Archive | September 2012

DIY: fabric handbouquet

Assalamualaikum,

hi uols…

tetibe je rajin nak update hari2. macam buang tebiat pulak haha…nak rajin ni bukan selalu. macam orang cakap la, malas takde ubat, kita kena ubah diri sendiri. eh, lari topic jap, jangan marah deh

nak tunjuk handbouquet yang orang DIY for my engagement. eh, my engagement??? engagement yang belum jadi nyata sebenarnya haha…kan orang dah cakap orang ni tak tau bila lagi nak tunang, nak kawen,. tapi orang kan jenis excited, dan sukakan craft, suka DIY, so buat jela, dah gatal tangan sangat kan, suke tengok HB cantik2 from b2b…anyway,doakan jodoh kami cepat sampai ok…amiiinnn…

ni HB yang orang buat tu. takde la cantik mana pon

sweet macam gula hahaha…*sila muntah*

kebetulan my bff nak nikah, dan dia cakap dia takde HB. so dengan murah hatinya orang offer untuk pinjamkan dia HB ni. daripada dia beli dan guna sat je baik orang pinjamkan kan. takde la rasa sedih mengenangkan HB tu terperuk je dalam almari menunggu masa orang nak guna waktu tunang nanti. *berangan lagi*.

inilah dia rupa HB tu ketika menjadi peneman pengantin baru…jeng jeng jeng………

.

.

.

.

.

.<a

gambar kabur sebab guna kamera henfon je sob3. tapi orang happy sebab ada yang puji bunga tu cantik dan tanya dia beli kat mana hehe…pengantin pon happy. sekurang2nya dengan adanya bunga tu dapat menghilangkan kegugupan dia di saat nak dinikahkan. kalau tak pegang apa2 mesti lagi menggelabah kan?ye dok?

kalau nak buat bisnes HB ni aci tak? otak tengah ligat fikir cmne nak cari site income. ada cadangan?ada tak yang nak order???

oh ye lain kali orang buat tutorial HB ni ye…

till then, c ya 🙂

love, Jienani ❤

This entry was posted on September 26, 2012, in DIY. 2 Comments

tutorial tudung bawal…coming soon

Assalamualaikum…
ingat lagi entry ‘new tudung style’???ingat tak?ingat tak?tak ingat xpe, meh nak tunjukkan stylenya…
begini rupanya gaya tudung tersebut

ada yang suruh orang buat tutorial tudung tersebut. buat masa sekarang orang belum sempat lagi nak buat tutorial tu, sorry sangat2… since ada pertambahan staff kat office, so orang kena gunakan lappy sendiri, dan tinggalkan lappy tu di office. so memang takde kesempatan untuk buat tutorial tu, since orang suka snap picture gunakan kamera lappy.

tapi insyaAllah orang akan buat tutorial tu dalam masa terdekat okeh. tunggu ok hehe..niat dihati nak buat tutorial shawl dan macam2 lah, tapi asal tangkap gambar sendiri je mesti frust tengok muka macam zombie hahaha..pucat macam tu tak macam zombie ke hahaha…tu la masalahnya dengan orang yang malas mekup, malas edit gambar, dan sewaktu dengannya kikiki…
tutorial yang sebelum ni pon orang belum buat entry tentang cara2 pemakaian kan?oh kenapalah malas sangat ni…insyaAllah orang akan buat dalam waktu terdekat jugak. stay tune dearies 🙂
till next time… c ya 🙂

love ❤
Jienani…

DIY: pomander balls from doily paper

Assalamualaikum,

setelah sekian lama orang cari doily paper di alor setar ni, akhirnya orang berjaya dapatkannya di kedai bakery di jalan stadium. niatnya nk ambik yang 5 inci, tapi harga bleh tahan mahal la pulak, murah sikit je dari yang dijual online. so orang ambik yang 3.5 inci jela… asalnya tergedik2 cari doily paper ni, tapi bila beli tak tau nak buat apa pulak.

so orang pon mula la menggunakan pertolongan encik google dan encik youtube. dan hasilnya, ini idea yang orang dapat

