Archive | May 2012

spesifikasi minima calon isteri yang lelaki mahu

Image

1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur. 

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly. 

4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat. 

7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.

8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali. 

10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.

11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah. 

13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang. 

18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.

22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. “Doaku Untukmu sayang – Wali Band” gitu.

26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.

27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah 🙂

29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah. 

30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

Originally by : Syabab Musafir Kasih

tutorial:pemakaian shawl

Assalamualaikum,

kali ni orang bagi tutorial nak pakai shawl pulak. tapi orang bagi gambar je dlu k…instruction nanti orang bagi.sedang mengejar masa…

kalau tengok gambar pon boleh faham kot?

Image

muka pucat, mata lesu, gambar comot..terpaksa di touch-up gambar tu sebab orang pakai baju lengan pendek je,huhu…nanti orang bagi instruction ok…

c ya…

exam terakhir sebagai pelajar

Assalamualaikum,

tinggal berapa hari je lagi sebelum final exam bermula. macam2 perasaan ada, cuak, excited, gembira, semua bercampur2…cuak sebab ini perjuangan terakhir sebagai pelajar. excited dan gembira sebab tak lama lagi orang akan habiskan pengajian ni. yeay!!!

orang rasa macam orang baru je masuk belajar kat sini, macam baru sem 1 je, takde rasa macam senior pon. padahal bebudak lain dengan bangga dan angkuhnya mengaku diri tu senior, padahal baru sem 3…bila tanya org sem bape, dan orang jawab final sem, ha amek kau, belagak sgt, kena sebijik kat dahi,hahaha.ske tengok muka malu dorang 🙂

walaupun orang cuma ambik 5 paper je sem ni, tapi penantian tu satu penyeksaan. orang start exam lambat k,huhu…first paper on 8 june. orang lain dah start on 1st june. last paper pulak on 26 june. orang lain habis exam 14 june pon ade…adoi…jeles3…dh la final sem, kena duduk lama2 pulak kat sini, bosannya!!! ni pon dah bosan yang teramat ni. maklumlah, minggu ni tinggal 2 class je lagi. so pe lagi, orang ni keje tidoooooo jela…adoi…bosan tido banyak2 tau,hu

k la, nk p cari makanan berbuka pulak. c ya

tazkirah selasa

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.

♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..

InsyaAllah..

Tutorial : Paper Quilled Butterfly (Quilling Technique)

Assalamualaikum & hye…

bila blogwalking, orang tertarik dengan quest book yang menggunakan teknik paper quilling. sweet kot, kreatif je…so orang pon cuba la google teknik2 quilling di Youtube. senang je rupanya…1st try agak tak menjadi sebab orang potong kertas tu terlalu besar. nama pon 1st try kan, mana la ada quilling paper dan sewaktu dengannya tu…

dah bape lama orang tinggal pasal quilling tu, tetiba hari ni tergerak hati nk cuba buat lagi, dan cari tutorial untuk korang. orang punya quilling tak cantek, so pinjam hasil kerja orang lain jela,hu…

ni contoh questbook yang menggunakan teknik paper quilling

Image

santek tak?sangat santek kan?orang tak mampu la nak order questbook ni,sob2. maklaumlah, semuanya kene bajet, orang kan student lagi,huhu…so kene la belajar dan buat sendiri, tu pon kalau rajin nk letak questbook nanti. maklumlah orang dok kampung, sapa la nk conteng questbook orang nanti kan?ye dok,huhu

ok, ni tutorial untuk korang. susah payah orang print screen, paste, dan crop semula tau,hu. credit kepada redtedart.com…jom kita buat paper quilling!!!

