bantal hantaran

Assalamualaikum,

hye all…

semalam orang dah buat quick update tentang bantal hantaran. hari ni orang nak cerita alkisah bantal hantaran orang. 

sebelum ni orang dah buat bantal hantaran untuk wedding kawan orang, orang ada update dalam entri beberapa bulan lepas. ni bantal dan hantaran yang orang buat tu

Image

 

Image

 

ini bantal untuk letak mas kahwin

Image

ini bantal untuk diletakkan coklat

orang gunakan polisterin untuk bantal ni, alternatif yang mudah bagi mereka yang tak suka merenyahkan diri mencari kekabu atau fiber. (kira waktu tu orang tak suka renyahkan diri la?). Actually waktu tu kawan org serahkan 100% pada orang. jadi bagi orang ni yang paling mudah. dan dia juga tak letakkan bajet. bagitahu je berapa, dia bayar haha. senang deal dengan orang macam tu.

Sekarang orang tengah cari idea untuk bantal hantaran orang pulak. memandangkan orang nak berjimat, dan mahukan sesuatu yang boleh digunakan semula, maka orang pilih untuk gunakan fiber (manggantikan kekabu). kekabu mahal gile oh. fiber pon dah ada, lebihan waktu tambah fiber dalam bantak strawberry dulu. so orang bercadang nak buat macam ni

Image

 

Image

 

orang tersangatlah berkenan dengan bantal merah tu, yang paling atas tu..cantiknya!!! kalau letak besi macam most b2b letak, mahal tau. so letak je renda, sebab nak letak lace pon mahal hahaha…

asalnya orang dah buat bantal fiber tanpa tapak, tapi macam tak kemas. so bila google lagi barulah dapat idea untuk letakkan papan kek di bawah bantal, barulah bantal tu terletak elok. ni bantal yang orang buat

Image

 

ni bantal sebelum diletakkan sarungnya. kalau buat bantal gini pon renyah jugak, sebab kena buat sarung pulak. kalau buat guna papan kek, just balut-balutkan je, macam ni

Image

 

*gambar sumber dari Google, credit to the owner*

korang bolehlah google untuk cara menyediakan bantal hantaran ni. orang takde buat tutorial, tak sempat, asal buat je kucing ganggu, nak potong kain, nak menjahit pon tak senang, ada je yang mengganggu, cepuk kang! tapi insyaAllah kalau ada kelapangan orang akan tangkap gambar dan update tentang bantal hantaran orang. nampak gayanya kena bukak balik bantal yang dah buat tu, sebab nak letakkan papan kek pulak.

wish me luck… selamat mencuba untuk korang jugak..

c ya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s