weekend yang tercemar

Assalamualaikum,
hye all…
last night aku outing ke jitra dengan 2 kawan baik aku, aziera dan azizul…actually, nama dorang berdua ni panjang bebenor. dah tu bila dipendekkan, macam match je kan,hehe…

ish, mana boleh aku nak kenen2kan dorang berdua…azizul ni dah bertunang, and insyaAllah bulan 12 ni majlisnya akan berlangsng. dan aziera ni plak dah not available. dia dah couple about 5 years kot. insyaAllah, habis study nanti dorang akan bersatu. sama2 kita doakan ok🙂

hm, walaupun kami cuma bertiga, tapi aku sangat2 happy dengan weekend ni. kami sampai ke jitra Mall around 3pm. sampai je sana kami terus serbu kedai cenderamata kat situ, tapi aku lupa nama kedai tu. zira nak cari hadiah birthday bestie dia, azezee…eh, bestie ke?hehe.. punya la lama kami dalam kedai tu. and lastly aku suh dia mintak pendapat wan je (azizul). maklaumlah, wan kan lelaki. mesti dia tau taste laki kan? hehe…aku tak snap pun picture gift tu, mungkin zira ada snap.

lepas je setel dengan hadiah tu, kami p jamu perut kat tingkat 3, niatnya nak makan sikit ja, coz petang nanti nak makan lagi dekat tasik Darulaman. lepas isi perut kat situ, kami erak ke bandar Darulaman. hujan baru je berhenti, so tak ramai sangat pengunjung.

guess what? sampai je kat sana aku mula meloya, rasa nak muntah, nak pitam, nak rebah, semuanya ada. tapi aku gagahkan jugak diri ni, sebab taknak dorang susah hati. kami naik benda kayuh2 tu, apa ntah,hehe… aku cuma jadi penumpang, yang teruknya wan dengan zira la, dok kena kayuh benda tu,hehe.. tengah seronok kat tasik tu, aku pening lagi. aku sandar je kat bahu zira. bila dongak kepala jap je, aku terus muntah!!!!!!!!! uwa, malunya. aku pandang kiri, pandang kanan, kot2 ada orang nampak. mujurlah kami jauh dari orang lain. paling aku malu dengan wan la,hu. sian dia. lepas muntah tu aku rasa lega sikit, tapi sat jela.

turun je dari bot tu, kami pun nak gerak balik, coz dah dekat pukul 7 mlm dah. waktu tu aku rasa ok lagi. tapi aku dah tak selera nak makan. kesian wan dengan zira, mesti lapar. tapi aku tak boleh paksa perut aku. aku tau aku akan muntah kalau tengok makanan. aku bukak tingkap keta, nak dapatkan angin segar. tapi…………..waktu kat tengah2 highway, sekali lagi aku tak boleh tahan diri, aku muntah dalam keta wan!!!!!!!!!!! ya Allah, malunya!!!!!!! kesian wan, keta dia yang suci murni g kena serpihan muntah aku walaupun sikit,hu.. mujur aku tahan dengan tangan aku, so sikit jela yang kena keta dia. tapi aku tetap malu ngn dia,hu…

lepas cuci muntah kat muka aku dan kat tudung aku, kami pon teruskan perjalanan. sampai je kat jalan sintok, kami nampak ambulans yang lintasi kami kat changlun tu. Ya Allah, rupa2nya ada kemalangan kat persimpangan kampung tradisi. hati aku nak sangat tengok kemalangan tu. tapi perut aku tak mengizinkan. sebaik saja kami lalu kawasan kemalangan tu, aku muntah lagi. tapi kali ni aku muntah dalam plastik. mujur wan ada sediakan plastik dalam keta dia. tapi malu tu tak payah cakap la kan. dah la aku dok sebelah dia,hu😦

aku sempat jugak jeling kereta yang terlibat kemalangan tu. aku nampak ada kereta terbalik. teruknya. tapi aku tak boleh fikir banyak sebab aku kena bersihkan muntah aku, hu. zira kata mungkin ada yang meninggal. tapi aku harap semuanya selamat. kalau tengok keadaan kereta yang terlibat tu memang la teruk,hu. kami cuma berhenti sekejap untuk cuci muntah aku. tapi kami tak pergi tengok pon tenpat kejadian tu.

sampai je dekat U, aku terus bergegas masuk ke bilik. perut aku dah rasa lain macam. aku akan muntah bila2 masa ja. cepat2 aku keluarkan plastik, dan aku terus muntah. hu😦 lemahnya badan aku sekarang. kali keempat aku muntah hari tu. tak pernah aku muntah banyak kali dalam sehari, teruknya😦

aku salin baju, terus baring. aku dah tak larat nak mandi dah. roomate aku balik, dia la yang care pasal aku. dia sediakan makanan, minuman, suruh aku makan ubat dsb. baiknya dia. aku rasa beruntung sangat dapat roomate sebaik tu. aku terlelap dalam setengah jam ja. aku terjaga bila adik angkat aku, Azim call. kesian dia. dah la semalam birthday dia, tapi aku tak boleh nak cakap lama2 dengan dia. lepas cakap dengan dia, aku makan roti 1/2 keping, dan air milo seteguk. tu pun roomate aku, Siti yang sediakan. lepas je makan epal 1 potong, perut aku dah meragam. cepat2 aku lari ke toilet, dan buuuurrrrrrrrrrr, aku muntah. teruk betul. sampai keluar air mata, hingus, hu. kenapa la perut aku tolak semua makanan. aku minum pun semua keluar habis. aku masih kuat walaupun badan aku letih. tapi aku tak boleh berdiri or duduk. aku kena baring. kalau aku berdiri or duduk, aku akan meloya. bila baring je aku rasa lega.

alhamdulillah hari ni aku rasa lebih baik walaupun belum ada selera makan tapi aku gagahi jugak. tu pun Siti yang belikan makanan untuk aku, paksa aku makan. thank God, aku dah lebih kuat. doakan aku sembuh segera ye. lain kali aku update dan letakkan gambar weekend kami. gambar tu masih ada pada Zira. setakat ni saja update untuk kali ni. bye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s