Archive | March 2012

DIY : beading

Assalamualaikum & hye…

kali ni orang nak cerita pasal beading plak. bila tiba kerajinan melampau, mula la buat benda2 renyah macam ni. seriously, kerja beading ni memerlukan kesabaran yang amattttt tinggi, hehe…saje je letak t bebanyak sebab nak tunjukkan betapa tingginya tahap kesabaran yang diperlukan tu,hehe…

actually, sebelum ni orang memang suka buat sendiri beading ni kat baju2 kurung orang. kalau tak buat kat baju sendiri, nak buat kat baju sapa lagi kan,huhu…takde yang sudi dengan hasil tangan orang ni 😦

ok, kita teruskan dengan prosesnya ye… ni bukan tutorial, cuma nak tunjukkan proses jahitan manik tu…

memula orang jahit jelujur corak yang orang nak tu…disebabkan kapur tu tak jelas kelihatan, terpaksa la buat jahitan jelujur ni…jahit camni…

nampak x, nampak x? tengok betul2 sampai nampak k.hehe…

lepas tu terus la jahit manik2 tu ikut kehendak sendiri…orang amek idea ni dari majalah NONA…

jahit dan jahit dan jahit…

siap sudah stage pertama… move to next stage… orang tambahkan lagi manik2 tu sebab nak bagi nampak sarat…suka sangat tengok manik sarat2 kat baju…

camni jadinya…

ha, jadi la macam ni…

penat tau nak buat camni pon…memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi…tau kenapa? sebab ada je yang mengganggu…si kecik molek hitam manis ni

see??? ei budak ni, geram betul…mujur bukan kain chiffon…kalau tidak mau rosak baju…

lepas buat beading kat leher baju tu, orang buat kat lengan baju pulak… camni

ni baru je separuh perjalanan, hehe…bila siap jadi la camni

cantik x,hehehe…orang tak tau pun apa nama jahitan semua tu…orang main jahit je…janji kemas 🙂

tapi………..

orang tak puas hati pun dengan hasilnya… so orang terus google lagi…dan orang tambah lagi manik2 tu…camni

yang kali ni, orang suka sangat2… so orang kuatkan semangat untuk siapkan baju tu…dlm 2 hari je siap…pantas x,hehe…tapi orang takde gambarnya bila siap..gambar waktu 80% done ada la…ini dia…

ha, boleh bayangkan tak macam mana hasilnya? em, kalau rajin nanti orang tangkap gambar baju yang dah siap dimanik tu…kalau rajin la,huhu…

nota kaki : sebenarnya beading yang dekat lengan baju tu pun orang dah tetas dan jahitkan macam lain…nnt la orang review…

ok, c ya 🙂

ADAB BERTUNANG DALAM ISLAM

Image

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab – adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)

Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :


1.Adab dalam bergaul

maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing .

1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan

2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.

3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.

5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

#kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

2. Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata ereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Dsini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:

1 . Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasangan itu sendiri.

2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya

3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.

4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.

5 . Dan banyak lagi yang mungkin saudari boleh fikirkan sendiri.

Sumber: http://www.mamat.my/2012/03/adab-bertunang-dalam-islam.html#ixzz1qGK7oT7T

Cinta Pohon Sakura

Assalamualaikum,

post ni sebenarnya takde kaitan pon dengan cintan-cintun ye, hehe…saja je letak nama tu, sebab dah jatuh hati dengan bunga sakura!!!

sekarang ni rasanya musim bunga sakura, sebab orang ada tengok buletin utama TV3 tunjuk baru-baru ni. tapi orang tak tahu la kat negara mana. Maklumlah, tak pernah jejakkan kaki ke luar negara, huhu…

bagi orang, bunga sakura ni sangat cantik. waktu bercuti ke KL awal tahun lepas, ada pokok bunga sakura artificial yang sangat besar dekat Times Square. cantik sangat3…. wah…orang pon apa lagi, bergambar semahu-mahunya la,hehe…

orang memang suka bunga. jadi bila jumpa bunga, rasa macam taknak balik, nak je duduk situ tengok bunga-bunga tu. tapi orang bukan minah bunga ye,hehehe…

ok, ni gambar2 pohon sakura dan bunga sakura… sumber dari pakcik Google,he

Image

Image

Image

ni pulak gambar orang dengan one of my bestie dekat Times Square awal tahun aritu…

Image

cantik tak, cantik x???

yela, orang memang tak cantik, sakura tu yang cantik. orang selebet je,huhu… selebet pon ada jugak yang ckp comel,hehehe

sebenarnya tujuan post ni bukan nak cerita pasal sakura pon. orang nak cerita pasal musim bunga di UUM ni. nah, tengok gambar dulu

Image

nampak tak bunga kuning sepanjang laluan tu? kualiti gambar tak berapa jelas sebab orang set kepada VGA je. dan lagi satu disebabkan orang amek gambar waktu tengah bawak moto. bahaya kan? tapi sanggup demi bunga yang cantik ni.

orang tak tahu apa nama pokok ni, dan bunga ni. tapi warna dia sangat cantik. bila bunga2 ni ditiup angin, dan jatuh menyembah bumi, suasana dia macam kat luar negara tau,hehe…love it ❤

sesiapa yang tahu nama pokok ni, bgtau orang ye. orang nak sangat tau,huhu…

ok, c ya…

DIY : teaser : bunga stokin lagi

Assalamualaikum,

 

terpaksa bagi teaser lagi, sebab proses pembuatan bunga stokin dihentikan sementara waktu. bila kemalasan melanda macam ni la jadinya,huhu…

 

bila rajin buat bukan main banyak lagi. waktu buat dulu org tak tangkap gambar pon. cuma tangkap gambar bila dah siap. so takde la gambar proses pembuatan tu. dah tu macam mana nak bagi tutorial kan..huhu… gambar bunga stokin tu pun tak banyak sebenarnya. ni orang tunjuk gambar bunga stokin yang org buat dan jugak kawan org, Ida, buat.

 

orang yang ajar cik ida ni buat bunga stokin ni. tup2 dia buat lagi byk dr orang. tapi yang sebenarnya ida potong dawai je, mak dia yang buat proses2 lain,hehe…lawak la ida ni 🙂

 

ok, ni beberapa keping gambar bunga stokin yang kami buat. lain kali orang letak tutorial. janji,hehehe…

ni yang org buat

Image

ni yang cik ida buat

Image

lagi

Image

dan lagi

Image

Cantik tak,hehehe… orang baru belajar je. Tapi org sgt puas hati… Cuma kena tingkatkan usaha la…

Wish me luck 🙂

GAMBATEH!!! hehehe

LIRIK : kosong-najwa latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong.. kosong..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x

Image
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-kosong-najwa-latif.html#ixzz1qJKXCKPC