Archive | March 2013

kad jemputan

Assalamualaikum,

dulu orang dah pernah update tentang kad jemputan murah. kali ni orang nak update sekali lagi. minggu lepas org ada terima kad jemputan dari rakan sepejabat. kad tersebut pun dibuat dan dicetak oleh rakan sepejabat jugak. just a one piece card, simple je…

al-kisahnya, majlis tersebut dah berlalu hari sabtu lepas. masuk keje hari isnin tu org nampak kad jemputan tu dah ada dlm tong sampah. terkejut. em baru 2 hari berlalu dan kad tu dah masuk dalam tong sampah. tapi bukanlah kad org, kad org masih ada pada org lagi, masih ada di soft board.

walaupun tu bukanlah jemputan dari org, tapi org agak tersentap la. begitu rendahnya nilai sekeping kad. emo pulak kan…

makanya org tetap dengan pendirian org, org akan buat kad murah2 je, yang pasti mesti less than 50 cent per piece. sedihnya tengok kad tu masuk tong sampah macam tu je.

meh sini kita tengok kad2 yang comel2. sumber encik google

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

cantik tak, cantik tak???

orang suka sangat kad yang pertama tu, simple dan eksklusif. mana nak dapat 50 sen sekeping? ade org nak bagi? kalau ade meh bagi link kat org, org nk terjah… rasanya gambar keempat tu boleh kot dapat dlm 50 sen sekeping? boleh tak? kalau tak boleh kita bagi kad photostat jelah hahaha..dah confirm2 lepas majlis kad tu masuk tong sampah jugak. kad yang org simpan smp skrg pon hard card dari sorang rakan sekuliah, eksklusif giler..

tu jelah untuk kali ni.

jumpa lagi…da…

belajar atau kerja…kerja oh kerja…

Assalamualaikum,

hm….tajuk macam beria je buat pilihan nak sambung study kan..entri ni sangat panjang..sila sabar membaca ok…

actually jiwa ni memang jiwa belajar, suka membaca, suka cari bahan buat assignment (suka ke?). bila dah habis belajar ni selalu sangat mimpi pasal belajar, buat assignment, buat study group, join aktiviti di universiti..

oh kenapalah sampai macam ni sekali jadinya, kenapa la rindu sangat dengan zaman belajar. jiwa ni rasa tak sesuai dengan alam pekerjaan. i don’t know why. mungkin jugak belum jumpa kerja yang kena dengan jiwa. sedangkan hakikatnya i lebih suka bekerja sendiri, buat kerja dari rumah, ala2 SOHO.. dan itu juga alasan yang selalu diberikan bila orang tanya ‘dah apply SPA ke???’. my answer is ‘letih la keja government. kena keja sampai umo 60?tua dah tu weh, mana larat nak keja lagi’…

memang sangat letih kalau kena keja sampai tua bangka. cuba tengok government servant yang dah berusia buat kerja macam mana, bukan boleh aktif dah kan?? tapi itulah kerja yang menjamin masa depan mereka dan keluarga. i tak cakap i taknak keja dengan government. i pon sedar tu sangat bagus untuk masa depan diri dan keluarga nanti. buat loan dengan interest yang rendah, ada pencen, dan banyak lagi benefit lain. dan sebenarnya…i ada kontrak 6-7 years dengan government, memandangkan i penerima biasiswa JPA. hm excited untuk dipanggil lapor diri. tapi perasaan tu bertukar jadi lemah selemahnya. bulan lepas link untuk lapor diri tu expired. bulan ni, web esila pulak tengah kemaskini. melemahkan semangat eden je.. papepon, doakan la orang dapat keje yang sepadan dengan kelayakan orang, dan doakan jugak supaya orang dipilih untuk berkhidmat dengan SPA ok. penerima biasiswa seperti kami ni tidak dijamin akan dipanggil berkhidmat walaupun dalam perjanjian telah dinyatakan yang kami ada kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan.

kembali ke tajuk kita. dan menyimpang jauh rupanya haha. disebabkan org sangat suka belajar, so org tengok2 jugak review tentang menyambung pengajian di peringkat master. diri ni tak berapa minat nak ambik professional cert, tak kira la ACCA ke, CIMA ke, MICPA ke. rasa macam tak mampu je. padahal dulu selalu je lecturer bagi tutorial berdasarkan soalan2 peperiksaan profesional tu.

