Archive | November 2012

today is…hari ketaq lutut huhu

Assalamualaikum,

hari ni sudah hari khamis. gembiranya hati. esok cuti, lusa cuti, tulat cuti, tungging pon cuti…wehuuu…ofis cuti hari jumaat je, tapi i ni melampau ambik cuti lagi 3 hari hehe…menghabiskan cuti yang ada.. since my practical training tinggal lagi 3 minggu je, so baik habiskan je cuti tu kan…

tak sabarnya nak bercuti lama. dah lama rasanya tak cuti panjang. cuti panjang pon waktu cuti semester sebelum masuk praktikal dulu sob…

anyway, tadi baru lepas interview, fasa 1…ketaq kepala lutut cheq. dah la fully english. mak ai, teror pulak english i arini kannn…interview melalui fon boleh la speaking, kalau face to face, berterabur la, bertambah gugup sebab ada orang tenung kita hahaha…

but…baru fasa 1. interview dengan recruitment firm. belum tentu client dia berminat nak hire i. kalau minat pon, dorang akan conduct another interview *cuak kembali*. antara perkara yang paling tak best dalam hidup ni adalah MENGHADIRI INTERVIEW!!!. lemah semangat tau tak huhu.

asalnya janji nak interview next week.means that i have to go to kl to attend the interview. i have to go there on sunday, and back to kedah on monday after the interview… orang tu dah kesian pulak bila orang cakap cmtu hehe. so tetiba dia cadangkan nak conduct phone interview lepas lunch hari ini. what! ah sudah. gugupku dah kembali. seharian buat kerja serba tak kena. apa nak jawab ni?

tiba je pukul 2, dah dup dap dup dap…bila2 masa je dia boleh call..around 2.20 dia call.ha nak jawab apa ni?hentam jelah…lama jugak interview tu, dalam setengah jam. boleh pulak tanya pasal JPA. kalau gvmt panggil i akan pegi ke?gilak tak pegi, kena bayar pampasan 110k wo kalau tak pi. apa orang jawab?ada la…hehe…

korang2 semua doakan urusan orang dipermudahkan ok. kalau keje tu baik untuk orang, semoga orang dapat keje tu. kalau ada yang lebih baik, orang redha. banyak berita baik harini. semoga esok akan menyusul dengan berita yang lebih baik, in sha Allah….amiiinnnn…

dah jom makan, pastu sambung keja. punya la cuak sampai tak lalu makan tadi hehe. ni perut dah berkeroncong.

jumpa lagi…da…

Advertisements

i’m 25!!!!

Assalamualaikum,

tak tahu macam mana nak mulakan hehe…

hari ni genapkan umur orang 25 tahun. happy birthday to me, and happy birthday to my twin too 🙂 yes, orang ada kembar, kembar lelaki 🙂

tepat 12 tengah malam, kami berlumba2 untuk hantar mesej ucapan selamat hari lahir.sweet kan?hehe… semalam orang cuma sempat ucapkan ‘happy birthday twin!!!’..pada waktu yang sama mesej dari dia pun masuk, panjang berjela…mesej orang pendek seketot hehe…tapi xpe, yang penting dapat hantar tepat pukul 12 kannnn 🙂

selain dari tu, banyak jugak dapat mesej ucapan hari lahir. mostly ucapkan ‘semoga panjang umur, murah rezeki, dan semoga cepat kawen!!!’….pergh ucapan korang, mantap tau tak hahaha…terima kasih atas semua ucapan tu…umur ni makin berkurang, bukan makin panjang. so doakanlah orang sihat sejahtera sentiasa…dan pada yang ucapkan semoga cepat kawen, thanks banyak2!!! suka sangat doa korang yang tu hehe…insyaAllah, kalau Allah dah tetapkan orang kawen di usia ni, kawen la orang…kalau tak, tahun depan korang doakan macam tu lagi ok hehe…

wah dah tua rupanya orang ni, tak sangka. cepat je masa berlalu. masih teringat2 zaman kanak2 dulu, zaman sekolah, zaman belajar…cepatnya…

orang takde azam baru di usia baru ni…masih dengan azam lama, untuk perbaiki diri menjadi lebih baik..belum terfikir tentang azam baru…doakan orang sejahtera dunia dan akhirat, dirahmati Allah, sentiasa di jalan yang benar, dikurniakan kesihatan yang baik, dan cepat bertemu jodoh ok 🙂 in sha Allah….amiiinnnn….

