yang sebenarnya…

Assalamualaikum,

Image

dengan lafaz bismillah, aku akan berikan jawapan pada sesuatu yang kau mulakan.

ini adalah jawapan pada soalan yang sering kau lontarkan pada aku kebelakangan ini…

dan kau terus ulangi soalan yang sama berulang2 kali…

“apa masalah aku dengan kau”

memang tiada masalah, dan tiada yang salah…

ok, ni penjelasannya…

u’ve change a lot, aku nampak semua tu. tak rapat tak bererti aku mengabaikan.ye, aku memang tiada apa2 masalah dengan kau. tapi aku bukan tidak sedar, kau masih menyebut tentang ‘dia’.. kau ada fikir tentang perasaan aku?ye, hati aku sakit!!! dan rasa sakit tu yang membuatkan aku jelek dengan ucapan2 kau. kalau betul kau dah lupakan, kenapa masih sebut tentang ‘dia’?

kau terus bertanya jawapan aku,apa masalah aku bila kau berkata2 sebegitu. tapi kenapa kau elakkan dari menjawab pertanyaan aku? kenapa kau sendiri tak jelaskan apa yang aku soalkan? cuba kau tengok semula semua yang kita cakapkan, ada kau jawab pertanyaan aku?langsung tak ada!!! sebaliknya kau terus tanyakan apa masalah aku. siapa yang bermasalah sebenarnya?siapa yang masih mencari masalah?

aku tak tahu apa erti maaf pada kau. bila aku mahu berdamai secara terbuka, secara automatik aku maafkan kau. walau apa sekalipun salah kau pada aku. dan kau juga dah setuju untuk berdamai. tapi apa ertinya bila kau ungkitkan semula perkara lama? perkara yang tak pernah lagi aku ucapkan?. kau sendiri yang cakap, dah lama kau tahu tentang ini, tapi kenapa kau tak bangkitkannya sewaktu aku mahu berdamai dulu?supaya kita boleh selesaikannya terus, dan perkara ni takkan berulang lagi, dan hubungan kita keruh semula?

apa gunanya kita berdamai dulu kalau perkara ni akan jadi keruh semula. sungguh aku tak faham dengan apa yang kau fikirkan.

selama ni aku ingat kau kuat, tapi jangkaan aku salah. bila berulang kali aku diserang, aku tahu, kau bukanlah sekuat yang aku sangka.

aku memang takde masalah dengan ayat bunga2 cinta, ayat2 jiwang tu. tapi kalau menyangkut paut dengan hidup aku, tu yang buat aku kisah!!!

INI SEKADAR NASIHAT. SECARA UMUM, DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI…
kalian perasan tak, berapa kerap kalian memuji Allah, berkata2 manis kepadaNya, berbanding kalian berkata2 manis kepada makhluknya?

sebelum menyucapkan cinta kepada makhluknya, berapa kerap kalian ucapkan cinta pada penciptanya?berapa kerap kalian memujiNya?kenapa tidak memujiNya di depan umum sepertimana kalian berkata2 indah pada makhluknya di tempat umum?

p/s : maaf jika penjelasan aku ini menyakitkan hati kau. jangan hanya fikirkan perasaan sendiri. fikirkan juga perasaan orang lain yang kau sakiti. aku cuma berikan jawapan pada apa yang kau persoalkan. dan tolong jawab semua persoalan aku.

dan untuk pengetahuan kau, kau tetap sahabat aku sampai akhirat, InsyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s