Archive | January 2013

sesal kemudian tiada gunanya

Assalamualaikum,

pernah dengar pepatah ”sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”? pernah rasa keadaan macam tu? orang tengah rasa sekarang uwaaa…

waktu belajar dulu, senang hati je menjoli duit biasiswa tu..memang sedap la berbelanja dengan duit biasiswa..almaklumlah, tak kena bayar kan haha.. sekarang baru rasa peritnya. dulu punya la bajet nak simpan duit untuk masa depan (kawen la tu), tapi bila dah menjoli tak sedar diri, selamat tinggal la kau duit kawen hahaha…

bila dah keja, dah rasa susahnya cari duit sendiri, baru la tau nak menghargai duit yang dijolikan dulu…arghhh menyesalnya!!! tapi sesal skrg memang dah tak guna la kan..sedihnya 😦

kalaulah dulu org simpan 1k tiap sem, mesti dah ada 6k..dah senang byk dah tu..aduhai..kenapalah dulu suka2 hati je habiskan duit 😦 dan kenapa la sekarang baru nak menyesal.

so bila dah keja ni berazam untuk simpan sebanyak mungkin..jia you!!! wish me luck okeh..ada lagi yang nak diceritakan, tapi next entry jelah ok. nk makan,lapaq..

c ya…

nafsu shopping

Assalamualaikum,

hye all…salam khamis..esok cuti yay!

so..ramai ke yang baru dapat bonus?seronoknya korang..i jeles ok huhu…shopping sakan la eh?

orang ni tengah menahan nafsu nak shopping. entah sejak bila la.2-3 bulan ni shopping tu dah jadi hobi.apatah lagi tgok baju dan tudung…ayayaya…gaji pon xde, tapi shopping kalah org gaji ribu2 (ayat over).

buat masa 2 bulan ni memang kena tahan nafsu shopping la.untuk gaji pertama ni dah ada plan dah. guess what?apa yg selalu dilakukan bila dapat gaji pertama? soooo…memang kena bersabarlah hati la tgok baju cun2 terutamanya peplum sob3 ;(

anyway, pd sesapa yg nak tempah shawl tu dialu2kan. bolehlah menambahkan dana org untuk shopping hehe..skrg memang target mcm tu la.gaji mau simpan. perolehan jual tudung akan guna utk belanja hehe..

makanya…buat masa skrg kena elakkan diri bukak blog dan fb butik2 terlalu kerap.. ok sampai sini saja..da…

tempahan HB, hantaran dan bunga stokin dibuka

Assalamualaikum,

dah lebih seminggu tak update, i guess.. asyik tak sempat je. keje bertimbum. waktu praktikal dlu boleh la mengular, wat keje setengah jam, rehat 2 jam haha. tapi sekarang no more lah. keje sangat byk. macam kesemuanya dilemparkan pada orang. ini tidak adil!!! takpe2, sabar… kalau macam ni baru la berkat gaji yang orang dapat kan, ye dok?hehe…*dulu praktikal takde elaun, tu yang suka mengular huhu*

actually. orang rindu nak buat bunga stokin, buat hand bouquet, buat hantaran… sekarang sibuk dengan tempahan tudung walaupun hakikatnya orang lebih suka buat hantaran sob3…

takde ke readers yang nak tempah hantaran or fabric handbouquet?tolonglah penuhi keinginan orang ni huhu. mengidam ni. cis mengidam konon kan hehe…diri sendiri punya engagement/wedding tak tahu bila, tu yang sibuk nak buat persiapan orang lain tu.

but i’m serious. kalau sesiapa nak tempah hantaran atau handbouquet, boleh drop your comment. tempahan bunga stokin akan dipertimbangkan since ia mengambil masa yang lama, memerlukan ketelitian dan kesungguhan.ecewah hehehe…

ini dia contoh hantaran dan bunga stokin yang orang buat. maaf takde gambar clear.maklumlah, kamera tepon je..