terima kasih sudi baca dan aminkan doa orang hehe…

mood : HAPPY!!!!!!!!!!!!

c ya 🙂

 

takde mood la :(

Assalamualaikum,

dah banyak hari tak update blog.tiada idea, tiada mood, tiada keinginan untuk menulis…

few days ni jiwa rasa kosong. kosong ke?entahlah…mungkin jiwa kosong untuk menulis…

tapi hari ini, orang gagahkan jugak tangan dan otak ni untuk menulis. tapi fikiran ni tetap rasa kosong…apa yang patut aku tulis?apa yang aku nak merepek ni?kenapa aku jadi macam ni, sampai tak tahu nak tulis apa?

bukan je takde mood nak berblogging, tapi takde mood jugak untuk buat kerja. mujurlah kerja tak bergaji dan tak berelaun. kalau tidak, tak berkat la duit yang orang dapat tu huhu…

anyway, kurang sebulan je lagi untuk orang tamatkan praktikal orang. bulan depan selesailah semua silibus. sekarang patutnya dah berhempas pulas menyiapkan practical report. tapi apa pun tak buat lagi, maklumat pun belum cari. sungguh takde mood 😦

risau memikirkan masa yang makin singkat. belum dapat keje lagi. dah dapat panggilan untuk interview, tapi tiba-tiba orang tu menyepi. takde hantar email pon. nak follow up rasa MALAS….apa dah jadi ni oi, vitamin malas apa yang kau makan banyak sangat ni sob,sob, sob 😦

ok la, tak de mood nak menaip. jumpa lagi 😦

jangan mudah mengalah

Assalamualaikum….

sudah banyak kali mencuba, namun hasilnya tetap tak seperti yang diharapkan…kadang2 tu rasa macam nak give up. let them move on with their life, and i move on with my life. but it is not as easy as what i think. sukarnya melupakan perkara yang melukakan. apatah lagi pihak lagi satu terus-terusan bersikap sinis.

i’m not heartless, sampai tak boleh rasa apa-apa bila diperlakukan macam tu.  sakit, perit, sedih sangat bila tetap dilayan sebegitu. apa yang yang perlu org buat, supaya ‘dia’ betul2 mengikhlaskan apa yang terjadi? walaupun dia cakap dia dah move on dengan hidup dia, dan mahukan org teruskan hidup org (tanpa ‘dia’ la kannnn), tapi kenapa dia masih sinis lagi dengan org. apa lagi yang dia tak puas hati…

i can see her happy with her life now. apa lagi yang kurang? apa lagi yang dia nak dari orang? betul2 nak putus kawan? i’m tired with this. this is not a game, this is our friendship. this is ukhwah. if u dont wanna ‘know’ me anymore, u can go away from my life. but i will stay. for me, our friendship will never end. i love you as a friend, seorang yang pernah menyerikan hidup org. mcm mana org nak lupakan semua tu?

macam mana sukar sekalipun, teruskan mencuba selagi mampu…

kejayaan itu bukan mudah…apatah lagi kemaafan yang sebenar-benar ikhlas…

will keep on trying…insyaAllah…

nota kaki: i tak mention nama sesiapa di sini. so tak perlu nak serang2 i ok… kalau ada yang terasa tu, means orang tu ‘ada’ dan ‘pernah’ buat i macam tu…thank you…

DOA UNTUK PALESTIN

Assalamualaikum,

selamat pagi semua…

macam mana dengan pagi korang?semuanya baik?sarapan apa pagi ni? mungkin ramai yang tak sedar bahawa saudara kita di Palestin kelaparan, hidup dalam ketakutan, tak cukup makan, tidur tak lena, malah ramai yang menangis kerana kehilangan orang yang tersayang. menangis diri ini tatkala melihatkan kemusnahan yang dilakukan Israel, kekejaman mereka terhadap penduduk Palestin.

bagaimana pula dengan kita penduduk Malaysia?bergembira, bersuka ria, lupa akan penderitaan mereka? lupakah kita bahawa mereka juga saudara kita, saudara seislam. walaupun kita tak mengenali mereka, tapi sudah menjadi kewajipan kita untuk mendoakan kesejahteraan saudara seIslam. ingatlah kita bahawa dunia ini sentiasa berputar. sekarang kita hidup aman damai, suatu hari nanti mungkin kita akan melalui perkara yang sama. lupakan kita bahawa Israel adalah musuh Islam, mereka akan terus menjatuhkan Islam?

jadi, marilah sama-sama kita mendoakan keamanan dan keselamatan semua saudara kita di sana. andai kita tidak mampu untuk menjadi sukarelawan kesana, tidak mampu untuk menderma kepada  mereka, maka doakanlah kesejahteraan untuk mereka.

