apa ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum,
hye…
just a short post…ni tentang mereka2 di office lama aku dulu…
beberapa hari lepas 2 staf lelaki dari office lama dulu add aku di facebook..
for me, itu hanya perkara biasa…
kelmarin, aku chat dengan H. waktu aku masuk keja kat situ, dia memang dah lama keja. dia cakap, dah lama dia cari fb aku, tapi tak jumpa. kami sembang macam orang yang dah lama tak jumpa la, tanya tentang hal masing2. kemudian keluarlah soalan yang paling aku tak suka daripada mana2 lelaki, iaitu…
‘dah ada bf ka?’
jawapan aku?
‘dari dulu lagi aku ada bf..ko ingat aku ni tak laku sangat ke?’
then dia balas,
‘ingatkan F je ada bf’…
aku tak ambil peduli pasal tu, sebab bagi aku itu cuma soalan biasa…
baru beberapa jam tadi, aku chat dengan staf sorang lagi, Abg S…
dia bagitau sesuatu yang mengejutkan aku, sangat mengejutkan aku!!!
katanya, H suka aku!!!
what!!!
H suka aku?
OMG, serius aku taknak percaya…
Abg S cakap, dah lama H suka aku…
then aku mula fikir balik ttg perbualan aku dengan H kelmarin..
dia cakap, dah lama dia cari fb aku…waktu dia cakap macam tu, aku memang dah curiga…kenapa dia cari fb aku?
sebabnya, kami tak rapat pun waktu kat office dulu. dia selalu arah aku buat itu, ini.. dan kami memang jarang berbual kosong, melainkan tentang hal office, hal kerja.
tapi abg S cuba yakinkan aku yang H memang sukakan aku…
aku dah mula cuak…
aku takut bila dapat tau ada sesiapa sukakan aku…
aku bukan perasan ok!!!
tapi aku cuba menjaga diri, elakkan diri dari perkara tak diingini…
dekat office tu cuma ada 2 lelaki, abg S dan H…dan ada sorang lagi computer technician yang selalu datang office untuk servis komputer. aku tau technician tu suka aku, dia selalu bagitau aku bila dia message aku. dan memang aku berusaha elakkan diri.
bila abg S bagitau yang H sukakan aku, aku jadi rimas sangat2. kenapa dia bagitau aku bila aku dah approve si H tu!!!!!!!!!!!! arghhhh!!! aku rimas, aku takut!!!
punya la banyak perempuan kat kl tu, yang lagi cun melecun, ayu, sopan santun, bekerjaya, tapi kenapa aku??? kenapa???
Ya Allah, aku mohon, peliharalah aku. jauhkan aku dari pandangan jahat orang lain, jauhkan aku dari perbuatan jahat orang. aku hanya berlindung di bawah pertolonganMu Ya Allah…
semoga mereka ditemukan dengan jodoh yang telah Kau tentukan…
peliharalah aku Ya Allah…

hanya ini untuk kali ni…jumpa lagi…
Wassalam =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s