DIY : shawl half moon…in progress

Assalamualaikum,

hye all….

still remember tentang projek shawl half moon org dalam entry sebelum ni?actually sekarang ni orang dlm proses menyiapkan shawl tu. jom layan gambar dulu

Image

nampak tak lakaran dengan pensel tu?terpaksa lakar dengan pensil supaya senang jahit, nampak kat mana yang perlu dijahit. orang tak guna kapur sebab kapur orang tu macam dah tak elok, dah taknak keluar dakwatnya (eh dakwat keeee???) makanya terpaksa la guna pensil huhu. tapi bila guna pensil ni lakaran dia jadi lebih halus la, cuma jahit je terus kat atas garisan tu, senang…

setelah bertungkus lumus sejam lebih, ini pulak hasilnya

Image
kenapa la gambar ni senget macam ni. dah rotate byk kali pon tetap jugak jadi macam ni bila upload huhu… ni gambar waktu 1st day… asalnya memang nak buat simple je, takmau sarat2, takmau letak bunga banyak2, tapi bila tangkap gambar nampak sangat simple. nampak gayanya kene la tambah bunga lagi. tapi waktu tu memang dah penat sgt. sakit belakang tunduk lama-lama dok menjahit tu…esoknya baru sambung. labuci pon tinggal sikit je, takut jugak kalau habis tanpa sempat siapkan.nak cari kat kedai belum tentu ada saiz dan warna tu.labuci tu orang beli lama dah, kiranya stok nama la.worried huhu :(

balik keje hari kedua orang sambung jahit lagi…sebelum ni bunga tu orang buat 6 kelopak. tapi kali ni buat 5 kelopak je sebab labuci dan manik memang dah tinggal sikit sangat. terpaksa la berjimat, takut nanti bunga tak sama banyak pulak di sebelah kanan dan sebelah kiri. dan ini hasilnya….

tadaaaaaaa……..
.

.

.

.

.

.

Image
nampak sarat la sikit dari sebelumnya kan. labuci dah habis so terpaksa berhenti lah. tak berapa puas hati dengan hasilnya. bila tengok sendiri nampak ok je, bila dalam gambar la nampak macam kureng hu. tapi belum siap lagi tu. manik untuk daun belum jahit lagi. dan sebenarnya orang belum potong pon kain tu hahaha…belum pegi jahit tepi pon. excited sangat nak jahit manik tu hehe… dan sekarang ni shawl tu tergendala lagi, belum pegi cari labuci lagi. kalau takde tarpaksa la tambah daun dari manik je huhu…

ha lupa nak inform, orang guna kain SAYONARA JAPANESE PLAIN CHIFFON…beli kat Kamdar. beli yang murah je,RM6.80 semeter. material dia memang best, tebal macam jorjet… tak nipis macam chiffon yang RM5 tu.. bagi orang kain ni ok la untuk buat shawl atau tudung berlayer2 tu…

ada pengalaman menyakitkan hati dengan sales assistant kedai waktu nak beli kain. tapi bukan kat Kamdar la… lain kali orang cerita. kalau ada progress tentang shawl ni orang akan update ok…doakan projek ini berjaya hehe…

till the, c ya🙂

4 thoughts on “DIY : shawl half moon…in progress

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s