Para dermawan boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan) 
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

setelah itu, anda akan menerima mesej seperti ini

Image

sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun-akaun berikut

Image

“YA ALLAH, SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH…TURUNKANLAH BANTUANMU KALI INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REJIM ZIONIS SEDASYAT-DASYATNYA…..AMIIIINNNNN……”

never say never

Assalamualaikum,

hye all…

pernah dengar ayat tu?’never say never’….usually orang akan cakap macam tu kat u kalau u cakap ,’aku tak suka dia tu, dan takkan suka’…then kawan2 u akan cakap, ‘jangan cakap besar…selalunya yang benci tu la berubah jadi cinta’…hahaha…pernah?

actually, orang ada pengalaman tu haha…dulu, when my friend cakap dia sukakan this one guy, i keep saying yang i takkan sukakan lelaki tu. but…… other things happened haha… i ‘kawan’ jugak dengan laki tu…faham maksud ‘kawan’? sorry, orang memang tak gunakan perkataan ‘bercinta’, because for me, i cuma akan bercinta dengan suami i, lelaki yang sah menjadi milik i…

ok, back to the topic…dulu orang ada cakap orang takkan pakai tudung ekspress, yang ada awning keras tu. because for me, tudung tu macam tudung indon hahaha….but, akhirnya pakai jugak… ngeh3…so, never say never k… kadang tengok gadis2, wanita2, makcik2 pakai leggings, rasa macam nak sound je. elok sangat la pakai camtu kan. rasa macam nak cakap je, i will never wear that leggings. but…. bila fikir balik, baik jangan cakap. kang kalau pakai kat rumah, tetap pakai jugak gak. tapi kecil la kot kebarangkaliannya untuk pakai leggings tu…

tapi orang nak nasihatkan jugak pada readers sekalian, tak payah la pakai leggings tu. bukan cantik pon. dah nampak bentuk badan=dosa. laki tengok=dosa.upload gambar kat fb, orang tengok=lagi banyak dosa. buatnya tak sempat delete gambar2 tu, Allah dah jemput kita kembali kepadaNya, kita terus2an mencipta dosa tu selagi orang tengok gambar2 tu, masyaAllah…

orang cuma nasihatkan je. orang jugak terkhilaf…ada buat salah jugak…tapi tak salah kita nasihatkan orang kan?kalau orang salah, tegurlah orang ok. kita sama2 perbaiki diri kita. semua orang nak masuk syurga sama2 kan?

cukup la bebel banyak ni. jom sambung buat keje. kang tak berkat pulak keje kita hehe…

ok, da 🙂

 

today is the day!

Assalamualaikum,

hye all…

hari yang ditunggu-tunggu sejak bertahun lalu dah tiba. tapi….apa yang diharapkan tu tak menjadi kenyataan. but i’m thankful sebab diberi kesihatan yang baik, dan diberi usia untuk melalui hari ini. terima kasih Allah…

walaupun apa yang orang impikan tak menjadi kenyataan, tapi tiada apa yang perlu dikesalkan. kita cuma merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. perancangan Dia sudah tentu lebih baik. orang yakin pada ketentuanNya…

and for all yang melalui hari bahagia hari ini, semoga ikatan kalian kekal hingga hujung nyawa, dan bersatu di syurga sana, amiiinnnn….

dan kepada ‘kamu’, selamat hari lahir….semoga di usia baru ni kamu akan lebih gembira, bahagia, dilimpahi rahmat, dilimpahi rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan beroleh keredhaan Allah dalam segala apa yang kamu lakukan…insyaAllah…amiiiinnnn…walaupun apa yang kita harapkan itu tak menjadi kenyataan, teruslah berusaha untuk jadikan ia kenyataan satu hari nanti, insyaAllah… take good care of yourself, your family, and your friends…tanpa mereka, hidup awak akan sunyi. tapi tanpa Allah, hidup awak akan kosong…

semoga kita semua akan terus dilimpahi rahmat dari Allah, dan diberi kesihatan yang baik, dapat terus beribadah kepadaNya, dan sentiasalah bersyukur dengan pemberiannya,alhamdulillah…