Archive | April 2013

DIY: teaser: bantal hantaran

Assalamualaikum,

byk benda nak update tapi tak larat nak update. ye orang bukan blogger tegar, sekadar berkongsi apa yang orang buat, yang jadi minat orang.

hari tu dah cerita tentang idea bantal hantaran. bantal dah siap pun. meh nak kasi teaser sket

Image

teaser ke tu?dah clear dah gambar tu haha…

total cost < RM 30

percaya tak?percayalah…orang bukan kedekut. tapi orang berjimat. orang bukanlah orang senang nak habiskan beratus2 untuk hantaran apatah lagi hantaran tunang. ada bakal-bakal pengantin yang upah gubahan hantaran 1 dulang RM 35 keatas. me? less than RM 30 dah boleh dapat 7 bantal hantaran. bunga hantaran pon murah je, DIY jugak. total cost RM100. i’m very sure. biarlah simple but i’m satisfied.

untuk mereka yang nak berjimat, buatlah sendiri ye. tak rugi pon. orang gunakan fiber. ha nak kasi tips ni. kalau nak buat bantal hantaran lebih baik uols gunakan fiber berbanding bantal polisterin. Bantal polisterin bersaiz 13 inci dah harga RM3.80 belum masuk decoration. kalau buat sendiri menggunakan fiber u boleh dapat lebih murah dari tu, trust me. tapi kalau uols gunakan kain yang mahal, lace yang mahal, confirm jadi mahal lah haha..

sesapa nak tempah sila emel orang ok < nani_twin87@yahoo.com >. harga kita nego2 based on your budget…

jumpa di entry lain ye… c ya 🙂

Advertisements

DIY: teaser veil

Assalamualaikum,

hye all…

hari ni nak kasi teaser je..kepala sakit berdenyut2.. ramai betul orang datang bilik hari ni. letih dok bangun bukak pintu, tersangat letih dan sakit kepala, serius, ini bukan mengada-ngada.

disebabkan bajet yang ketat, makanya segala benda yang boleh dibuat sendiri akan dilakukan sendiri termasuklah veil. asalnya memang taknak lah pakai veil ni, nak pakai shawl je, tapi biarkan sebelah shawl tu terjuntai dan jadi macam veil. tapi bila fikir takut nampak macam Kak Ton pulak. kenal Kak Ton? alaaaa Kak Ton yang comel tu hehehe…

ni proses memanik lace untuk veil

Image

ImageImage

korang nampak macam sarat tak?tengok dalam gambar tak nampak sarat. bila letak kat kain nampak sarat sikit, takde la sarat sangat pun. orang pun taknak sarat2. malulah. orang nak semuanya simple je nanti.

next time orang cerita lah. pening, nak muntah semuanya ada ni. bila ingat balik proses jahit manik ni lagilah rasa nak muntah. bukan letih jahit manik tu, tapi orang memang rasa tak sihat hari ni

jumpa lain entry… c ya

 

pastel colour

Assalamualaikum,

hye all…

orang memang sukakan warna-warna pastel yang lebih kepada earth colour berbanding colour block. tahu kan?tahu kan?sejuk mata memandang warna-warna pastel ni.

meh sini tengok warna-warna pastel yang cantik menarik dan tertarik

1.

Image

 

2.

Image

 

3.

Image

 

4.

Image

 

5.

Image

 

6.

Image

my e-day theme, pastel colour…no specific colour..tapi lebih kepada kuning susu, peach dan orange macam last picture tu (gambar ke enam).. hentam jelah warna apa pon, but not shocking colour, tenggelam terus orang yang gelap ni kalau background terang hahaha.. apa2 pun just wait until that day. orang kan b2b bajet, so terpaksa mengehadkan perbelanjaan, gunakan saja apa yang ada.

later orang nak kasi teaser bantal hantaran dan lace for veil.. stay tuned!

tempahan tudung dan shawl

Assalamualaikum,

ini antara tudung yang ditempah oleh kawan-kawan orang. paling best, dorang semua merupakan b2b tahun ni. tudung ni ditempah sebelum dorang kahwin, dan sekarang 2 orang daripadanya dah selamat pon menjadi isteri orang, alhamdulillah…

Image

Image

Image

 

Image

 

tudung bawal dengan bunga 3D Puan Aziera

Image

 

milik puan Farahanis. Farah mintak tudung warna ungu dan shawl warna merah. shawl 1.5 meter sahaja memandangkan Farah ni kecik je orangnya. semua material disediakan oleh orang, diserahkan 100% kepada orang.

