DIY : tutorial bunga stokin

Assalamualaikum & hye…

seperti yang dijanjikan, kali ni nak bagi tutorial pulak macam mana nak buat bunga stokin seperti dalam entry sebelum ni…

ada kawan yang tanya, bunga stokin tu apa? hm…pada yang belum tahu, bunga stokin adalah bunga yang diperbuat dari kain stokin la,hehe…ini rupa bunga stokin saye

Image

 alamak, ternampak tangan la pulak, huhuhu…

mula2 sekali, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut

Image

maaf ye sebab berterabur…malas nak susun…asalkan nampak bahan2nya pon dah ok kan…

bahan-bahannya: dawai, gunting, benang, kain stokin, playar (playar ke tu?), benda merah yang kat tengah bunga tu tak tahu nama apa, dan kesabaran yang  tinggi,hehe…

dawai tu panjangnya lebih kurang setengah meter..potong lebih kurang 15cm…agak2 je, tak payah ukur betul2.. potong 9 keping (keping ke?)

lepas tu, buat bentuk macam ni. 4 kelopak saiz s, dan 5 kelopak saiz m…

Image

ok, dah dapat 9 kelopak untuk sekuntum bunga. 

next step, bolehlah balutkan dengan kain stokin tadi tu…tarik kemas2, ketat2…pegang kuat-kuat supaya balutan tu tak terbuka. ikat balutan tu dengan benang ataupun dengan dawai…guna benang lagi bagus walaupun guna dawai lagi kemas,huhu. buat macam ni

Image

faham tak nak buat macam mana?

ok, then teruskan la step yang sama sampai la semua 9 kelopak siap…

ni hasilnya bila 9 kelopak tu siap dibalutImage

 

kelopak-kelopak tu boleh dibentukkan ikut kreativiti masing-masing…kalau nak bentukkan sebelum balut pon boleh. tapi orang suka bentukkan selepas dibalut.

ok…next step, boleh mula cantumkan kelopak-kelopak tu. orang tak tahu apa namanya benda merah yang letak kat tengah-tengah bunga tu. orang main beli je..

ambil kelopak yang bersaiz s dan cantumkan satu persatu. cantumkan menggunakan dawai supaya lebih kemas. kalau gunakan benang, kelopak tu akan bergerak kesana-sini bila kita nak kemaskan bentuknya nanti…cantumkan macam ni

Image

dah siap cantumkan yang ni, camtumkan pulak kelopak bersaiz m tadi…prosesnya sama seperti mencantumkan kelopak bersaiz s tadi…hasilnya akan jadi begini

Image

dah siap sekuntum bunga merah jambu saye,hik3…

cantik tak?

so, faham tak tutorial ni?senang je kan? senang la sangat, dekat sejam nak hasilkan sekuntum ni tau.kalau tak percaya, tengok time dekat setiap gambar tu…

ok, selamat mencuba…buat banyak-banyak ye…

4 thoughts on “DIY : tutorial bunga stokin

    • kain stokin selalunya ada di kedai bunga, kedai hantaran perkahwinan. kalau kat kedah, saya beli di Rainbow. kalau negeri lain saya tak pasti🙂

    • rasanya saya beli 1 paket tu tak sampai semeter…90 cm je kot..rm1.50 sepeket…boleh buat maksimum 7 kuntum yang macam ni…so kalau 100 kuntum guna dalam 15 paket kot.. saya pun tak pasti hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s