Archive | December 2011

selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Assalamualaikum,

ni post terakhir untuk tahun ni, 2011…

dalam beberapa jam je lagi akan masuk tahun 2012..

banyak perkara yang akan menjadi kenangan untuk tahun ni..ada suka, duka, ada jugak gila2,hehehe…

kalau nak diceritakan, dann tentu entry ni akan jadi sangat panjang… tp x terdaya nak taip panjang2…maklumlah, esok exam…exam di tahun baru!!! bencinya!!!takut yang teramat sangat ni…

ok, dipendekkan cerita, ni antara kenangan2 sepanjang 2011…

1) tahun 2010 diakhiri dengan masalah yang tak habis2, malah kian berlarutan..masalah aku dengan kawan2 berlarutan sehingga tahun 2011… puncanya disebabkan facebook. biasa la, facebook ni boleh jadi tempat untuk berdakwah, dah juga tempat menyebarkan fitnah kan?

Image

2) pengembaraan 50km

sebagai syarat untuk dapatkan lencana kelana siswa, kami perlu jalani pengembaraan 40km ni. actually ada banyak lagi pilihan lain, tapi jurulatih kami memilih untuk jalankan pengembaraan ni. pengembaraan ni bermula dari hutan sintok,UUM, menuju ke changlun, bukit kayu hitam dan kami bermalam di sekolah berhampiran bukit kayu hitam. perjalanan pulang diteruskan keesokan paginya.

terlalu banyak suka duka dalam pengembaraan ni.. banyak gelak tawa, dan banyak juga air mata. sakitnya tak dapat nak digambarkan dengan kata2. kaki dan peha yang melecet, kesakitan seluruh badan, ditambah dengan kesakitan mental akibat perjalanan yang panjang. namun, semuanya menjadi pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan, dan sangat indah apabila dikenangkan semua.

ImageImage

3). percutian ke Cameron Highland

ini antara percutian paling manis tahun ni 🙂 nak tau kenapa? sebab aku ditemani yang tersayang,hehe… sangat seronok walaupun percutian tu terlalu sekejap. kami bertolak dari kl jam 10 pagi, dan sampai semula ke kl jam 10 malam. cepat kan? hm, nak buat macam mana. keesokan harinya si dia dah keja, dan perlu balik ke kuantan malam tu jugak,hu…sedih…walaupun percutian kami (yang x macam percutian) tu terlalu singkat waktunya, tapi kenangan tu akan berkekalan, insyaAllah…

Image

4). percutian ke Kelantan

terlalu banyak percutian tahun ni. tapi yang paling best adalah percutian ke Kelantan,hehehe… aku ke Kelantan bersama2 Ain dan Jue. kami ke sana ketika cuti pertengahan semester. even tak banyak tempat yang aku sempat lawati, disebabkan kekangan tidak punya kenderaan, tapi aku enjoy sangat. InsyaAllah, aku mahu kesana lagi kalau diizinkan Allah…

Image

Image

5). Percutian ke Langkawi

actually, ni bukanlah percutian jugak,hehe. niat sebenarnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan kak izah. tapi aku masukkan jugak ke senarai percutian, sebab aku rasa macam bercuti ke luar negeri,hahaha (padahal Langkawi ni dalam Kedah je 😉 ). seronok. majlis tu pun meriah dan berjalan lancar. semoga pernikahan mereka berkekalan hingga hujung nyawa, dan mereka akan bersatu di syurga, InsyaAllah…

Image

Image

6). Antara perkara yang menggembirakan aku tahun ni adalah aku dapat perbaiki semula perhubungan aku dengan kawan2 lama aku.  actually benda ni mudah je. kalau kita cuba rendahkan ego kita, dan tebalkan muka untuk minta maaf, perkara dapat diselesaikan dengan mudah. memang kita malu, dan malu tu yang menerbitkan ego, tapi tu cuma sementara. bila semua dah selesai, rasa malu tu akan hilang.

aku harapkan supaya hubungan ni terpelihara, dan takkan timbul lagi masalah2 sebegini. aku dah letih nak hadapi masalah remeh yang macam ni, sedangkan ianya sesuatu yang boleh diselesaikan dengan mudah, dan tak memerlukan tempoh sampai 4 tahun,huhu…

Image

semoga tahun baru 2012 akan membawa lebih banyak kebaikan dalam hidup ini. dan semoga hidup aku dan orang di sekeliling akan akan lebih diberkati dan dirahmati Allah S.W.T…InsyaAllah…

untuk azam baru pulak? aku tak tetapkan apa2 azam tahun ni. tapi untuk tahun depan, akan difikirkan kemudian,hehe…

bye2 2011… welcome 2012 =)

apa makna wanita cantik pada lelaki


Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas.

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

CANTIK

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

MATANG

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

credit : penpatah.blogspot.com

kenapa lelaki tinggalkan wanita

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

tanda-tanda lelaki sukakan wanita =)

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

18 perkara wanita perlu tahu tentang lelaki

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

credit : penpatah.blogspot.com

mood final exam =P

Assalamualaikum,

hye all….

tadi punya la dok fikir nak update apa…balik je dari class, on lappy, terus lupa nk update apa *sengal*

anyway, byk class dah habis..maknanya minggu depan secara tak rasmi akan jadi study week…OMG, dah study week!!! means final exam is just around da corner!!! macam tak percaya je sem ni dah nak berakhir *sad*

semangat berkobar2 nak study pengantar statistik…tapi, mood belum dtg 😦 rasa macam boleh skor je paper tu, even ramai cakap susah dan ramai jugak kena repeat…dah tangguhkan beberapa sem dari ambik paper tu sebab terlalu takot. but alhamdulillah, result mid semester exam aritu banyak mengembalikan semula semangat *syukur*

Image

next semester is my last semester here. lepas tu akan pegi praktikum!!!!! *excited giler*. wah, tak sangka, my journey here is almost over. walaupun masih ada 1 semester disini, tapi rasa berat nak tinggalkan UUM tercinta ni *ini serius*.tapi, dah tiba masanya untuk nani mulakan perjalanan baru…perjalanan membina kerjaya. semoga Allah permudahkan jalan nani untuk mendapat kerja yang baik, dari rezeki yang halal, dan memudahkan segala urusan lain…

doakan jugak nani berjaya dengan cemerlang dalam exam kali ni. kalau boleh nak skor, sebab nak naikkan pointer yang asyik jatuh tu je *sad* =(

dah dekat final pon kami masih boleh bergumbira, jalan2 pusing UUm…eh, berbasikal..berhari2 sakit badan 😦 tapi xpe, ni kenangan indah kami 🙂

ImageImage