Archive | October 2012

ini bukan mimpi….tapi impian…

Assalamualaikum,

ini adalah cerita tentang impian orang. impian yang mungkin takkan kesampaian…mungkin…

dulu…orang pernah impikan untuk bernikah pada usia 25 tahun, which means this year…orang dah pilih tarikh yang orang mahukan. tarikh yang sangat istimewa. dan secara kebetulan, tarikh tu merupakan tarikh lahir si dia. si dia yang dah menjadi kenangan. semua itu kebetulan. tarikh tu dipilih sebelum orang kenal dia lagi.

then, orang sambung belajar. dan tarikh tu berada dalam tempoh pengajian. tapi orang tetap berharap impian tu akan terlaksana. orang usulkan pada si dia tentang tarikh tu. respon?biasa2 saja… it’s ok… kami akan terus usaha…

sekarang…dah hampir sangat dengan tarikh tu. tapi kami takde apa2 perancangan. plus, kami dah takde pape. hanya Allah yang tahu macam mana perasaan orang…. i’m positive. everything happened for a reason. mungkin perancangan Allah lebih baik, who knows.

walaupun impian itu kini cuma tinggal mimpi, orang tetap positif. tiada perancangan yang lebih baik selain perancangan Allah. orang redha, orang ikhlas…

doakan orang baik2 saja, dan ditemukan dengan insan yang telah ditetapkan oleh Allah secepatnya, ok… doakan jugak supaya orang terus kuat, dari terus meratapi sesuatu yang bukan hak milik orang. semoga Allah mengampuni dosa2 orang, semoga kesakitan ini menjadi kafarah terhadap segala perbuatan orang selama ini, insyaAllah…

“Ya Allah…sekiranya kau ciptakan dia untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku…

sekiranya dia bukan untukku, redhakanlah aku dengan ketentuanMu….amiiinnnn Ya Rabb…..”

Advertisements

it’s all over

Assalamualaikum,

i don’t know how to start this…

but there’s nothing to be regret… semuanya sudah tertulis…biar cuma kami yang tahu apa yang terjadi antara kami…Allah lebih tahu…Dia yang mengatur segalanya…

sekuat mana kami merancang dan berusaha, kalau sudah tertulis ia bukan jodoh kami, kami tetap takkan bersama…

pray for us, semoga kami bertemu dengan jodoh yang ditetapkan oleh Allah…semoga kami temui bahagia di dunia dan di akhirat sana…amin….

it seems easy, but the truth is, it’s hurting me… and i know, it’s hurting him too… mungkin ini jalan terbaik bagi kami. i guess… cuma Allah yang tahu. kami sudah cuba yang terbaik…

Ya Allah, Kau tabahkan kami dalam menghadapi dugaanMu. Kau takkan menguji hambaMu melebihi kemampuannya… redhakanlah kami dengan apa yang berlaku…

insyaAllah blog ini akan terus hidup, walaupun tiada lagi cerita tentang kami…. i just hope that all of u will pray the best for us… doakanlah yang baik2 untuk sesama kita, insyaAllah kita juga akan dapat yang baik…

orang masih mencari kekuatan diri, muhasabah diri, cuba memperbaiki segala kelemahan. semoga orang akan terus kuat. sukar untuk meluahkan rasa hati ini, hanya Dia yang tahu.

insyaAllah, bila orang semakin kuat, orang akan menulis lagi…

semoga berjumpa lagi…

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!!!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA!!!!!!!!!!!!!!

orang mintak maaf andai ada salah silap sepanjang orang menulis di sini dan sepanjang kita kenal. maafkanlah orang, orang tak sengaja huhu…

orang jugak halalkan segala apa yang korang ambik dari blog ni. tapi bukan gambar orang tau, privacy tu tau hehe…

sesapa yang baik hati tu poskan la kueh 2-3 balang kat orang hehe…maklumlah, raya kali ni takde buat kueh pon. rasa malas nak buat kek kali ni. maklumlah hari ni orang still keje lagi. penat sangat2. ada sesuatu berlaku di pejabat orang malam tadi. mungkin lain kali orang ceritakan…

selamat berhari raya korang!!!!!!!!!!!

sayang korang….

c ya πŸ™‚

bukan lagi seperti dulu

Assalamualaikum

dah lama tak tulis tentang peribadi…

actually memang tak rasa nak tulis. kalau boleh nak biarkan je semua tu hanya orang je yang tau. tapi since ada yang menyebut tentang cerita lama tu, rasanya orang perlu terangkan sesuatu di sini.