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image 

Image

Image

senang je kan?mudah nak faham…selamat mencuba 🙂

p/s: sape nk copy gambar2 ni kasik la credit pada orang pulak. penat tau dok print screen, hu…hehehe 🙂

 

kembali seperti dulu…

Assalamualaikum,

sesiapa yang rapat dengan orang akan tau masalah orang dengan 1 of my ‘ex’-best friend…disebabkan masalah kami tu, orang totally changed! daripada gadis yang periang jadi seorang yang murung, yang tak suka bergaul, yang lebih suka menyendiri even dengan roomate sendiri. orang tak salahkan sesiapa, itu pilihan orang. orang jadi macam tu sebab orang taknak lukakan hati sesiapa lagi.

Sejak kebelakangan ni, ramai yang tegur orang ni ceria, cakap banyak, hyperactive and macam2 la. i was shocked! betul ke tu yang dorang nampak?orang tak sedar pon. but for me, tu satu perkembangan yang positif la kan, sebab orang dah dapat balik diri orang yang dulu, seorang yang periang. bila ramai cakap macam tu, memang orang happy sangat2. .dalam 4 tahun ni, encik sayang pon dah banyak kali tegur, senyuman orang dah tak macam dulu, tak ikhlas macam dulu. yes i know that. macam mana orang nak senyum kalau orang masih fikirkan hati seorang kawan yang orang lukai?setelah 4 tahun orang bertindak kejam dengan diri sendiri, sekarang orang dapat gembirakan diri sendiri, alhamdulillah…

em,orang harap orang akan jadi nani yang dulu semula, yang boleh ceriakan diri sendiri, dan juga orang lain. dan orang harap, my ‘ex-best friend’ tu takkan muncul lagi dalam hidup orang, serang2 orang. kalau dia muncul sekalipun, orang harap perkara lama takkan berulang. tapi sorry to say, kepercayaan orang pada dia sekarang dah senipis kulit bawang, sangat nipis, dan tiada lagi rasa sayang pada dia macam dulu…i’m so sorry friend 😦 i’m looking for myself, just like yang awak mahukan dalam hidup awak…dan orang gembira dengan life orang sekarang. so orang harap awak takkan musnahkannya sekali lagi. dan orang doakan awak bahagia.

Image

ni zaman muda-muda dulu,hehe…sekarang dah tak berapa muda 🙂 doakan orang terus bahagia, menjadi anak yang solehah, hambaNya yang taat, dan juga isteri solehah, ececece,gedik.hehehe

idea for solemnization or reception dress

Assalamualaikum,

dah lama sangat tak tulis pasal wedding bagai ni. sibuk sangat sekarang.maklumlah, dah final sem, counting days je ni..mana dengan assignments lagi, tutorials, final exam yang just around the corner,huhu…

orang nak share tentang dress yang quite simple but sangat cantik untuk dijadikan baju nikah, sanding, or tandang. owner butik tu org kedah, dan butik tu pon di kedah, yeay… tu satu kelebihannya…namanya Ku Mann Ibrahim, boleh search di fb ok…

ni antara hasil kerja Ku Mann

Image

cantiknya…jatuh hati…

ni lagi

Image

yang ni pulak harganya 1k+. tak tau la berapa, dia just ckp 1k+ je..

and this one pon orang suke

Image

yang ni 500+ je!!! baju baru ok, dia provide materials, workmanship, etc….sangat affordable…wah, tak sabar rasanya nak kawen..berbaloi la kalau 500+ tu, daripada korang sewa wedding dress RM500, pakai sehari je kan?bagi orang la, orang rasa tak berbaloi sewa baju mahal2 untuk sehari je. memang la ramai cakap sekali seumur hidup. tapi kalau kita boleh dapatkan baju sendiri dengan harga yang lebih kurang sama, better kita dapatkan baju baru je kan, lepas tu boleh simpan, boleh sewakan…sentimental value tu ada pada kita, hehehe

kedai Ku Mann ni adalah di Ukir Mall. Orang Kedah tau la bangunan ni, bangunan baru sebelah Stesen bas baru, berhadapan Star Parade Alor Setar…

sapa nak contact num Ku Mann boleh tinggalkan emel di ruangan comment k 🙂

p/s : credit gambar sepenuhnya kepada Ku Mann