selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Assalamualaikum,

ni post terakhir untuk tahun ni, 2011…

dalam beberapa jam je lagi akan masuk tahun 2012..

banyak perkara yang akan menjadi kenangan untuk tahun ni..ada suka, duka, ada jugak gila2,hehehe…

kalau nak diceritakan, dann tentu entry ni akan jadi sangat panjang… tp x terdaya nak taip panjang2…maklumlah, esok exam…exam di tahun baru!!! bencinya!!!takut yang teramat sangat ni…

ok, dipendekkan cerita, ni antara kenangan2 sepanjang 2011…

1) tahun 2010 diakhiri dengan masalah yang tak habis2, malah kian berlarutan..masalah aku dengan kawan2 berlarutan sehingga tahun 2011… puncanya disebabkan facebook. biasa la, facebook ni boleh jadi tempat untuk berdakwah, dah juga tempat menyebarkan fitnah kan?

Image

2) pengembaraan 50km

sebagai syarat untuk dapatkan lencana kelana siswa, kami perlu jalani pengembaraan 40km ni. actually ada banyak lagi pilihan lain, tapi jurulatih kami memilih untuk jalankan pengembaraan ni. pengembaraan ni bermula dari hutan sintok,UUM, menuju ke changlun, bukit kayu hitam dan kami bermalam di sekolah berhampiran bukit kayu hitam. perjalanan pulang diteruskan keesokan paginya.

terlalu banyak suka duka dalam pengembaraan ni.. banyak gelak tawa, dan banyak juga air mata. sakitnya tak dapat nak digambarkan dengan kata2. kaki dan peha yang melecet, kesakitan seluruh badan, ditambah dengan kesakitan mental akibat perjalanan yang panjang. namun, semuanya menjadi pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan, dan sangat indah apabila dikenangkan semua.

ImageImage

3). percutian ke Cameron Highland

ini antara percutian paling manis tahun ni🙂 nak tau kenapa? sebab aku ditemani yang tersayang,hehe… sangat seronok walaupun percutian tu terlalu sekejap. kami bertolak dari kl jam 10 pagi, dan sampai semula ke kl jam 10 malam. cepat kan? hm, nak buat macam mana. keesokan harinya si dia dah keja, dan perlu balik ke kuantan malam tu jugak,hu…sedih…walaupun percutian kami (yang x macam percutian) tu terlalu singkat waktunya, tapi kenangan tu akan berkekalan, insyaAllah…

Image

4). percutian ke Kelantan

terlalu banyak percutian tahun ni. tapi yang paling best adalah percutian ke Kelantan,hehehe… aku ke Kelantan bersama2 Ain dan Jue. kami ke sana ketika cuti pertengahan semester. even tak banyak tempat yang aku sempat lawati, disebabkan kekangan tidak punya kenderaan, tapi aku enjoy sangat. InsyaAllah, aku mahu kesana lagi kalau diizinkan Allah…

Image

Image

5). Percutian ke Langkawi

actually, ni bukanlah percutian jugak,hehe. niat sebenarnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan kak izah. tapi aku masukkan jugak ke senarai percutian, sebab aku rasa macam bercuti ke luar negeri,hahaha (padahal Langkawi ni dalam Kedah je😉 ). seronok. majlis tu pun meriah dan berjalan lancar. semoga pernikahan mereka berkekalan hingga hujung nyawa, dan mereka akan bersatu di syurga, InsyaAllah…

Image

Image

6). Antara perkara yang menggembirakan aku tahun ni adalah aku dapat perbaiki semula perhubungan aku dengan kawan2 lama aku.  actually benda ni mudah je. kalau kita cuba rendahkan ego kita, dan tebalkan muka untuk minta maaf, perkara dapat diselesaikan dengan mudah. memang kita malu, dan malu tu yang menerbitkan ego, tapi tu cuma sementara. bila semua dah selesai, rasa malu tu akan hilang.

aku harapkan supaya hubungan ni terpelihara, dan takkan timbul lagi masalah2 sebegini. aku dah letih nak hadapi masalah remeh yang macam ni, sedangkan ianya sesuatu yang boleh diselesaikan dengan mudah, dan tak memerlukan tempoh sampai 4 tahun,huhu…

Image

semoga tahun baru 2012 akan membawa lebih banyak kebaikan dalam hidup ini. dan semoga hidup aku dan orang di sekeliling akan akan lebih diberkati dan dirahmati Allah S.W.T…InsyaAllah…

untuk azam baru pulak? aku tak tetapkan apa2 azam tahun ni. tapi untuk tahun depan, akan difikirkan kemudian,hehe…

bye2 2011… welcome 2012 =)

2 thoughts on “selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s