kalau ambik master, mungkin org boleh apply MyMaster. diri ni tak mendapat tawaran biasiswa dari UUM, makanya kena la cari pembiayaan sendiri. tapi mampu ke org habiskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. hmmmm… belum ada jawapan. dan belum ada perancangan untuk sambung belajar. yang ada dalam otak sekarang adalah i nak keje, kumpul duit dan kawen hahahaha. lepas kawen nanti baru consider samada nak sambung belajar atau keje atau jadi surirumah sepenuh masa..surirumah sekarang hebat2, boleh buat macam2 kerja dari rumah dengan kecanggihan teknologi sekarang kan..

pape pon, tolonggggg la doakan orang dipanggil berkhidmat dengan SPA bila orang dah berjaya lapor diri nanti ok. sekarang ni itu je yang org dapat fikir yang akan mencerahkan masa depan org. keje sektor swasta sekarang dapat gaji bape je, untuk fresh grad macam org ni T_T.. even org dah keje dengan 2 big company pon, masih ada ketidakpuasan hati dengan gaji yang ditawarkan. u all rasa org tamak atau semua org pon nak gaji yang setara dengan kelayakan u all?

i guess ramai yang tahu tangga gaji graduan Accounting lagi tinggi dari graduan course lain. tapi di company lama dulu, emmmm bias yang terserlah. waktu org praktikal , org tak dapat elaun dengan alasan org dok ofis (hey yang duduk ofis ni goyang kaki je ke?). gaji waktu dah jadi permanent staff??? lagi la menyakitkan hati i okkkkkkk……bezanya yang teramat dengan staff teknikal. tu tak dikira elaun sara diri lagi. elaun sara diri i dengan staff lama beza RM300 ok! kalau RM30 bleh la sabar lagi, tapi kalau beza RM300 tu, memang tak mampu nak bertahan dah. Ya Allah, org buat kerja dengan hati yang sakit, ikhlaskah itu?. memang dah bajet org takkan lama di situ. dan memang betul. cuma 2 bulan je orang di situ. Alhamdulillah dapat keje di tempat sekarang yang lebih baik, dan orang selesa di sini walaupon jauh sedikit dari rumah.

to readers, please pray with me. semoga dipermudahkan urusan org, semoga berikan pekerjaan yang baik, rezeki dari sumber yang halal, dan most important gaji yang setaraf (tinggi lettew) haha..

dah byk org membebel ni…till then, c ya… 

perubahan rutin harian

Assalamualaikum,

oh rutin harianku sudah berubah..

bulan ni bermulalah kerjaya baru.. kalau sebelum ni orang cuma menjadi pembantu, tapi kini tanggungjawab orang makin bertambah..alhamdulillah, Allah permudahkan urusan orang dalam mendapatkan jawatan yang bersusuaian dengan kelulusan orang (walaupun belum grad).

kalau dulu, masuk kerja 8 a.m, sarapan hingga 8.30 a.m…then kerja, kerja, kerja…lunch from 1-2 p.m..balik kerja 5 p.m (padahal selalu balik pukul 6 sob3 😥 ) tapi sekarang banyak yang dah berubah.. masuk kerja 8a.m, breakfast 5 minit (secepat yang boleh), 9-10 am attend morning market (every day!). mujurlah by rotation. maksudnya kami 3 orang di Account Department akan bergilir2 attend morning market tu (yang sepatutnya dihadiri oleh HOD setiap hari!) huhu…sabar jelah…

10 a.m break-breakfast

10.30 a.m kerja, kerja, kerja….(lena)

1.10 p.m break-lunch

2 p.m kerja, kerja, kerja… (lena)

6 p.m masa untuk pulang yehuuuuuu!!!!!!

Actually kat ofis  lama dulu boleh la mengelat..asal ngantuk je baring sekejap di surau lepas solat zohor. tapi sekarang kalau ngntuk pun kena tahankan aje. masih baru ni tak berani la nak baring2 di surau tu. karang rekod prestasi tak elok pulak huhu.

em harap2 masa depan orang akan lebih cerah di sini. rancangnya bukan nak kerja lama pon kat sini (ops jangan bgtau rakan sekerja org tau hehe). lepas kawin nanti mesti pindah ikut husband. tapi kerja tetap kerja. kena perform jugak supaya rekod elok. 

now kerja berjalan agak perlahan. belum ada komputer sendiri, stationary, calculator, semuanya kena pinjam sob3..sedih tau huhu..

ok lah, mau update sales summary. penat betul buat kerja manual ni huhu.. sila bagi i computer skrin besau ye, baru la semangat buat kerja huhu. bertambah rabunlah nanti kalau dok mengadap laptop ni je.

itu saja untuk kali ni..da…