Archive | August 2012

shopping rayaaaaa

Assalamualaikum,

tinggal seminggu je lagi nak raya. orang ramai dah mula berpusu-pusu keluar untuk shopping barangan raya. seronoknya..,.untung la mereka2 yang punya gaji, yang dapat bonus, yang ada cuti hu…orang ni pegi keje, balik keje, dok umah…hilang terus mood nk shopping memandangkan masa rehat pon tak cukup, praktikal takde elaun, biasiswa belum masuk 😦 arghhhh, geramnya…

raya kali ni macam raya paling simple, persiapan pon simple…tangan gatal dok survey tudung chiffon 3 layer kat blog dan web. tapi nak beli tu tak termampu sob3….tak pe la, takde rezeki lagi untuk raya puasa ni. insyaAllah kalau ada mood raya haji nanti boleh la orang shopping tudung tu untuk raya haji nanti…untuk raya puasa ni pakai je tudung bawal 1 RM10 hehehe…ayah bising suruh beli tudung elok2 sket untuk raya puasa ni… maaf la. takde mood, duit takde 😦

memang betul2 takde mood untuk raya kali ni. baju raya tak siap lagi. actually dah siap, dah bayar dah pon. tapi hasilnya tak memuaskan hati. baju senget benget, kain singkat sebelah, macam2 lagi la…bila orang complaint, tau plak tailor tu jawab memang salah buat. dah tau salah buat tu alter la terus, takkan nk tunggu customer complaint. memang frust la. nak beli baju readymade memang tak mampu la. nak beli tudung pon tak mampu, apatah lagi baju kan sob3…

takpe la, dugaan berpuasa. kalau baju tu tak elok jugak, pakai je baju lain. redha je. malas nak kecoh2. dia nak ambik upah buat baju tu pon dah besar rahmat. tapi frust sebab dah lewat sebulan dari waktu yang dijanjikan. tak sempat pon nak jahit manik2 kat baju tu…frust!!! sabar jelah…

ok la, lain hari orang update…c ya…

p/s : ni tudung yg orng nak tu…da sesapa nk hadiahkan x hehe

review hantaran for Jat & Apex’s solemnization day

Assalamualaikum,

hye there…lama orang tak update…sejak praktikal bermula ni, orang sentiasa tak cukup rehat. nak kata keja banyak tu memang la banyak, tapi keja tu lebih kepada bahagian admin, bukan bahagian akaun seperti course orang sob3…tapi tu pengalaman baru, n i enjoy it to the max 🙂

kali ni orang nak cerita tentang hantaran nikah bestie orang. dah basi dah pon sebenarnya. dorang nikah on 30 june..sekarang dah masuk ogos…lambat betul orang nak update kan huhu…

actually, jat serahkan sepenuhnya pada orang untuk siapkan hantaran dia…barang hantaran, design, creativity semuanya dr otak yang tak berapa nk creative ni huhu…dan tempoh yang orang ada pon tak lama, dan dalam waktu yang sama jugak orang tengah final exam. so hal hantaran tu memang terpaksa ditolak ke tepi dulu la…memang serabut kepala sebab orang habis exam 4 days before her solemnization day 😦

buttttttt, i berjaya siapkan!!! dan sangat berpuas hati dengan hasilnya thihihi…lagi suka bila ada yang puji hantaran tu CUN *keMbANg kEmPiS sEBeNtAr*…since orang nk kurangkan bajet, orang prefer untuk buat sendiri bunga tu, dan hanya topup bunga artificial sikit2 je…rasa nk muntah menyiapkan bunga2 tu in 2 days…mana nk balut polisterin tu dengan kain lagi, jahit manik juntai2 lagi, buat bunga lagi…hanya Allah je tau perasaan bila buat keja last minute. ni amanah orang, macam mana pon kene siapkan jugak…

tapi, bila dapat review yang baik, rasa semua usaha tu berbaloi la…clap3!!! hehe…orang tak sempat nk snap gambar banyak2 sebab banyak kejadian di luar kawalan yang jadi pada hari berbahagia mereka tu…yang tu tak boleh nak cerita, jat marah nanti hehe…tapi itulah kenangan terindah 🙂

ok, ni 3 gambar hantaran tu…gambar tak jelas sebab guna kamera fon je, dan shot tak cantik sebab atas katil dipenuhi hantaran kedua-dua pihak, so susah nk snap elok2…ni hantarannya…

Imageini hantaran coklat

Imagecupcake King’s

and da last one

Imagechocolate homemade!!!

tu je yang sempat orang snap. geram betul sebab susah payah buat tapi gambar tak memuaskan hati…sedih 😦

tu je untuk kali ni..kalau rajin orang update lagi…letih sangat sebab keja 7 hari tanpa cuti…

c ya 🙂