Image

fabric handbouquet…

Image

 

hantaran 1

Imagehantaran 2

Image

 

hantaran 3

Image

 

bunga stokin…

untuk sebarang pertanyaan, tinggalkan komen korang atau emel orang di nani_twin87@yahoo.com…. in shaa Allah orang akan cuba balas secepat mungkin..tempahan shawl halfmoon juga diterima, samada untuk dijadikan veil atau dipakai harian.. any question just pm me ok.

till then, c ya 🙂

 

DIY: halfmoon shawl 2 layer

Assalamualaikum,

seperti yang dijanjikan, kali ni org akan update tentang my new project…halfmoon shawl 2 layer…atau dalam bahasa melayunya tudung separa bulat 2 tingkat haha..betul ke org translate tu?ape2 jelah. bukannya korang tak faham pon kan hehe…

walaupun dah agak lama org update tentang projek ni, yang sbenarnya shawl ni pon dah siap agak lama hehe. lepas je beli kain hari tu, orang cepat2 gunting dan hantar pada kedai jahit tepi. 2 hari je siap hehe. tapi orang takde tangkap gambar shawl tu. so korang terpaksa la mengadap muka orang lagi ok hehe.. sila jangan muak O.o

ok, ni rupa shawl tersebut yang dipakai oleh model tak berbayar *muntah*

Image

belum puas tengok model tak berbayar yang bajet comel macam Almy Nadia tu?nah orang tempek sekeping lagi *muntah lagi*

Imageha ambik sebesar2 alam orang letak gambar tuan tanah hehehe…

gambar kurang jelas sebab cahaya lampu yang lip lap lip lap… korang dapat bayangkan tak camana rupa tudung tu?insyaAllah nanti orang update gambar tudung tu pulak. tapi tak janji bila sebab sekarang sibuk dengan report sob3 😦

orang dah mula ambil tempahan shawl halfmoon dan juga tudung bawal+bunga 3D. kalau korang ada soalan, sila tinggalkan komen korang ok. pada yang nak ukuran shawl, sila rujuk post2 yang sebelum ni. dah banyak kali orang bgtau ukuran. semoga membantu. korang pon share la hasil keje korang. leave your blog address, nanti orang singgah ok 🙂

ok, tu je untuk kali ni… c ya…

 

tahun baru 2013…

Assalamualaikum,

hye all…

dah 5 hari masuk tahun 2013. tapi orang belum buat apa2 entry di tahun baru ni. orang agak sibuk menyiapkan report praktikal. maklumlah, student…hahaha…lepas ni sibuk kerja pulak kan…macam2 alasan kan hehehe…

anyway, walaupun orang dah lambat 5 hari, tapi orang tetap nak ucapkan selamat tahun baru! semoga tahun baru ini akan manjadi lebih baik buat kita semua berbanding tahun2 sebelumnya, insyaAllah…amiiinnnnn….

bagaimana dengan azam baru?gempak tak?orang masih dengan azam lama…untuk menjadi seorang muslimah yang istiqomah..untuk memperbaiki diri, mendekatkan diri kepadaNya…tahun ni bertambah2 dengan azam baru. agak banyak hehehe…antaranya adalah jeng jeng jeng… ok tahun ni nak menyimpan duit. tak boleh boros2. dah makin tua, kena fikirkan masa depan…ecewah, masa depan kannnnn hehehe…

next:to bring our relationship to next level. insyaAllah. please pray for us too ok 🙂

next:nak beli kereta! hahahaha… yang ni antara yang susah untuk dicapai la. sebabnya…kalau nak saving duit cmne nk beli kereta kan hehehe. ape pon, orang akan utamakan yang mana lebih penting. guess what?

but…ada 1 masalah…orang mana ada lesen kereta hahahaha…berangan sampai ke everest, padahal lesen pon takde. tah pape kan haha.. my dad menyokong je. sampai sanggup jadi driver, hantarkan org pegi keje dan ambik org balik keje, demi kereta baru haha. lawak la ayah ni… tapi impian tu akan di ‘hold’ buat sementara waktu. macam org ckp tadi, utamakan yang lebih penting *ambik lesen tu sangat penting ok*.

azam lain?rasanya belum terfikir hehehe… tu jelah org update untuk kali ni.. c u next time ok…da…

p/s:shawl halfmoon 2 layer dah siap. wait for next update ok 🙂