Image

dan ini

Image

oh cantiknya… gambar pertama tu pomander ball. yang kedua tu yang orang gantung di pintu, tak tahu apa namanya…

so orang pon memulakan proses menDIY pomander balls ni. and the outcome turns out well hehe… takde la kemas dan cantik sangat, tapi puas hati la. gambar belum ada lagi. kalau rajin buat banyak2 nanti boleh la hias pelamin tunang ke kan hahaha *berangan*…

sekarang orang kat ofis, dan kebosanan tak tau nak buat apa. rasanya japgi orang nak sambung buat pomander ball ni. gatal tangan dah ni, takde keje…

ok, till next time…c ya…

This entry was posted on September 24, 2012, in DIY. 2 Comments

wedges cantik!!! rambang mata

Assalamualaikum,

hati kepingin wedges…wedges oh wedges, come to mama…

orang memang tak suka pakai heels, wedges tinggi2 pon tak suke…cukup la setakat 2 inci je. sakit kaki pakai tinggi2..jangan menyeksa diri semata2 nak cantik ok…pakai setakat yang mampu hehe…

jatuh cinta dengan wedges ni

Image

lama dah kot berkenan dengan design ni. tapi tak dapat lagi. padahal ni design lama dah kot. ada je jual on9, tapi tinggi ya amat…taknak la i menyeksa kakiku ni…

lagi 1 wedges yang membuatkan orang jatuh cinta adalah yang iniImage

wahhhhh cantiknya…meleleh air liur ok…orang suka kasut/sandal yang kemas, yang ada tali di belakang, so boleh menyokong kaki. takde la kasut/sandal tu nak tercabut bila jalan. rasa selamat la sikit. kalau yang takde tali belakang tu mudah je terkeluar kalau tersadung.

tunggu daku ye wedges…nanti daku terjah kedai2 kasut untuk mencari kamu…

till then, c ya 🙂

vitamin C ke sabun beras???

Assalamualaikum,

hi all…

tengok tajuk ingat orang nak update tentang apa?review tentang vitamin C dan sabun beras yang tengah top skrg?haha…nak kata review tu tidaklah, just kongsikan pengalaman orang je… tau tak vitamin C tu cmne?tau tak sabun beras tu camne?ini bendanya…

Image

ni vitamin C 500mg

Image

 

ni sabun beras, siam mari hehe…

*gambar dari fb dealer*


kebaikan vitamin C

beberapa bulan lepas orang ada beli sebotol vitamin C 500mg dari kawan orang, top dealer la dia ni. niatnya nak baiki kulit yang kering, bersisik, dan tona x sekata ni. kulit orang ni memang teruk la, macam takde ubat, macam give up je. lotion takde kesan, camtu jugak keringnya, camtu jugak warna tak sekatanya huhu…

bila dah beli tu memang excited la nak makan kan. tapi!!! orang ni ada 1 masalah huhu. masalahnya orang ni suka sangat makan udang. vitamin C ni xboleh diambik bersama udang, boleh menyebabkan kematian. tak tau la betul ke tak, tapi orang ada baca kes pasal tu, dan ada jugak dealer yang remind pasal tu. so sekarang tau apa masalah orang? masalahnya adalah orang tak boleh la nak ambil vitamin C tu ikut sukatan. asal makan udang je memang skip la makan vitamin. orang ni dah la jenis malas makan supplement, ubat, vitamin. so bila jadi gitu makin malas la jadinya. *malas ni takde ubatnya, kena belajar ubah diri sendiri*

sooooo…effectnya pon tak seperti yang diharapkan even dah banyak bulan makan. vitamin tu masih ada setengah botol lagi okeh!!! hahaha…ada orang yang nampak perubahan even dalam 2,3 hari. but not me lah. maybe jugak sebab kulit orang terlalu kering. so susah la nak nampak kesannya. dan orang jugak perlu rajinkan diri makan vitamin tu sob3…sedih je tengok kulit tangan ni makin gelap, burn terok sangat2 sebab dok kena panas bila naik moto. *malu nanti bakal mak mertua nak sarung cincin sob3 😦 *

lepas tu orang beli pulak sabun beras ni. beli kat pasar malam je. sabun beras ni berlambak je ada dekat Padang Besar, Perlis nuh. waktu pegi aritu tak gatal nak beli. dibelinya dekat pasar malam, harga 3 kali ganda okeh huhu. 1st time pakai, fuh pedih muka, pedih mata. orang kata kalau pedih tu kesannya elok. alhamdulillah, rasa halus sikit kulit lepas pakai sabun beras tu. tapi ada jugak masalah dengan sabun beras ni. masalahnya sabun ni cepat cair. bila nak pakai lagi, mak ai dia dah melekat2 pada bekas. stress.. rasa rugi la bila camtu, sebab sabun tu dah tak beku, tak jadi ketul dah. tapi camne pon orang tetap suka dengan sabun beras tu, best…

tapi kulit orang takde perubahan sangat pon lepas makan vitamin C dan gunakan sabun beras. mungkin sebab penuaan, maklumlah makin tua kan. dan mungkin sebab dah jarang senyum ,gelak2 huhu… dan mungkin jugak sebab orang dah hentikan amalan dulu, berwuduk sebelum tidur. bagi orang, amalan tu sangat bagus. mudah dan tak perlukan modal langsung. nampaknya kena rajinkan diri berwuduk sebelum tidur.

