Archive | September 2013

sticky post: Gerobok Adria Giveaway

Assalamualaikum…

hye korang..dah bertahun-tahun berblogging sejak dari tahun 2009 lagi, ni kali pertama orang nak join giveaway. giveaway ni dianjurkan oleh Gerobok Adria

Image

Gerobok Adria ni terkenal di kalangan b2b kerana shawl dan veil yang ohsem. Bila ada je contest ni, memang takkan lepaskan peluang untuk join! Syarat-syarat penyertaan pun simple je. Antara syarat- syarat penyertaan adalah:

1. Bakal Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan selepas 1 Dec 2013 (wedding orang 8 Dec hihi)
2. Tarikh tutup penyertaan pada 15 October 2013 (dah join 30 Sept 🙂 )

Cara-cara penyertaan pulak adalah:


1. Sila Like page https://www.facebook.com/GerobokAdria dan blog http://gerobokadria.blogspot.com/
2. Create 1 tagline yang bersesuaian dengan logo dan bisnes kami di post/entry ini.
3. Share penyertaan anda di wall sekerap mungkin (untuk FB)
4. Tinggalkan Link anda pada komen di bawah dan buat 1 simple entry (sticky post sehingga 15 Oct) di blog anda (untuk blogger) 

Dan hadiah-hadiahnya sangat ohsem..hadiah-hadiahnya adalah:

Tempat pertama: Beading untuk busana perkahwinan anda (Bernilai RM250)
Tempat kedua: Veil exclusive (Bernilai RM180)

okey, orang dah like page Gerobok Adria dan juga dah follow blognya. Sekarang masanya untuk kongsi tagline yang orang cipta untuk Gerobok Adria.

tagline : GEROBOK ADRIA…MENYERLAHKAN KEANGGUNAN DAN KEJELITAANMU

nak tahu kenapa orang pilih tagline ni? sebabnya….hasil kerja Gerobok Adria tersangatlah cantik! daripada shawl, veil, beadings, semuanya ohsem. seandainya orang menang giveaway ni, pasti orang akan bertambah anggun dan jelita di hari bahagia nanti hihihi.. mulalah berangan ni 🙂

sekarang kena share penyertaan di wall pulak.ok, yang ni senang je, klik je share banyak2 kali hihi..

dan akhir sekali, tinggalkan link pada ruangan komen (di facebook dan di blog).wehuuu mudahnyaaaa…..

sekarang orang nak tunjuk pulak hasil kerja Gerobok Adria, korang mesti terpegun, sangatttt cantikkk…

Image

Image

Cantik kan??? Sememangnya korang akan kelihatan anggun dan jelita dengan sentuhan Gerobok Adria, setuju tak? Jom b2b out there, kita join ramai2… Kalau ada rezeki menang giveaway ni, alhamdulillah…syukur sangat2. Orang memang tengah gigih search tentang shawl dan veil untuk nikah nanti. Giveaway ni sememangnya muncul pada waktu yang tepat. Wedding pon tinggal 2 bulan lebih je lagi. Harap2 ada lah rezeki untuk menang, amiinnn. Kalau tak dapat tempat pertama pun, dapat tempat kedua pun jadilah hihi..

pada sesiapa yang nak join, boleh view giveaway tu kat sini

Gerobok Adria ——>  http://gerobokadria.blogspot.com/2013/09/gerobok-adria-giveaway.html

Semoga Allah murahkan rezeki kepadaku, dan mempermudahkan urusan perkahwinan kami, insyaAllah…amiinnn..

 

Advertisements

pelamin…booked!

Assalamualaikum,

what a lovely day…lovely sangat kan…dtg pagi2 dah kena buat stock take wuwuwuwu…

monday blues??NOOOOO….dah cuti dua hari pon takkan tak cukup lagi kan, padahal dok rumah je pon, dan pegi jumpa wedding planner kejap je pon…

oh my wedding planner sangat baik. dah berminggu eh silap dah sebulan dah orang cakap nak p butik, nak bincang pasal pelamin, tapi tak pegi pon sebab asyik sesat je. bila dah jumpa butik, dia pulak takde kat butik. so perbincangan kami belum dapat dijalankan sampaikan ke minggu lepas.

