percutian singkat ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum,

bulan lepas dipenuhi dengan percutian di hujung minggu. motif?berenang hahaha. tempat pertama yang kami jejaki adalah Ulu Legong Hot Spring yang terletak di Baling,Kedah. bertolak dari rumah jam 10.30 malam, dan tiba di Ulu Legong pada 1.15 pagi. orang ramai memenuhi kawasan tersebut. kalau tak salah orang, ada 7 kolam. 6 kolam dipenuhi manusia, 1 kolam je yang lengang. sebabnya adalah kolam tersebut yang boleh merebus korang menjadi stimboat haha…

mungkin disebabkan hari cuti, maka pengunjung sangatlah ramai. jam 4 pagi barulah kami turun ke kolam. tu pon sekejap je, masih ramai orang termasuklah golongan 2 alam hihi..jam 5.30 pagi kami dah beransur ke kolam kanak2. tak selesa dengan kolam dewasa yang terlalu ramai orang.

jam 8 pagi kami bertolak ke destinasi seterusnya, Lata Bayu. wah airnya sejuk, jernih, menggigil2 kami dibuatnya. semalamam tak tidur tapi badan tak lesu bila berendam dalam air sejuk.

minggu seterusnya pulak kami ke Pulau Pangor. kali ni misi untuk snorkeling. kawan baik orang yang cadangkan. katanya seronok snorkeling di Pulau Pangkor. ni pengalaman pertama orang. jadi agak cuaklah.macam mana kalau lemas?mcm mana kalau kaki luka2 pijak karang, batu?hahaha.

kami bertolak dari Kulim hampir jam 10 pagi. jam 1 petang kami sampai di Jeti. naik feri jam 1.30 ptg, sampai di Jeti Pulau Pangkor jam 2 petang. perjalanan diteruskan ke lokasi snorkeling. bayaran yang dikenakan cumalah RM20 untuk snorkeling selama mana pon, peralatan snorkeling, dan island hopping ke 4 pulau..

jom layan gambar

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

jam 5 petang kami dah pulang ke Pulau Pangkor dari tempat snorkeling. agak mengejar masa kerana motor hanya disewa sehingga jam 6 petang sahaja. antara tempat yang kami sempat kunjungi cuma DUTCH FORT dan pekannya. kalau datang sini memang rugi kalau tak beli makanan laut kering yang memang murah.

kami sampai ke jeti jam 6.30 petang (ops kami terlewat sampai hihi). pulangkan motorsikal, dan terus menaiki feri. feri bergerak ke daratan jam 7.30 malam.

walaupun percutian ke Pulau Pangkor sangat singkat, tapi itu merupakan pengalaman yang sangat berharga kerana itulah kali pertama orang snorkeling untuk masa yang lama. terkinja-kinja di dalam laut mengejar ikan-ikan. lucu pun ada haha.

mula pasang niat untuk snorkeling di pulau lain pulak. destinasi seterusnya mungkin perhentian, redang, atau krabi?oh tak sabarnya… tapi sebelum tu, kita jumpa di Sabah dulu ok hihi

terima kasih sudi baca🙂

da :) 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s