ye, blog ni dulunya memang tempat orang meluahkan perasaan, apa yang orang pendamkan. tapi itu dulu. sekarang tidak lagi. rasanya tak perlu orang kongsikan lagi semua tu di sini. biar hanya orang tertentu yang tahu, dan biar Allah yang tahu…

tapi, orang tetap tinggalkan semua post tu di blog ni. mungkin satu hari nanti orang jadi kuat untuk ingat kembali semua perkara lalu. buat masa sekarang orang memang nak lupakan semua perkara lalu, walaupun ianya mustahil. memang tiada yang mustahil dia dunia ini, melainkan mati, kiamat, hari akhirat. tapi bagi orang, mustahil orang dapat lupakan apa yang berlaku beberapa tahun dulu.

memang orang kuat untuk hadapi semua tu sekarang. kalau tak kuat dah tentu la orang akan post lagi macam dulu kan hahaha… biarkan mereka dengan hidup mereka. orang dengan hidup orang. Allah lebih tahu kenapa dia memberikan dugaan begitu kepada hambaNya.Β 

orang harap kalian semua doakan kehidupan orang menjadi lebih baik, diberikan kesihatan yang baik, diberikan ketaqwaan, dikukuhkan iman, istiqomah dalam melakukan kebaikan. insyaAllah orang juga akan doakan yang baik2 sahaja untuk semua…

sayang semua… πŸ™‚

da…

DIY:tudung bawal with 3D flower

Assalamualaikum,

hye all…

3 hari lagi dah nak raya AidilAdha…macam mana dengan persiapan raya korang?baju raya dah ada?kasut raya?tudung raya? ke korang recycle je balik yang lama?

here’s some tips if u nak recycle balik tudung uols…apa kata u ubahsuai tudung tu?kalau before this u pakai tudung plain je, kali ni kita pakai tudung berbunga2 pulak…daripada tudung kosong, kita ubahsuai jadi macam ni

macam mana nak buat?alahai senang kacang je hehe…apa yang u perlukan adalah tudung bawal, kain perca (orang guna kain chiffon), jarum, benang dan manik pearl…

mula2, potong kain tu dalam bentuk bulat. kalau nak lebih senang, buat contoh pada kertas, pedap pada kain dan potong. saiznya terpulang pada uols. orang potong dalam diameter 7cm camtu la, tak pasti pulak. bunga tu tak kecik dan tak besar sangat. macam ni ye

kemudian, jahit di sekeliling kain tu. jahit macam ni ok

lepas jahit di sekeliling kain, tarik benang tu kemas2 sampai bertemu dengan titik mula tadi. uols akan nampak bentuk bunga tu. then u cucukkan jarum tadi di tengah2 kain….letak manik di tengah2 kain dan jahit bagi kemas.ni rupa bentuk bunga yang dah siap

maaf gambar tak jelas 😦

ulang langkah2 ni untuk kepingan2 seterusnya ok, sampai la dapat hasil macam ni

seterusnya, u boleh la jahit bunga2 ni pada tudung u. jahitlah dengan gigih dan penuh kesabaran ok. jahit sampai u dapat hasil yang u inginkan, sampai u puas hati la kiranya πŸ™‚

dan ini hasilnya, tudung yang telah ditransformasi hehehe…

tadaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!

maaf la gambar semua besar gedabak. bila guna quick update tak boleh nak resize gambar. maaf ye huhu…

anyway, selamat mencuba tau korang2 hehe…

kalau rasa nak tempah, boleh je hehe…just let me know ok sayang2 πŸ™‚

jumpa lagi, daaaaa……… ;P

Β 

Β 

Β 

Β 

bila mengantuk….disorongkan lengan…mari baca doa sebelum tidur dan bangun tidur

Assalamualaikum,

kerja hari sabtu dan ahad memang sangat membosankan. mana tak bosan, orang lain cuti, tapi kami kena keje. dah la bank cuti pejabat pos cuti, syarikat2 lain cuti, nak berurusan apa pon tak boleh, nak buat keja apa pon tergendala…

ingat best sangat ke datang keje tapi takde keje nak buat???bosan sangat3 okeh huhu. bila dah bosan tu apa lagi, mengantuk la kan?hahahaha…dah kalau mengantuk tu nak buat apa?blogwalking?ngantuk jugak. layan facebook? ngantuk jugak. update blog?jangan harap la hahaha…

