Archive | September 2011

memutuskan silaturrahim

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

credit : tazkirah-umum.blogspot.com

meluat ke benci?

Assalamualaikum,
dah lama sangat aku tak update blog ni kan,hehe… kemalasan ada, faktor internet yang slow pon ada….
actually, kalau aku nak bercerita dalam ni mesti sebab aku nak luahkan sesuatu. tentang apa?hehe…tentang my ex-best friend la. dulu aku pernah bagitau yang dia dah ada pakwe kan? sekarang ni siap dah plan nak tunang, nikah lagi. wah, hebat kan?awal jodoh dia. alhamdulillah.
aku tumpang suka dengar berita tu. tapi honestnya deep in my heart, aku meluat pon ada. rasanya tak sampai tahap benci. sebelum ni bukan main deny lagi, merendah diri cam bangang.But now?dah tak malu nak nak tulis kat public pasal pakwe dia, dengan ayat2 jiwangnya, dengan post lagu2 cintan cintun…amboi, nampaknya bukan main lagi dilamun cintan,hahaha…
yang paling aku bengang 2, dia tulis lbh kurang gini kat fb dia ‘xdpt org ganu pon xpe, dpt mak mertua ganu pon ok,ehehehe,peace’. kepala otak kau. desperate gila kau kan?hahaha…ada jugak pompuan desperate camni. xdapat budak ganu 2, sanggup ckp dapat mak mertua ganu pon ok. kau kebulur sangat ke ngan orang baka sana?WTH…
dulu aku rasa sedih dengan apa yang jadi antara kita, sebab dulu aku sayang kau. tapi sekarang tak lagi. aku benci meluat yang teramat sangat kat kau. asal aku buka fb je terpampang muka kau, dengan post2 jiwang cintan cintun kau tu. rasa cam nak hempuk ke lappy aku. tapi disebabkan ni harta aku (bukan harta kau), so buat apa aku nak mengkhianat harta aku sendiri kan?
and FYI, sekali lagi aku rasa sakit hati dengan kata2 kau, kau akan dapat karmanya. apa pon, selamat berbahagia,hahaha (ikhlas ke tak pon tak tau. jangan marah ye. bak kata kau,’peace’)