even dah bertangguh selama sebulan, tapi dia masih tunggu, dan dia block date tu untuk orang, even kami belum bincang dan orang belum wat keputusan untuk hire dia.bagus tak?

dan hari sabtu aritu, orang pon pegi la jumpa dia kat butik. bincang punya bincang, dia tunjuk gambar2 dalam koleksi dia, termasuklah design2 yang dia suka. dia tak stick to her design je, dia byk guide kita, sama2 berkongsi idea lah kiranya. sesetengah wedding planner nak buat pelamin macam design sedia ada je, taknak tukar2 design pon kan.tapi dengan dia ni senang kira, tunjuk design macam mana kita nak, nk add on ape lagi kat pelamin tu, dan dia akan quote harga.

bila dah banyak gambar dia tunjuk, orang mula jadi lalang, tak tau nak pilih pelamin curtain atau panel hahaha…sekarang ni trend pelamin curtain, minimalis dan sweet gitew. padahal sebelum ni memang beria nak pelamin curtain, merata2 survey sebab nak pelamin curtain haha..but end up, orang tetap pilih pelamin yang mula2 orang tunjuk dekat my aunt. nak tau sebab apa orang pilih pelamin tu??? sebabbbb…pelamin tu sangat gorgeous macam pelamin marion caunter!ohhh…sebelum ni memang tak tau pun pelamin tu inspired from marion caunter’s wedding. sampailah wedding planner tu bagitau. gile kau, pelamin cam artis, sape taknak haha…

meh tengok sket pelamin marion caunter

Image

 

Image

 

Image

 

tapi pelamin orang takde la macam ni..mula2 orang request suruh letak kain kedut2 kat panel tu, macam kat panel atas tu..sebab taknak panel tu nampak kosong sangat, nampak kayunya. tp lepas dah add di sana sini, tak jadi dah letak kain kedut2 tu, takut sarat sangat. orang nak pelamin tu simple je, taknak sarat takut tenggelam pengantin kecik molek ni huhu.

lepas bincang, kami stick dengan design ni

Image

Image

 

credit gambar : Jai Harharah Bridal..based in kelantan.. sesapa orang kelantan boleh la usya bridal ni. mekup Kak Jai ni ohsem, pelamin pon ohsem..makan hati tau, sebab tak dapat amek pelamin dengan Kak Jai.

korang nampak tak beza pelamin Marion dengan pelamin Jai? Yessss…bunga juntai2 tu…orang request nak letak bunga juntai2 tu hihi. tapi pelamin cuma 1 panel jelah, dan tepinya akan di’cover’ dengan kain putih, supaya tak nampak tingkap dan langsir kat belakang pelamin, karang jadi warna warni pulak,tak nak ler..tak cantik gambar bila ada background belakang mengganggu.

so kesimpulannya, pelamin cuma 1 panel , tepi pelamin cover dengan kain putih (macam pelamin marion)..dan ada bunga juntai2 (macam pelamin Jai) hihi…mengada betul kan…

tapi berbaloi lah orang mengada dengan harga yang orang bayar..daripada harga basic, kena tambah lagi separuh dari harga basic tu…dush3…tapi takpe, hiasan hamar beradu dah dikeluarkan dari bajet, hias sendiri jela nanti sob3…wedding planner tu pon cakap, daripada 10 customer, cuma 2 orang akan ambik hiasan kamar. orang sendiri buat keputusan untuk keluarkan hiasan kamar dari pakej bila sembang dengan kawan2 yang cakap itu adalah membazir. iyelah, hias beratus2 tapi bukan nk bergambar sangat pon. habis je majlis dorang dah lokah (buka) hiasan tu.bazirrrrr…makanya, duit untuk hiasan kamar tu akan digunakan untuk beli cadar dan kain backdrop wuwuwu… marilah kita pergi mencari cadar pengantin ye..

nanti ada latest news orang akan update lagi. sekian untuk kali ni..

 c ya…

LOL (lots of love)…

NANI

teaser: DIY heavy beaded solemnization shawl

Assalamualaikum,

sekarang ni dalam proses diy shawl dan veil nikah… sambil2 tu masih lagi cari idea.. harap2 berjalan lancar dan menjadi seperti yang diharapkan la, amiinnn…

kali ni orang just nak tunjuk teaser je, beading pada border lace untuk shawl nikah nanti.. dalam gambar nampak simple, tapi sebenarnya beads tu memang sangat sarat. meh tengok

