Archive | February 2013

last day

Assalamualaikum,

hye all…

hari ni adalah hari terakhir org berkhidmat di syarikat ini…

segala suka duka di sini akan org jadikan pengajaran, dan pengalaman yang sangat berharga..

maaf sebab tak sempat nk update panjang2..banyak kerja yang perlu disiapkan…i will miss semua staff di sini..di sini orang dapat pengalaman tentang dunia pembinaan, di sini orang belajar tentang asam garam perniagaan, di sini orang temui teman2 yang sangat menyenangkan…

insyaAllah orang akan simpan kenangan ni baik2..

doakan orang berjaya membina kerjaya di tempat baru…minggu depan perjalanan baru akan bermula, perjalanan memulakan kerjaya, perjalanan menuju masa depan yang lebih baik, insyaAllah…

terima kasih pada semua yang membimbing orang selama 8 bulan orang di sini.. i will miss all of u..

lots of love,

Me ❤

Advertisements

perancangan ke Sabah…bah…

Assalamualaikum,

hye all..

mood merancang percutian sekarang ni (padahal hari keje). memandangkan tiket ke KK mahal, so kami merancang untuk ke Sandakan. em..Sandakan merupakan bandar kedua terbesar selepas KK..

asalnya kami rancang nak pegi 3 hari. kemudian bertukar kepada 4 hari. dan sekarang bertukar balik ke 3 hari..hah??? boleh pulak kan tukar2 macam tu, macam sabah tu dok sebelah rumah je kan haha…

setakat ni, kami merancang untuk ke Sepilok. orang teringin nak ke pulau,untuk snorkeling atau diving. so bila mintak bantuan encik Google, terjumpalah dengan Pulau Lankayan. pernah dengar tak nama pulau ni. most of the comments said yang mereka tak pernah tahu kewujudan pulau ni, termasuklah warga Sabah sendiri.

di Pulau Lankayan ni cuma terdapat 1 tempat penginapan iaitu Lankayan Island Dive Resort. nampaknya tak ramai warga Malaysia yang dah sampai ke sini, memandangkan tak banyak review tentang pulau ni. mungkin sebab pakej penginapannya yang mahal. pakej yang orang jumpa berharga serendah 1200++ per pax, untuk 3 hari 2 malam. em memang mahal la untuk pelancong bag pack macam kami ni.

jom kita layan gambar2 di Pulau Lankayan..sumber gambar dari encik Google

Image

 

Image

 

Image

 

Image

Image

 

cantik kan? dari sumber yang orang dapat, Pulau Lankayan ni lebih cantik dari Sipadan. ha??? terkejut okeh.. tapi disebabkan terlalu mahal, mungkin kami terpaksa mencari tempat lain yang lebih affordable..

pada sesiapa yang pernah bercuti ke Lankayan, share la pengalaman korang tu dengan orang. orang nak tau sangat pasal actual rate di situ..

sampai sini je untuk kali ni. nanti ada maklumat lain tentang percutian tu orang akan update lagi.. c ya 🙂

percutian singkat ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum,

bulan lepas dipenuhi dengan percutian di hujung minggu. motif?berenang hahaha. tempat pertama yang kami jejaki adalah Ulu Legong Hot Spring yang terletak di Baling,Kedah. bertolak dari rumah jam 10.30 malam, dan tiba di Ulu Legong pada 1.15 pagi. orang ramai memenuhi kawasan tersebut. kalau tak salah orang, ada 7 kolam. 6 kolam dipenuhi manusia, 1 kolam je yang lengang. sebabnya adalah kolam tersebut yang boleh merebus korang menjadi stimboat haha…

mungkin disebabkan hari cuti, maka pengunjung sangatlah ramai. jam 4 pagi barulah kami turun ke kolam. tu pon sekejap je, masih ramai orang termasuklah golongan 2 alam hihi..jam 5.30 pagi kami dah beransur ke kolam kanak2. tak selesa dengan kolam dewasa yang terlalu ramai orang.

jam 8 pagi kami bertolak ke destinasi seterusnya, Lata Bayu. wah airnya sejuk, jernih, menggigil2 kami dibuatnya. semalamam tak tidur tapi badan tak lesu bila berendam dalam air sejuk.

minggu seterusnya pulak kami ke Pulau Pangor. kali ni misi untuk snorkeling. kawan baik orang yang cadangkan. katanya seronok snorkeling di Pulau Pangkor. ni pengalaman pertama orang. jadi agak cuaklah.macam mana kalau lemas?mcm mana kalau kaki luka2 pijak karang, batu?hahaha.

kami bertolak dari Kulim hampir jam 10 pagi. jam 1 petang kami sampai di Jeti. naik feri jam 1.30 ptg, sampai di Jeti Pulau Pangkor jam 2 petang. perjalanan diteruskan ke lokasi snorkeling. bayaran yang dikenakan cumalah RM20 untuk snorkeling selama mana pon, peralatan snorkeling, dan island hopping ke 4 pulau..

