futsal tournament

Assalamualaikum,

cerita dah lama tapi baru nak tulis, ketinggalan zaman betul..

actually gambar pon takde banyak kat orang. tapi entry ni adalah sebagai kenangan..

ni pertama kali orang terlibat dengan perlawanan futsal, lawan betul2, bukan lawan main2 ye…inter-company tournament..walaupon team perempuan tak ramai, tapi saingan tetap ada. persaingan paling hebat tentulah dari juara tahun lalu.nak kata hebat sangat tu takdelah hebat sangat, ramai geng pengkid, tomboy, minah endon hahahaha…tak gentar langsung, korang perempuan jugak haha…

1st game, kami menang 2-0…budak kaki bangku ni jugak la yang score…asal bola dtg tendang aje la…kalau nak elak baik tak payah main kan. 2nd game, menang 1-0..ok la tu..orang jugak la score hahaha…waktu ni kaki memang dah sakit..habis game jalan pon heret je kaki. kaki kanan ke mampu melangkah, kaki kiri kena heret..3rd game, orang cuma main di separuh masa pertama je. memang tak daya dah. rasa nak tercabut je kaki. game ke-3 ni seri 0-0 (kalau tak salah la).

kami dapat masuk final, lawan dengan team minah endon tadi. majoriti ahli team ni tomboy.tapi tak nampak menakutkan atau kental pon. ye, mereka juga perempuan separi kami hihi. waktu final ni memang orang tak main.nak angkat kaki sendiri pon dah tak mampu. nak menapak selangkah pon kena pegang kaki tu dan heret. nak duduk kena tongkat lantai dulu baru boleh duduk, nak bangun pon sama. minyak kuda, minyak panas dan segala macam minyak dah disapu berkali2, takde kesan positif.

waktu ni ada 1 je dalam fikiran, tolonglah jangan injured. tolonglah jangan terkoyak otot, tolonglah. sangat takut. kawan sentuh sikit pon dah terjerit, mengalir air mata. patutlah lelaki pon menangis bila otot koyak, memang sakit..

referee tu nasihatkan supaya jangan buat keja berat selama sebulan, supaya cedera tu betul2 sembuh. ye, kecederaan dalaman, tak nampak dengan mata kasar. kawan2 pujuk supaya orang main jugak waktu final, tapi kalau kaki orang makin teruk, siapa yang akan tanggung risikonya melainkan diri sendiri?orang yang tanggung sendiri ok.

kami kalah, cuma dapat nombor 2. sedikit terkilan sebab tak dapat tolong rakan2 sepasukan. tapi memikirkan tentang 3 gol sebelum ni yang membawa mereka ke final, rasa lega sikit la.

ImageImage

 

Image

 

my team member..gambar kedua tu, sebelah kaki orang kena angkat sebab memang dah tak boleh rapat ke tanah, sakit yang teramat sangat.

minggu depannya pegi keja jalan heret kaki lagi. macam orang dalam pantang pon ada haha. mengengkang semacam aje. tapu orang tak buat2. memang sakit. sakit rasa ke tulang. otot rasa sangat sakit. degil jugak taknak pegi klinik, takut dengan kenyataan. takut kalau doktor cakap ‘muscle awak koyak, awak dah tak boleh buat kerja berat’. oh my! cuak gila kot hahaha… dua minggu jugak la rasa sakit tu tak hilang, bengkak tu ambik masa yang lama jugak untuk surut. dan dua minggu jugak la berjalan macam orang dalam pantang hihi..

dah beberapa bulan berlalu. sakit tu dah hilang, tapi nyilunya masih terasa.masih terasa macam mana peha ni pernah sakit disebabkan futsal, otot bengkak, urat masuk angin. oh semua ni kenangan, kenangan pahit dan juga manis semua bercampur baur menjadi satu.

kalau ada lagi peluang untuk bermain, orang akan fikir berkali2. kata orang, bila dah injured, mudah untuk injured kembali. bila kawan2 sebut tentang futsal, rasa macam nak main. tapi bila teringatkan kesakitan tu, terus cancel haha..tak tau la samada ni kali pertama dan terakhir atau masih ada kali kedua dan seterusnya..

just wait and see…

till next time, c ya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s