Image

 

shawl halfmoon Kak Aida. Kak Aida mintak shawl dengan panjang 1.75 meter

Image

 

shawl nikah Ilah. shawl ni 2 tona, bukan 2 layer. manik ringkas khas untuk Ilah tanpa sebarang caj tambahan. semoga Ilah semakin menyerlah dengan shawl yang ringkas ni, insyaAllah 🙂

harga emas jatuh

Assalamualaikum,

sape yang ikuti pasal perkembangan emas? sape yang ikuti pasal perkembangan semasa mesti tahu yang harga emas tengah jatuh mendadak sekarang.

makanya, marilah kita shopping emas sebagai simpanan masa depan!

nanti orang update lagi ok pasal kisah org beli emas…korang cepat2lah pergi serbu kedai emas, apatah lagi orang kelantan..

jom!

bantal hantaran

Assalamualaikum,

hye all…

semalam orang dah buat quick update tentang bantal hantaran. hari ni orang nak cerita alkisah bantal hantaran orang. 

sebelum ni orang dah buat bantal hantaran untuk wedding kawan orang, orang ada update dalam entri beberapa bulan lepas. ni bantal dan hantaran yang orang buat tu

Image

 

Image

 

ini bantal untuk letak mas kahwin

Image

ini bantal untuk diletakkan coklat

orang gunakan polisterin untuk bantal ni, alternatif yang mudah bagi mereka yang tak suka merenyahkan diri mencari kekabu atau fiber. (kira waktu tu orang tak suka renyahkan diri la?). Actually waktu tu kawan org serahkan 100% pada orang. jadi bagi orang ni yang paling mudah. dan dia juga tak letakkan bajet. bagitahu je berapa, dia bayar haha. senang deal dengan orang macam tu.

Sekarang orang tengah cari idea untuk bantal hantaran orang pulak. memandangkan orang nak berjimat, dan mahukan sesuatu yang boleh digunakan semula, maka orang pilih untuk gunakan fiber (manggantikan kekabu). kekabu mahal gile oh. fiber pon dah ada, lebihan waktu tambah fiber dalam bantak strawberry dulu. so orang bercadang nak buat macam ni

Image

 

Image

 

orang tersangatlah berkenan dengan bantal merah tu, yang paling atas tu..cantiknya!!! kalau letak besi macam most b2b letak, mahal tau. so letak je renda, sebab nak letak lace pon mahal hahaha…

asalnya orang dah buat bantal fiber tanpa tapak, tapi macam tak kemas. so bila google lagi barulah dapat idea untuk letakkan papan kek di bawah bantal, barulah bantal tu terletak elok. ni bantal yang orang buat

Image

 

ni bantal sebelum diletakkan sarungnya. kalau buat bantal gini pon renyah jugak, sebab kena buat sarung pulak. kalau buat guna papan kek, just balut-balutkan je, macam ni

Image

 

*gambar sumber dari Google, credit to the owner*

korang bolehlah google untuk cara menyediakan bantal hantaran ni. orang takde buat tutorial, tak sempat, asal buat je kucing ganggu, nak potong kain, nak menjahit pon tak senang, ada je yang mengganggu, cepuk kang! tapi insyaAllah kalau ada kelapangan orang akan tangkap gambar dan update tentang bantal hantaran orang. nampak gayanya kena bukak balik bantal yang dah buat tu, sebab nak letakkan papan kek pulak.

wish me luck… selamat mencuba untuk korang jugak..

c ya 🙂