Image

 

Image

 

pearl off white. memang taknak campur warna lain, biar suci murni je warna putih hihi…

actually, lace ni bukan nk patch pada shawl ni. shawl ni warna campagne camtu, sajalah try patch kat shawl ni sementara nak siapkan shawlyang sebenar, tak sabar nak cuba hasilnya, tu pasal sanggup patch sementara kat shawl ni hihi..

ini pun baru 70% macam tu. akan tambah lagi manik di tepi2 lace nanti.

dah kasi teaser ni, cukuplah kot. tak berani janji akan review lagi tentang shawl ni kemudian nanti, takut jadi macam review tunang hari tu, dok tertangguh je sebab belum dapat gambar dari OP. nak complain macam2 tu tak boleh sebab album dah dapat, cuma belum dapat soft copy je..sedih la..

hm…mood rajin dah kembali datang. tak sabar nak buat beadings untuk veil pulak. i can’t wait!

sekarang rasa nak buat macam2..candy box untuk doorgift untuk kanak2 is in my waiting list..tiap kali balik keje nak buat tapi selalu je terbabas, wat benda lain. 2-3 hari lepas buat beading untuk shawl, semalam siapkan tempahan tudung bawal untuk kawan. malam  ni kalau tak buat jugak mungkin akan buat beading untuk veil pulak… bestnya!!! mana la datang semangat ni kan hihi, tetibe je semangat!

ok lah, cukuplah untuk kali ni.. jumpa lagi…

c ya…

Sabah trip : part 1-Sandakan

Assalamualaikum,

amboi, dah lama pergi tapi baru nk update. dah lebih 4 bulan kot haha… biasalah, gambar dalam laptop dan dalam facebook je, malas nak copy hihi. tapi hari ni ter’rajin’ pulak nak copy dan buat entry ni 🙂 ini adalah entry yang banyak gambar. jangan muntah ok, kami semua comel 🙂

anyway, orang pegi sabah ni dengan 2 lagi bestie orang, Faridzah dan Dayah. kami pegi 27 April-1 Mei…3 hari 2 malam di Sandakan, dan 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu.

kami ambik flight A.S-Lcct 27 April. Sampai je sana lepak2 kat airport, tunggu next flight ke Sandakan pulak. kalau x salah pukul 12 lebih ke 1 lebih gitu. lupe, dah 4 bulan kot haha.perjalanan ke Sandakan lebih kurang 3 jam.sakit badan ok dok dalam flight lama2 huhu. sampai je sana ada orang pickup.Pegi makan dulu. peliknya nama2 makanan kat sini. paling pelik adalah ayam dia. bapak besar! sampai ke akhirnya orang masih terfikir, kenapa ayam kat sabah besar2, isinya tak sama macam yang kita dok makan kat semenanjung. ayam apa, ayam belanda ke?huhu…ada sapa2 nak bagi jawapan?

ok2, teruskan..dah lepas makan, pegi cari hotel pulak. pusing2 bandar Sandakan, cari hotel bajet tapi cantik ecewah hihi…Few weeks before kami dah suruh officemate survey hotel kat sana sebab dia pun pegi holiday kat sana. Dan kami memilih Hotel City View, di tengah2 bandar Sandakan. memang puas hati. bilik kemas, teratur, sangat selesa. maaf gambar hotel tu takde, semua dalam laptop.

Keesokan harinya baru kami mulakan jelajah kami di Sandakan. Ecewah, jelajah hokey haha..

ImageCamwhore dulu sebelum pegi jalan2

Image

Ini hotel kami, view dari luar je

Next, pegi ambik kereta sewa. Tragis sikit waktu ni. kami dah book keta sewa. tup2 waktu kami sampai tu, keta takdak. ape ni? macam mana boleh bagi keta sewa kat orang lain sedangkan kami dah sewa? ini tidak adil, tidak adil bagikuuuu~~~ sedih tau. Kua pukul 7 pagi, bajet nak p jalan merata, tup2 pukul 12 baru dapat keta. so kami pegi jalan2 kat bandar dulu. jalan kaki je, dekat sangat. pegi pasar, borong rumpai laut, borong makanan laut, fuhhh… memang seronok la sape dok Sandakan. hari2 makan rumpai laut. kat semenanjung dijual dengan harga RM10 untuk 100 gram. kat sana RM8-RM12 ke sekilo!!! ko gile??? untung banyak gile kot!