malu nak upload gambar sendiri sekarang ni sebab kulit makin kusam. kalau dulu tak payah pakai bedak or krim ape pon kulit tetap berseri, sekarang pucat semacam je. tak suka 😦 

anyway, pada yang nak mencuba vitamin C dan sabun beras ni, silakan ok. kalau ada perubahan orang review lagi ok…

goodluck 🙂

c ya…

whateverlah

Assalamualaikum,

kemalasan melanda, bukan sikit2, tapi kemalasan yang teramat sangat huhu. malasnya nk update blog, malas nk menulis, malas nak tempek2 gambar. usah tanya kenapa sebab orang sendiri takde jawapannya…

since praktikal ni, memang takde mood sungguh la, padahal internet ada je sepanjang masa. oh apalah yang sudah jadi…

tiap hari ada jugak fikir nak update tentang apa. tapi malas nak update guna PC office disebabkan semua gambar ada dalam lappy orang. ni alang-alang dah on lappy, update jelah walaupun sikit…

actually tengah sakit hati. kenapa la dengan fon orang tu, asyik buat perangai je. i dont know apa masalahnya. masalah dengan version ke, dengan sim card ke, dengan memory card ke. yang pasti fon ni memang menyakitkan hati. setakat ni takde la dengar kawan2 yang pakai android mengadu fon dorang bermasalah. apa lah nasib orang ka. kena tipu dengan salesperson tu agaknya huhu.

dari awal beli lagi memang dah bermasalah fon ni. dah 2 kali tukar memory card, masalah tetap berulang walaupun bukan masalah yang sama. tapi kali ni masalahnya lain sket. fon ni cuma buat perangai bila di office!!! entah apa kena la, macam tak suka je dok office ni.. asal datang office je, mula la dia on, off sendiri. takde orang usik pon. balik rumah takde pulak dia buat perangai cmtu. agaknya dia teringin nak terjun dari tingkat 3 kot?agaknya laaaa kan em

disebabkan takde mood, ditambah pulak dengan fon buat perangai, so kali ni malas nak tempek gambar. lain kali ok.

till next time. c ya…

DIY: next project…shawl half moon…

Assalamualaikum,

hye all…

mood menjahit dah datang balik hoho. mulakan dengan menjahit manik pada baju raya baru ni. sebelum ni orang ada cakap yang baju orang lambat siap kan?dan takde mood nak jahit manik kan? so raya aritu baju tu memang togel je…

few days before raya baru la ada mood nak jahit manik pada baju tu. tu pon jahit sikit je pada hujung lengan baju. jahit gunakan baki-baki manik je. and luckily manik tu memang cukup2!!! ada lebih sebutir je manik tu hahaha…alhamdulillah la cukup gak. kalau tak cukup jadi macam sia-sia je jahit. tapi orang tak puas hati jugak dengan hasilnya. maklumlah keje last minute huhu…

minggu lepas orang beli labuci untuk projek shawl half moon tu. tapi…… labuci tu dah orang gunakan untuk jahit pada baju raya tu hahaha…sempat jahit 3 kuntum bunga je, labuci dah habis sob3…so nampaknya projek shawl tergendala, baju pon tergendala…

anyway orang saja la jahit manik kat baju tu. sebabnya orang diminta jadi pengapit Jat untuk wedding reception dia next month. asalnya ingat nk beli/buat baju baru je. tapi Jat mintak orang pakai baju tu… so orang ok jelah. dah kain tu dia yang hadiahkan. dan tema pulak memang pink+cream..makanya….kena la beli labuci lagi huhu…

dan dengan itu projek shawl pon tergendala…

orang nk tunjuk sket camana rupa shawl yang orang nk buat tu…camni

Image

ini pulak dari Radiusite

jgn expect shawl tu akan jadi secantik shawl Radiusite ye.orang memang nak buat yang simple je..tak mampu la nk buat mcm shawl Radiusite tu…jahitannya halus, bunganya banyak, memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.love it…tapi nk suruh beli shawl yang harganya RM89?memang tak la…dah boleh beli jubah sehelai kat Butik Peace Collection ok… orang bukanlah seorang yang suka membazir demi fasyen. orang ni simple jek.

so, kalau rajin orang update pasal baju dan shawl tu…projek shawl tu mungkin akan tergendala untuk masa yang lama hahaha…

ok c ya…babai 🙂

 

This entry was posted on September 10, 2012, in DIY. 2 Comments