Archive | January 2012

shahir : pendam

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/09/lirik-lagu-pendam-shahir.html#ixzz1jkgjG58S

ragam couple

‎1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti 
dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

aku masih ingat

Assalamualaikum,

tak banyak perkara yang aku masih ingat. tapi sekadar mengimbas balik memori, aku masih mampu. aku masih ingat, kali pertama aku ke sekolah dengan bertudung sepenuhnya. aku masih ingat, kali pertama aku benar2 jatuh hati. aku masih ingat, hari pertama aku jejakkan kaki ke POLIMAS. aku masih ingat, kali pertama aku mengenali si dia. aku masih ingat, apa yang berlaku di Genting Highland. aku masih ingat, hari mama pergi meninggalkan kami. aku masih ingat, detik2 aku bersama si dia…

banyak perkara yang aku mahu ceritakan tentang apa yang aku masih ingat…

insyaAllah, aku ceritakan sedikit dem sedikit di kesempatan lain…

c ya…

tips menjadi pendengar yang baik kepada wanita

Image

1.Beri perhatian sepenuhnya

Apabila si dia mula bercerita, berikan perhatian kepadanya. Hentikan semua perkara yang anda sedang lakukan. Kalau ada awek cun lalu kat sebelah pon, jangan pandang. Nanti tak pasal2 je kamu pulak yang jadi bahan marah dia

2.Pandang matanya

Ketika si dia sedang bercerita, pandang matanya. Seolah2 anda sedang mendengar dengan teliti apa yang dia sedang ceritakan. Dia akan merasakan anda sedang mendengar dengan teliti dan akan teruskan bercerita.

3.Jangan berikan pendapat

Apabila si dia sedang bercerita, jangan sesekali menyampuk dengan memberikan pendapat. Si dia mungkin belum bersedia menerima pendapat dari anda. Sebaiknya anda cuma mengangguk dan menyuruhnya meneruskan penceritaan. Pendapat anda mungkin akan membuatkan si dia bertambah sedih, dan anda pula yang akan dimarahinya.

4.Bertanya soalan

Untuk menaikkan mood si dia untuk terus bercerita, sebaiknya anda tanyakan soalan berkaitan apa yang diceritakan. Jangan terus memberikan jalan penyelesaian, kerana bukan itu sebenarnya yang dia mahukan.

5. Berikan sokongan kepadanya

Sekiranya si dia sedang marah2, anda berikan sokongan kepadanya. Si dia bercerita kepada anda kerana mahu anda menyebelahinya. Tapi sekiranya anda menyebelahi pihak yang satu lagi, bersedialah untuk menerima habuan anda.

6.Ulang semula apa yang dikatakan

Untuk membuatkan si dia rasa anda mendengar apa yang dituturkan, ulang semula apa yang dikatakannya dengan lembut. Jangan ulang semula apa yang dituturkannya dengan soalan, kerana anda akan dikatakan tidak memahami apa yang dia katakan, dan anda juga akan dikatakan bukan pendengar yang baik.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa

Perkara paling mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan diam dan tidak memberikan apa2 respon. Cara paling senang, anggukkan kepala anda,hehe..Apabila dia habis bercerita, cubalah ceriakan hatinya, dan kemudian cepat2 tukar topik lain supaya dia tidak terus2an marah dan bersedih. Makin dipanjangkan topik tu, makin dia akan marah, sedih, dan mungkin akan marah pula pada anda.

Wanita memang sukar difahami. Jika anda diam, akan dikatakan tidak mendengar apa yang diceritakan, dan jika anda terlalu banyak berikan pendapat, si dia akan sukar menerima pendapat anda kerana ia tidak seperti apa yang dia mahu dengar daripada anda.

Makanya, tindakan yang paling baik adalah dengan bersederhana sahaja. Jangan terlalu kaku, dan jangan terlalu lantang memberikan pendapat anda.

Image

credit tips : tentangcinta.com

ulasan : pendapat cik nani =)

Kenali Hati Dan Cinta Lelaki

Memang payah nak kenali hati dan cinta seseorang, sebab kadang-kadang apa kita rasa itu betul. Sebenarnya tak semua betul. Tapi tak pelah, asalkan jangan buruk sangka sudahlah. Untuk kenali hati & cinta lelaki mungkin agak sukar sikit dari perempuan. Entahlah. Apa2 pun kita baca entry ni, mana tau kita boleh tau sikit2 mengenai hati & cinta seorang lelaki.

 

Image

 
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
 
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
 
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
 
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
 
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
 
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
 
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
 
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
 
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
 
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
 
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
 
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
 
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
 
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
 
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
 
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
 
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.
 
Image
 
 

5 hadiah sempena hari lahir wanita yang kamu sayangi

Assalamualaikum,

bila tiba hari lahir korang, apa hadiah yang korang dapat?mesti best2 kan?kalau dari guys yang romantik tu, hadiahnya mesti sweet kan…oh, jeles,huhu 😦 since kenal ngn en. syg, belum pernah ada kesempatan sambut birthday dengan dia, dapat surprise and yg sewaktu dengannya…aku pon sama jugak la, belum pernah bg pape yg special utk dia, selain wishes je,huhu…sedih tau,huhu

kali ni kita kenalpasti pulak apa hadiah2 yang disukai wanita sempena hari lahir dorang,tmasuk i la ye =)

1. BUNGA

hehe, dah tentu bunga jadi priority… perempuan mana yang tak suka bunga?tipu la kalau tak suka. dapat sekuntum je dari pakwe/tunang/suami korang,korang senyum sampai telinga. kan3? hehe… bagi org yang sukakan bunga macam aku ni, aku sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana perasaannya bila dapat bunga hidup (fresh flower). aku sangat2 sukakan fresh flower. tapi en.syg plak ckp ‘bunga akan layu’…hm, buat orang sedih je 😦

Image

2. COKLAT

ni perkara kedua yang i suka,hehehe… coklat dan bunga tu dah jadi macam simbol cinta, tau x? perempuan suka cakap ‘ala, u nak bagi i gemuk ke?’…syg2ku, coklat x menggemukkan la, itu cuma mitos…alangkah sweetnya kalau si lelaki bagi sejambak bunga, plus coklat kat jambak bunga tu…oh, berangan jela cik nani oi…huhu

Image

nak macam ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3. TEDDY BEAR

wah, teddy bear, sweetnya!!! teddy bear ni macam sahabat baik perempuan. kalau sedih, dia akan peluk teddy bear sambil nanges2 dan luahkan kat teddy bear tu,hehe…tipu je,he…tapi rasanya ada jugak yang buat camtu kan?kalau aku, aku nak teddy bear yang macam ni…cantik x?

Image

tapi kalau boleh tu nak yang sebesar ni,hahaha

Image

4. ACCESSORIES

antara hadiah lain yang korang boleh bagi pada gf/tunang/isteri/mak korang adalah eksesori2 seperti jam dan sewaktu dengannya…kalau dapat barang kemas lagi best,hahaha!!!

Image

5. WILL U MARRY ME

I DO!!! oh, cukup2 la berangan wahai cik nani,huhuhu..

Image

=)