Archive | August 2013

ukuran shawl halfmoon, saiz besar

Assalamualaikum,

a short update di hari yang membosankan.

ramai yang bertanya tentang shawl yang menutup dada. bagi mereka yang mahukan shawl halfmoon yang menutup dada, boleh panjangkan saiz shawl tersebut. saiz yang saya biasa gunakan adalah 1.5m. ia boleh dipanjangkan sehingga 1.75m. insyaAllah ia cukup panjang dan lebar untuk menutup dada.

menghitung jam.lagi sejam setengah nak balik. tapi tak boleh update panjang, line problem..c ya

futsal tournament

Assalamualaikum,

cerita dah lama tapi baru nak tulis, ketinggalan zaman betul..

actually gambar pon takde banyak kat orang. tapi entry ni adalah sebagai kenangan..

ni pertama kali orang terlibat dengan perlawanan futsal, lawan betul2, bukan lawan main2 ye…inter-company tournament..walaupon team perempuan tak ramai, tapi saingan tetap ada. persaingan paling hebat tentulah dari juara tahun lalu.nak kata hebat sangat tu takdelah hebat sangat, ramai geng pengkid, tomboy, minah endon hahahaha…tak gentar langsung, korang perempuan jugak haha…

1st game, kami menang 2-0…budak kaki bangku ni jugak la yang score…asal bola dtg tendang aje la…kalau nak elak baik tak payah main kan. 2nd game, menang 1-0..ok la tu..orang jugak la score hahaha…waktu ni kaki memang dah sakit..habis game jalan pon heret je kaki. kaki kanan ke mampu melangkah, kaki kiri kena heret..3rd game, orang cuma main di separuh masa pertama je. memang tak daya dah. rasa nak tercabut je kaki. game ke-3 ni seri 0-0 (kalau tak salah la).

kami dapat masuk final, lawan dengan team minah endon tadi. majoriti ahli team ni tomboy.tapi tak nampak menakutkan atau kental pon. ye, mereka juga perempuan separi kami hihi. waktu final ni memang orang tak main.nak angkat kaki sendiri pon dah tak mampu. nak menapak selangkah pon kena pegang kaki tu dan heret. nak duduk kena tongkat lantai dulu baru boleh duduk, nak bangun pon sama. minyak kuda, minyak panas dan segala macam minyak dah disapu berkali2, takde kesan positif.

waktu ni ada 1 je dalam fikiran, tolonglah jangan injured. tolonglah jangan terkoyak otot, tolonglah. sangat takut. kawan sentuh sikit pon dah terjerit, mengalir air mata. patutlah lelaki pon menangis bila otot koyak, memang sakit..

referee tu nasihatkan supaya jangan buat keja berat selama sebulan, supaya cedera tu betul2 sembuh. ye, kecederaan dalaman, tak nampak dengan mata kasar. kawan2 pujuk supaya orang main jugak waktu final, tapi kalau kaki orang makin teruk, siapa yang akan tanggung risikonya melainkan diri sendiri?orang yang tanggung sendiri ok.

kami kalah, cuma dapat nombor 2. sedikit terkilan sebab tak dapat tolong rakan2 sepasukan. tapi memikirkan tentang 3 gol sebelum ni yang membawa mereka ke final, rasa lega sikit la.

ImageImage

 

Image

 

my team member..gambar kedua tu, sebelah kaki orang kena angkat sebab memang dah tak boleh rapat ke tanah, sakit yang teramat sangat.

minggu depannya pegi keja jalan heret kaki lagi. macam orang dalam pantang pon ada haha. mengengkang semacam aje. tapu orang tak buat2. memang sakit. sakit rasa ke tulang. otot rasa sangat sakit. degil jugak taknak pegi klinik, takut dengan kenyataan. takut kalau doktor cakap ‘muscle awak koyak, awak dah tak boleh buat kerja berat’. oh my! cuak gila kot hahaha… dua minggu jugak la rasa sakit tu tak hilang, bengkak tu ambik masa yang lama jugak untuk surut. dan dua minggu jugak la berjalan macam orang dalam pantang hihi..

