Assalamualaikum,
dah lama tak menjenguk ke blog ni. bukanlah taknak, tapi internet connection tak membenarkan. niat hati nak menulis tu memang ada. nak aje aku update apa yang aku rasakan setiap hari.
tiap kali aku buka facebook, au harap aku takkan nampak fb dia naik kat friend list, or dekat HOME tu. entahlah, aku sendiri tak tau kenapa berat sangat hati aku nak lupakan. hati aku memang sakit tiap kali aku nampak update di fb dia. siapa sebenarnya yang salah, aku atau dia?
aku sedar aku memang keras hati, sensitif. tapi aku bukan jenis yang mudah terasa dan panjangkan sesuatu perkara. aku memang jenis yang easy going (perasan je,haha). aku memang tak suka panjangkan sesuatu perkara. tapi dengan kes ni aku sendiri pun tak tau apa dah jadi dengan diri aku ni.
sudah la aku asyik fikir pasal dia, sekarang bertambah lagi satu masalah. tadi aku saja chat dengan paksu aku di fb, cuba tanya dia tentang masalah antara dia and family kami. then dia mula melenting, dan cakap aku takde adab. aku takde adab? salah ke aku suruh dia ceritakan apa yang jadi tu kat ayah. itu dikatakan aku jadi orang tengah ke? aku tak backup sesiapa pun dalam kes tu, tapi dia kata aku backup makcik aku. hey, my aunt is your sister, remember that! aku cuba cakap sebaik mungkin, supaya tak lukakan hati dia. tapi hati yang dah keras memang sukar nak dicairkan, kan? entah la, aku sendiri tak tahu, banyak yang dah berubah pada dia. seorang yang lembut, sopan, dah jadi lain sangat. dan orang yang dia marah sampai taknak maafkan sampai bila-bila tu adalah kakak dia sendiri. hm, dunia akhir zaman, sebab wang boleh berpecah belah, boleh putus saudara. aku mintak simpang semua tu, aku taknak aku taknak disebabkan semua tu aku jauh dari syurgaNya. dan kalau memang aku xde adab, semoga Allah akan segera sedarkan aku, dan berikan aku hikmahNya. aku sedang cuba sedaya upaya untuk berubah. ye, aku cuba berubah, menjadi seorang yang lebih matang, lebih berhikmah dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk aku. semoga Allah sentiasa bersama aku, InsyaAllah.
hanya setakat ni update untuk kali ni. lain kali aku update lagi. selamat malam…