Assalamualaikum,
kerja hari sabtu dan ahad memang sangat membosankan. mana tak bosan, orang lain cuti, tapi kami kena keje. dah la bank cuti pejabat pos cuti, syarikat2 lain cuti, nak berurusan apa pon tak boleh, nak buat keja apa pon tergendala…
ingat best sangat ke datang keje tapi takde keje nak buat???bosan sangat3 okeh huhu. bila dah bosan tu apa lagi, mengantuk la kan?hahahaha…dah kalau mengantuk tu nak buat apa?blogwalking?ngantuk jugak. layan facebook? ngantuk jugak. update blog?jangan harap la hahaha…
so bila mengantuk orang akan tido berbantalkan lengan hahaha… memang teramat mengantuk la lepas lunch tadi. nak solat, ada officemate dok solat. menunggu dorang sudah solat membuatkan orang bertambah mengantuk. so solutionnya?zzzzz….tido la hehe…sempat jugak la lelap 20 minit tadi. jangan marah tau kawan2 🙂
sebenarnya bagus tido sekejap waktu tengah hari, dalam 15 minit macam tu, untuk recharge balik tenaga kita yang hilang. tak payah la tido sampai 2 jam, melampau la tu. dapat tido 15 minit tu dah dapat kembalikan kesegaran badan. and now orang rasa sangatttt fresh yeah!!!
korang amalkan tak doa sebelum tidur dan doa bangun tidur?kalau belum, mari kita amalkan doa sebelum tidur dan bangun tidur ni ok…
dan yang bawah ni adalah doa apabila kita bangun dari tidur 🙂
sumber gambar : encik Google
bersyukurlah kepada Allah kerana Dia masih menghidupkan kita.. Alhamdulillah…
semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian doa ini… InsyaAllah…
jumpa lagi…da 🙂