tips menjadi pendengar yang baik kepada wanita

Image

1.Beri perhatian sepenuhnya

Apabila si dia mula bercerita, berikan perhatian kepadanya. Hentikan semua perkara yang anda sedang lakukan. Kalau ada awek cun lalu kat sebelah pon, jangan pandang. Nanti tak pasal2 je kamu pulak yang jadi bahan marah dia

2.Pandang matanya

Ketika si dia sedang bercerita, pandang matanya. Seolah2 anda sedang mendengar dengan teliti apa yang dia sedang ceritakan. Dia akan merasakan anda sedang mendengar dengan teliti dan akan teruskan bercerita.

3.Jangan berikan pendapat

Apabila si dia sedang bercerita, jangan sesekali menyampuk dengan memberikan pendapat. Si dia mungkin belum bersedia menerima pendapat dari anda. Sebaiknya anda cuma mengangguk dan menyuruhnya meneruskan penceritaan. Pendapat anda mungkin akan membuatkan si dia bertambah sedih, dan anda pula yang akan dimarahinya.

4.Bertanya soalan

Untuk menaikkan mood si dia untuk terus bercerita, sebaiknya anda tanyakan soalan berkaitan apa yang diceritakan. Jangan terus memberikan jalan penyelesaian, kerana bukan itu sebenarnya yang dia mahukan.

5. Berikan sokongan kepadanya

Sekiranya si dia sedang marah2, anda berikan sokongan kepadanya. Si dia bercerita kepada anda kerana mahu anda menyebelahinya. Tapi sekiranya anda menyebelahi pihak yang satu lagi, bersedialah untuk menerima habuan anda.

6.Ulang semula apa yang dikatakan

Untuk membuatkan si dia rasa anda mendengar apa yang dituturkan, ulang semula apa yang dikatakannya dengan lembut. Jangan ulang semula apa yang dituturkannya dengan soalan, kerana anda akan dikatakan tidak memahami apa yang dia katakan, dan anda juga akan dikatakan bukan pendengar yang baik.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa

Perkara paling mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan diam dan tidak memberikan apa2 respon. Cara paling senang, anggukkan kepala anda,hehe..Apabila dia habis bercerita, cubalah ceriakan hatinya, dan kemudian cepat2 tukar topik lain supaya dia tidak terus2an marah dan bersedih. Makin dipanjangkan topik tu, makin dia akan marah, sedih, dan mungkin akan marah pula pada anda.

Wanita memang sukar difahami. Jika anda diam, akan dikatakan tidak mendengar apa yang diceritakan, dan jika anda terlalu banyak berikan pendapat, si dia akan sukar menerima pendapat anda kerana ia tidak seperti apa yang dia mahu dengar daripada anda.

Makanya, tindakan yang paling baik adalah dengan bersederhana sahaja. Jangan terlalu kaku, dan jangan terlalu lantang memberikan pendapat anda.

Image

credit tips : tentangcinta.com

ulasan : pendapat cik nani =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s