jom layan gambar

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

jam 5 petang kami dah pulang ke Pulau Pangkor dari tempat snorkeling. agak mengejar masa kerana motor hanya disewa sehingga jam 6 petang sahaja. antara tempat yang kami sempat kunjungi cuma DUTCH FORT dan pekannya. kalau datang sini memang rugi kalau tak beli makanan laut kering yang memang murah.

kami sampai ke jeti jam 6.30 petang (ops kami terlewat sampai hihi). pulangkan motorsikal, dan terus menaiki feri. feri bergerak ke daratan jam 7.30 malam.

walaupun percutian ke Pulau Pangkor sangat singkat, tapi itu merupakan pengalaman yang sangat berharga kerana itulah kali pertama orang snorkeling untuk masa yang lama. terkinja-kinja di dalam laut mengejar ikan-ikan. lucu pun ada haha.

mula pasang niat untuk snorkeling di pulau lain pulak. destinasi seterusnya mungkin perhentian, redang, atau krabi?oh tak sabarnya… tapi sebelum tu, kita jumpa di Sabah dulu ok hihi

terima kasih sudi baca 🙂

da 🙂 

bunga tangan dari bunga tisu

Assalamualaikum,

tak tahu nak letak tajuk apa..hentam jelah haha…

tahun lepas memang top dengan bunga tisu kan?korang buat apa?bunga pahar?bunga dulang hantaran?meh nak bagi idea sikit. bunga tisu ni jugak boleh buat bunga tangan (hand bouquet) untuk pengantin dan dayang2 ecewah…

kalau rasa nak jimat dan cantik, boleh je gunakan bunga tisu ni..alternatif lain bagi menggantikan bunga segar, ataupon bunga artificial yang tak naik seri tu hahaha… gurau je, jangan sentap tau, takmo sentap2 ok 🙂 ok, ni contoh bunga tisu carnation yang dijadikan bunga tangan

Image

 

2 kuntum bunga je?hahaha.. dah kata pon contoh.. kalau buat betul2 kang bukan nk guna, pastu rosak je bunga tangan tu. salah satu keburukan bunga tisu ni ialah ianya cepat rosak disebabkan material yang nipis dan ringan. kalau ada budak2 main lanting-lanting, hah selamat tinggal la bunga. kalau nak guna untuk tunang mungkin sesuai, sebab waktu tunang korang pegang sekejap je kan kan kan???

oh ye, maaf la sebab takde tutorial. korang cari la dalam youtube atau google ye, dah banyak tutorial bunga tisu ni.. kalau orang nk buka tempahan pon macam tak berbaloi je, senang sangat nk buat, orang yang tak kreatif pon boleh buat lah kiranya… hihi..

ok next time orang bagi idea lain pulak tentang penggunaan bunga tisu ni ok..

till then, c ya 🙂

shawl halfmoon

Assalamualaikum

hye all…

ok, since ramai yang respon di entry ini “DIY:ukuran shawl halfmoon” , orang nk bagitau sesuatu supaya tak jadi salah faham ok..

itu bukanlah shawl yang orang buat. itu cuma contoh sebab waktu tu orang belum transfer gambar ke komputer. ini rupa shawl halfmoon yang orang buat

Image

 

tak jelas kan? tak berapa jelas rupanya, tapi masih boleh nampak kan kan kan… shawl ni memang separa bulat, betul2 separa bulat..memang boleh dibuat veil, sebab ianya takkan senteng di belakang bila dipakai.

orang lupa nak tangkap gambar shawl halfmoon 2 layer. maybe next or next or next entry la orang update shawl tu pulak ok. untuk ukuran, sila refer link di atas…

sekian ye uols…

selamat mencuba…da 🙂

teaser: solemnization dress

Assalamualaikum,

hye all…

meh nk kasi teaser sket beads work for solemnization dress… actually, baju ni kosong je..sangat kosong lah kiranya..material satin+lace di hujung bawah baju dan hujung lengan..dan leher sikit..em bila dapat bju ni, my friend cakap dia tak puas hati, tak berbaloi dengan harga baju tersebut. so bila dia usulkan pada org, org cadangkan utk tambah beads dan 3d flower… dannn…dia amanahkan org untuk tambah beads dan flowers pada baju dia…

meh tgok baju tu sebelum ditambah manik dan bunga

Image

 

kawan orang tak suka dengan lip lap labuci tu…so org ambik keputusan utk letakkan manik pearl di situ… so ini adalah hasilnya..

Image

 

kalau nk tgok hasilnya, tunggu sampai majlisnya tiba nnt ok 🙂

till then, c ya 🙂

Ciri suami Awesome mengikut Ustaz Azhar Idrus.

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

# copy paste 🙂