Destinasi pertama kami adalah Sepilok Rainforest Discovery Centre, mau tengok orang utan…

Image

Image

Sandakan ni kecik je, jadi tak ramai orang pun. nak parking pon mudah. tiket masuk ke Sepilok ni RM5 seorang untuk dewasa. Manakala kalau korang bawak kamera, kena bayar lagi RM10 uols

Image

Dalam sehari 2 kali je korang boleh tengok orang utan, pukul 9 pagi dan 3 petang. kami pegi yang pukul 3 petang. sebelum jumpa orang utan kita posing jap

Image

Eh2, orang utan dah datang tu, cepat tengok!

Image

Seronok sangat tengok dorang ni, berebut2 makanan la, ada yang buat gaya model la, nak tarik perhatian pengunjung hihi. Comel sangat!

Next, pegi Crocodile Farm pulak.

Image

Kami jalan2 kat luar je, tak masuk dalam pun. dekorasi tempat ni macam tak best, macam tak terjaga, sebab tu kami tak masuk hahaha. tapi kalau tak salah orang, ada pertunjukan buaya jugak kat sini. menyesal pulak tak masuk 😦 takpe la, ada rezeki kalau boleh pi Sandakan lagi, insyaAllah orang akan masuk k

Seterusnya, ke Taman Peringatan Sandakan. Taman peringatan zaman perang dulu. sedih baca cerita tentang tempat ni, tapi tak ingat la nak review balik hihi.Dannnnn di sini jugak lah makam bagi mereka yang meninggal waktu jadi tahanan dulu. Gulp!! Telan liur hahaha…

Kawasan ni sangat cantik. Sempat la jugak feeling2 buat wedding shoot kat sini ehehehe

Image

ImageImage

Ada jugak bas untuk bawak pengunjung ke sini. Bas mini tau. Kat KL ada lagi tak bas mini ni?Ada kat area mana, habaq mai kat cheq…Dah lama gila kot tak naik bas mini sob3

Misi seterusnya, cari makan!!!!!! Jom layan gambaq makanan kat sini, meleleh liur..

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Tau yang mana my feveret? Of course la kepak ayam!!! Ya Allah, cerau air liur, sedapnya… sapa pegi Sandakan tapi tak makan kepak ayam banyak2 anda sememangnya berada dalam kerugian yang teramat2 rugi tau!

Hari terakhir di Sandakan, kami pegi Agnes Keith House. Dekat je dengan bandar, pusing2 bandar sikit dah sampai dah.

Image

Agnes Keith House ni kat atas bukit sikit, tapi takde la tinggi sangat pon. Rumah ni cantik, serius, tapi agak menyeramkan wuwuwu…ini pon serius, i tak main2 tau.. waktu dalam rumah ni orang khusyuk je membaca papan2 tanda yang ada, sampai ditinggalkan oleh dorang berdua. Cuak beb, seram sejuk! Sampai gile hati korang uwaaaa. Bukannya sekali, banyak kali woo…kalau orang lemah semangat mau nangis dah kot. Dah la takde pengunjung lain, kami bertiga je masa tu. Waktu kami dah nak balik baru ada orang lain datang.

Dalam rumah ni takleh tangkap gambar, tapi kami sempat jugak snap beberapa keping sebelum ditegur orang yang menjada rumah ni hihi.

Image

Cari persamaan dalam gambar ni 🙂 orang suka sangat gambar ni, tak tau nak terangkan kenapa hihi.

Image

Ni view di luar rumah Agnes Keith. Lepas je pegi sini kali terus ke airport, nk kejar flight ke KK pulak. KK we are coming!