so bila mengantuk orang akan tido berbantalkan lengan hahaha… memang teramat mengantuk la lepas lunch tadi. nak solat, ada officemate dok solat. menunggu dorang sudah solat membuatkan orang bertambah mengantuk. so solutionnya?zzzzz….tido la hehe…sempat jugak la lelap 20 minit tadi. jangan marah tau kawan2 πŸ™‚

sebenarnya bagus tido sekejap waktu tengah hari, dalam 15 minit macam tu, untuk recharge balik tenaga kita yang hilang. tak payah la tido sampai 2 jam, melampau la tu. dapat tido 15 minit tu dah dapat kembalikan kesegaran badan. and now orang rasa sangatttt fresh yeah!!!

korang amalkan tak doa sebelum tidur dan doa bangun tidur?kalau belum, mari kita amalkan doa sebelum tidur dan bangun tidur ni ok…

Imageini doa sebelum tidur….

dan yang bawah ni adalahΒ doa apabila kita bangun dari tidur πŸ™‚

Image

Β 

sumber gambar : encik Google

bersyukurlah kepada Allah kerana Dia masih menghidupkan kita.. Alhamdulillah…

semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian doa ini… InsyaAllah…

jumpa lagi…da πŸ™‚

Β 

DIY: ukuran shawl halfmoon

Assalamualaikum,

hye all…

sorry sebab lambat tunaikan janji huhu…bukan sengaja nak melambatkan, tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan iaitu masalah gambar yang tidak dipindahkan ke dalam laptop huhu…anyway shawl yang orang buat tu dah hampir siap…tapi takde gambar full. so orang akan bagi ukuran berdasarkan gambar dari post orang sebelum ni

ni gambar yang orang post sebelum ni

Image

Β 

credit gambar kepada Google dan tuan punya…

orang gunakan 1.5 meter kain Sayonara Plain Japanese Chiffon. kain ni lebih tebal dari kain Chiffon biasa. ada dijual di Kamdar okeh. lagi satu tu orang tak ingat kain chiffon apa…ala2 japanese jugak la nama dia. kalau uols tanya Sales Assistant kat situ, dorang akan suruh uols ambik lebih dr 1.5 meters. since orang taknak shawl tu terlalu besar dan mengerbang, so orang ambik 1.5 meters je. lagipun orang bukan nak lilit2 shawl ni, just nak pinkan di bawah dagu, dan pinkan di kiri dan kanan bahu.Β 

ok ni gambar (bukan rajah πŸ™‚ ) untuk ukuran shawl tersebut

Image

jelas kan dengan ukuran tu? ok orang gunakan keseluruhan 1.5 meter kain. makanya diameternya adalah 1.5 meter @ 150 cm.. kalau kita gunakan diameter 150 cm, radiusnya mestilah separuh dari panjang tersebut. so radiusnya adalah 75 centimeter. tau tak kenapa kena gunakan separuh dari diameter tu?sebab…ni kan shawl halfmoon, separa bulat…kalau uols gunakan panjang yang kurang daripada tu, shawl u akan jadi senteng di sana sini. tak cantik okeh huhu… *berdasarkan pengalaman memotong shawl*

lagi 1 tips untuk pastikan yang shawl tu sama panjang dan berbentuk separa bulat, u angkat shawl tu, pegang pada bahagian bucu yang bertindah 3 tu. kalau bahagian bawah shawl tu sama panjang, maknanya shawl u tu dah bulat, so dah bolehlah dibawa untuk dijahit yayyyyy

orang terus je jahit tepi halus untuk shawl tu, senang. bukan semua kedai boleh jahit kelim di tepi tudung, auntie tu pon suruh orang hantar ke kedai lain untuk kelim tepi tudung tu. so orang decide untuk jahit tepi halus je terus, senang dan kemas πŸ™‚

insyaAllah lain kali orang akan upload gambar shawl orang tu. kalau nak tempah pon boleh πŸ™‚

semoga apa yang orang kongsikan ni berguna untuk kalian;P)

jumpa lagi, da ❀

Β 

Β 

nota kaki: shawl yg lebih bulat boleh digunakan sebagai veil tunang/nikah/sanding… kalau xnak bulat, boleh runcingkan sedikit di kedua-dua hujungnya…terpulang pada kehendak pemakai…selamat mencuba πŸ™‚