dah beberapa bulan berlalu. sakit tu dah hilang, tapi nyilunya masih terasa.masih terasa macam mana peha ni pernah sakit disebabkan futsal, otot bengkak, urat masuk angin. oh semua ni kenangan, kenangan pahit dan juga manis semua bercampur baur menjadi satu.

kalau ada lagi peluang untuk bermain, orang akan fikir berkali2. kata orang, bila dah injured, mudah untuk injured kembali. bila kawan2 sebut tentang futsal, rasa macam nak main. tapi bila teringatkan kesakitan tu, terus cancel haha..tak tau la samada ni kali pertama dan terakhir atau masih ada kali kedua dan seterusnya..

just wait and see…

till next time, c ya 🙂

perlu ke diy HB kahwin???

Assalamualaikum,

tinggal brapa bulan je lagi..tolak hari kerja, tinggal brapa hari je lagi untuk buat persiapan..tapi mood malas tak hilang2..

waktu tunang dulu rajin je DIY macam2..tapi sekarang mood kelaut..pikir banyak kali, perlu ke nak buat sendiri itu ini..perlu ke buat bunga tangan sendiri, perlu ke buat shawl sendiri, perlu ke buat veil sendiri…yes, perlu! disebabkan baju nikah beli yang siap je, without shawl and veil, makanya kena la buat jugak shawl dan veil tu…

cantik tak HB camni?

Image

 

Image

 

cantik x?cantiknya la pastel colour..tambah pulak guna hydrangea yang mahal tu..memang tidak la nak guna fresh flower hydrangea tu..mahal kot…nanti lah kalau rajin p kedai beli bunga..kalau tak rajin sewa jelah dari bridal huhu..

jom lah balik keja…tata…c ya

dilema mencari photographer

Assalamualaikum,

hye there..

dah lama tak update..bukan sibuk, tapi takde mood..my wedding is just a few months to go, tapi persiapan betul2 menyusahkan hati..

hari ni lagi satu masalah timbul..ada satu photographer ni, dulu orang mintak quotation, he quote me RM1,650 untuk majlis nikah dan sanding,1 custom album, 1 poster frame dan takde lagi apa2 extra gift. for me harga tu dah berpatutan lah..

lepas survey few photographers (actually bukan few lah, lebih 10 photog jugak kot haha), i found out yang si Az ni paling ok. gambar pon macam yang orang nak, harga pon ok walaupun dah out of my budget. budget orang RM1500-1600 je. tapi….bila nak confirm booking dengan dia tadi, suddenly dia naikkan harga pakej tu kepada RM1,850…i was shocked! macam mana tetiba harga tu boleh jauh berbeza dari harga yang dia qoute sebelum ni?dan reason dia, dia baru je upgrade kamera dia, dia habis 20k, dan kenaikan harga tu adalah untuk cover modal dia..

oh no! what is this! adik, modal tak sama dengan kos ok. kalau u naikkan harga sebab kos printing meningkat, sy boleh faham lagi. but u naikkan harga semata2 sebab u upgrade kamera u, thats not fair utk pelanggan. dalam bisnes sekalipon kita ambik kira kos, bukan modal. sedih betul la. jangan disebabkan minat u untuk ambil gambar, pelanggan u jadi mangsa keadaan. u ambik keuntungan untuk upgrade lagi kamera u…

kalau dalam RM1,850 tu u boleh provide extra services, contohnya free post wedding photoshoot ke apa ke, sy masih boleh consider untuk hire awak..

em takpe la, takde rezeki nak hire awak..semoga awak terus success la ye dik.

sekarang ni orang dalam dilema. nak cari photog untuk shoot+album, atau cuma ambik photog untuk shoot+edit+burn. sekarang memang rasa nak cut cost betul2. memikirkan yang lepas kahwin nanti orang akan berhenti kerja dan ikut suami, memang tak boleh membazir. banyak lagi perbelanjaan selepas kahwin. tunang pon setuju kalau cuma hire photog untuk shoot+edit+burn dulu. nanti lepas kahwin bila hidup dah stabil barulah cetak album. lagipun banyak b2b yang pilih option ni untuk kurangkan kos wedding.em ini akan dipertimbangkan kelak…

jumpa lagi…da…