Bersambung di entry seterusnya, Kota Kinabalu!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

idea shawl nikah

Assalamualaikum,

hari ni hari rabu, so takde monday blues…dan bukan jugak wordless wednesday haha… sebab hari ni terasa nak menaip pulak.

dah banyak hari dok google, macam mana la nak buat dengan tudung nikah ni. nak pakai tudung awning ke, shawl kosong ke, tudung arabian ke atau shawl yang ada awning, i mean soft awning.

cari punya cari tapi tak jumpa apa yang orang nak. rasanya waktu tunang dulu banyak je orang jumpa bila orang google. kali ni keluar result merapu2 pulak, tak menepati apa yang dicari pon.

orang ingat nak pakai tudung camni

Image

 

source : Facebook Precious Moment

Image

 

source : Facebook Precious Moment

Image

source :Facebook Zahra Veil

ImageSource: Facebook D’monaliexa

paling suka design num 3…vintage style..tapiiiii…. lace jenis tu sangat susah nak jahit. mana orang nak tuntut ilmu ni huhu. kena menuntut dengan owner Zahra Veil la kot. Owner dia lija, ex-b2b non cinderella story. owh kemana perginya semangat untuk diy ni huhu. nak tempah memang tak mampu, nak cut cost katakan hihi…maklumlah, orang kan baru je keja, baru nak membina hidup hihi…

atau ada sesiapa nak sponsor shawl dan veil untuk orang tak hihi. orang tak reti nak join contest bagai, nak kena link post la, tag blogger2 lain la, ouwh memang tak reti 😦 b2b lain yang byk join contect dan menang tu sangat beruntung, seriously huhu…

ok lah, nak sambung cari idea..doakan urusan orang dipermudahkan…amiiinn…

c ya 🙂

 

dilema baju kahwin…

Assalamualaikum,

hye all…

monday blues..keje tak jalan…online je walaupon internet slow…astaghfirullahalazim…apa la jadi dengan rezeki hari ni, diberkati ke?huhu

weekend aritu dah pegi bridal, dah booked baju sanding. actually i’m not really satisfied with that dress. sebab….baju tu macam kurung moden je. sedangkan orang nak baju yang ala2 princess dress gitu 😦 kalau pakai dress ala princess tu nampak la tinggi. ini nampak katik aje huhu. and 1 more, since baju tu adalah baju sedia ada, makanya baju tu tak mengikut saiz badan orang huhu. waktu kat butik nampak ok je. tapi bila balik rumah, tengok gambar, nampak menggelebeh. dengan bahu jatuh, baju besar. alahai…1 lagi, leher baju pon besar!!! a big no la nak pakai tudung ala arabian pastu masukkan tudung ke dalam baju. my fiance cakap, tak sesuai, sebab leher org jinjang huhu. memang orang tak suka, orang nak pakai macam tunang aritu, pakai tudung awning/soft awning, lepastu pakai shawl. nampak lebih sopan.

orang pon dah pm owner butik tu, but no reply. hmmm masih berfikir, perlu ke orang tukar kepada baju baru.. kalau baju baru, org kena tmbah separuh dari harga baru. agak merugikan jugak sebab orang ada buat survey, kalau buat baju baru, milik sendiri, dari seorang blogger, harganya sama dengan menyewa baju baru dari bridal ni!

ya Allah…dalam dilema…encik tunang la si penenang hati. katanya, tetamu dtg bukan nak tengok pengantin sangat pon, dorang nak makan je. hah, tak tengok pengantin? ingat ni open house ke, tetamu dtg nak mkn, bukan nk kenal2 dengan tuan rumah sangat? hm…dia ni penenang ke apa ni huhu…

hm…kena fikir lagi…deposit dah bayar, tapi 100 jela..rasa macam nk buat baju baru, with my own design..tapi takut membazir…membazir itu kan amalan syaitonnnnn yang direjam hihi…tapi tak guna jugak pelamin mahal2 tapi pengantin tenggelam kan huhu…macam mana ni, macam mana ni 😦

sekarang dok fikir, apa kata buat 1 baju untuk pakai waktu bertandang tadi. buat ikut my own design hihi…sekarang ni encik tunang cakap nk recycle balik je baju nikah tu untuk pakai waktu majlis kesyukuran di rumah dia..sebab majlis di rumah dia kecik je. my aunt pulak suruh ambik persalinan untuk pakai malam berinai. macam mana ni!!! korang bagi la idea huhu…

orang nak baju camni 😦

Image

 

baju yang orang booked tu pulak macam kurung moden biasa je, macam ni

Image

 

huhu sedih 😦