terlukanya hati

Assalamualaikum,
hati aku terluka parah, hampirremuk dengan apa yang terjadi semua ni.kenapa dia lebih memilih wang daripada kegembiraan aku?apa yang dia pandang selama ni?katanya dia bukan macam tu, tapi yang dia tunjukkan tu lain dari yang dia ucapkan.
aku letih lalui semua ni. aku keseorangan. aku simpan semuanya seorang diri, demi nak menjaga nama baik dia.aku sayang dia. tapi aku betul-betul tak sanggup hadapinya…
Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini…kuatkan aku untuk hadapi semua ni.aku tau ada yang engkau rancangkan di sebalik semua ni.
terlalu lama aku tanggung semuanya, aku simpan semuanya dalam hati, aku buang jauh2 supaya aku tak ingat kembali. tapi sampai satu tahap, aku tak sanggup lagi hadapi. banyaknya yang aku korbankan untuk dia. tapi jawapan dari dia, aku sendiri tak nampak apa yang dia buat. betul ke aku tak nampak?
3 tahun aku simpan semuanya. hari ni dah sampai ke kemuncak. aku masih bersabar. hanya disini aku boleh luahkannya. aku tak tahu lagi nak luahkan dimana. dari pagi tadi airmata aku mengalir.aku memang tak kuat. aku sayangkan dia.
semoga aku terus kuat hadapiu semua ni.aku yakin aku boleh. aku boleh laluinya dengan baik, mungkin menjelang esok. esok yang sepatutnya menjadi hari yang indah untuk aku, kini dah sirna. semoga esok disinari dengan keindahan baru, semoga ianya tak meredupkan hari aku seperi redupnya hari ini…
dan kepada dia, mungkin dia takkan rasa apa yang aku rasa sampai dia ada pada kedudukan aku. hidup ni vice versa,kan? satu hari dia akan rasainya juga. aku bukanlah mendoakan sesuatu yang tak baik berlaku pada dia, cuma aku mahu dia rasakan apa yang aku rasa.
aku kena kuat. aku tak boleh lemah. ye, Nani seorang yang kuat!!!
kita jumpa lagi lain kali. da…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s