Archive | July 2013

searching mode

Assalamualaikum,

hye there..

amacam puasa?dah ponteng?

pening pulak mencari tempat nk honeymoon ni. banyak tempat best kat groupon, tapi bila cari tiket flight alahai mahal la pulak!!! macam mambazior je beli tiket flight mahal2 tapi pakej penginapan tu tak semahal mana..serius rasa mambazior je huhu…

dah la letih puasa (macam nak pitam lah), pening pulak dok mengira bajet hahaha…tengok2 nanti p dekat je, penang ke, gold coast morib ke, Port Dickson ke hahaha…eh chalet kat gold coast morib dan PD tu sangat cantik tau, lupa pulak namanya..ala korang google sendiri la tempat honeymoon yg best kat 2-2 tempat tu hahaha…

dah 1.30, masa untuk rehat..bulan puasa rehat setengah jam je, dari 1.30-2.00…jom tito…zzzzzzz

 

tabung honeymoon

Assalamualaikum,

Image

 

sape yang buat gini?menabung untuk pegi honeymoon?korang memang kental hahaha…orang baru jumpa pic ni kat google..tak kusangka rupanya ada jugak b2b yang buat gini eh?

tetiba ada idea untuk menabung untuk pegi honeymoon. tapi sempat ke?huhu.. mungkin boleh start menabung dr sekarang. jimat dari bulan puasa ni. duit belanja harian tu disimpan dalam tabung, okey tak? entah2 tak sempat nak simpan dah habis kat bazar huhu..

takpe2 akan ku usahakan juga.. menabung sikit2. raya ni kutip duit raya, simpan dalam tabung. tapi tahun ni dah start keje, ada lagi ke orang nk bg duit raya huhu…

wish me luck..caiyok b2b sekalian, jom manabung!!

tata 🙂

PART 1 : misi menaikkan berat badan

Assalamualaikum,

hye korang…

macam mana puasa?letih?ke tak rasa pape?

sebelum puasa aritu orang timbang berat, naik sikit wehuuu…suka gila! maunya tak naik, asyik makannnnn je…pukul 10 breakfast-nasik. pukul 1 lunch-nasik. balik keja pukul 6.30 pegi dapur carik makanan lagi, apesal lah perut ni asyik lapar ye?dah kenapa?

hati memang girang, memang target berat akan naik, dan sememangnya berat naik! mula2 tu tak perasan lagi sebab datang keje pakai kain je, tak perasan kegemukan disitu. tapi bila weekend, pakai jeans semua ketat, nk zip dan nak butangkan alahai seksanya. waktu tu pikir, oh ni sebab angin kat perut ni, perut memboyot je ops…

beberapa hari lepas orang pegi fitting baju raya, peplum la. sah2 la ada cutting di pinggang kan. ok berjaya disarungkan, cutting memang cun lah (perasan). tup2 tak boleh nak bukak baju tu! hoi kenapa ni! bermula lah adegan berperang dengan baju, tarik ke atas tak boleh, tarik ke bawah tak boleh. cuak! camne ni, dah la dekat rumah tailor, kalau kat rumah sendiri boleh la guling2 nak buka baju tu. akhirnya terpaksa panggil kakak tailor untuk tetas semula jahitan, dengan baju masih tersarung di badan. malu giler oi!

akak tu tanya, “nani dah makin berisi ke?tak sedar ke dah berisi?”

orang jawab “aritu berisi la kak, tapi sekarang dah puasa dah turun balik dah”

then akak tu ambik tali ukur dia, dan bermulalah adegan gelak sakan. ukur lilit dada, bertambah! ukur lilit pinggang, bertambah! ukur lilit pinggul, bertambah! hoi ape ni semuanya bertambah!!! mak ai malunya!!! jenuh kena gelak sakan dengan akak tu…uwaaa ingatkan perutku berisi sebab angin..dah senang hati bila puasa ni perut dah slim balik (ceh!). tapi rupanya2 badanku memang dah berisi. selama ni orang dok tegur seluar kecik, ketat, orang ingat seluar orang tu sentap bila basuh.rupanya…..em paham2 sendiri la…sekarang daku yang sentap huhu..

tapi takpe, i loike 🙂 memang ini yang ditunggu2 selama ni. masih jauh perjalanan untuk dapatkan berat badan ideal. akan kucuba sedaya upaya ecewah hihi.. dengan badan melidi camni haruslah akan kene leter ngan mak andam/pak andam, percayalah T_T

Image

 

nak pipi bambam macam si comel ni. korang ado?

prada lace

Assalamualaikum,

sape tahu tentang prada lace?kenapa sebelum ni orang tak tau uwaaa…

few months ago orang ada beli 2m meter kain untuk buat baju raya, orang ingatkan tu kain renda biasa je, rupanya itulah yang dipanggil prada lace yang tengah in sekarang..

kebanyakan b2b mungkin dah tau prada lace ni apa, orang je yang ketinggalan agaknya, sedih la sob3… daku ni sering saja ketinggalan..orang lain pakai blogspot, daku masih setia dengan wordpress, kan dah susah nk follow blogger lain huhu..bukan susah tapi tak reti sebenarnya haha..

meh sini nak tunjuk sikit rupa prada lace ni

Image

 

Image

 
aisyahermosa
523346_536219959727898_1303229687_n 

korang boleh jugak terjah facebook AIDA MARLINI untuk dapatkan baju raya yang meletop menggunakan prada lace ni..ni antara koleksi baju raya dari beliau

Image

 

Image

 

Image

 

design ni tengah panas sekarang..cepat terjah sebelum terlambat sebabnya design yang bawah ni semuanya dah sold out!

Image

 

Image

 

aida is my ex-school mate. tapi agaknya dia x kenal orang pon sebab kami tak rapat pon. so korang tak perlulah mention nama orang untuk dapatkan diskaun ok hihi..

selamat beraya dengan prada lace tahun ni!! orang kuciwa, sangat kuciwa… kain tu tersimpan elok je dalam almari, tak sempat hantar ke tailor. tau dah tailor mesti dah tak nak ambik..redha jelah, salah sendiri sebab dok lengah2kan.

my mom pernah cakap suruh gunakan kain tu untuk buat baju  nikah. oh no, orang nak baju nikah warna putih ye, putih! makanya orang takkan sesekali gunakan kain tu untuk baju nikah.

but now prada lace berada dalam list kain2 yang akan digunakan untuk baju nikah. orang masih mencari design..kalau dress haruslah kena pakai chiffon, demam la kalau guna prada lace, mahal kot! orang suka sangat dress ke-2 dan ke-3 tu…oh cantiknya..kalaulah dress ke-3 tu warna putih dan lengan panjang sampai pergelangan tangan, mesti orang grab untuk jadikan baju nikah..hm takde rezeki..takpe2, keep on searching..

till then, c ya!

selamat berbuka uols 🙂