dipelihara dan berjalan lancar, so mungkin ada hikmah disebaliknya,kan? 🙂
aku kena kuatkan diri, and think positive. bila tak jumpa dia, aku boleh la plan something else,hehe…maybe boleh jumpa kengkawan kat sini? since aku datang sini, belum ramai lagi kawan2 yang aku jumpa. asal hujung minggu ja, aku ada hal dengan family aku, so tak ada kesempatan nak jumpa kawan2…
so, apa aku nak buat esok?belum tahu lagi,hehehe…tak pun aku boleh pergi shopping ke, main boling ke, kn? best jugak tu 🙂
ok la, nanti kita jumpa lagi ok…
love ❤ nani