dilema baju kahwin…

Assalamualaikum,

hye all…

monday blues..keje tak jalan…online je walaupon internet slow…astaghfirullahalazim…apa la jadi dengan rezeki hari ni, diberkati ke?huhu

weekend aritu dah pegi bridal, dah booked baju sanding. actually i’m not really satisfied with that dress. sebab….baju tu macam kurung moden je. sedangkan orang nak baju yang ala2 princess dress gitu😦 kalau pakai dress ala princess tu nampak la tinggi. ini nampak katik aje huhu. and 1 more, since baju tu adalah baju sedia ada, makanya baju tu tak mengikut saiz badan orang huhu. waktu kat butik nampak ok je. tapi bila balik rumah, tengok gambar, nampak menggelebeh. dengan bahu jatuh, baju besar. alahai…1 lagi, leher baju pon besar!!! a big no la nak pakai tudung ala arabian pastu masukkan tudung ke dalam baju. my fiance cakap, tak sesuai, sebab leher org jinjang huhu. memang orang tak suka, orang nak pakai macam tunang aritu, pakai tudung awning/soft awning, lepastu pakai shawl. nampak lebih sopan.

orang pon dah pm owner butik tu, but no reply. hmmm masih berfikir, perlu ke orang tukar kepada baju baru.. kalau baju baru, org kena tmbah separuh dari harga baru. agak merugikan jugak sebab orang ada buat survey, kalau buat baju baru, milik sendiri, dari seorang blogger, harganya sama dengan menyewa baju baru dari bridal ni!

ya Allah…dalam dilema…encik tunang la si penenang hati. katanya, tetamu dtg bukan nak tengok pengantin sangat pon, dorang nak makan je. hah, tak tengok pengantin? ingat ni open house ke, tetamu dtg nak mkn, bukan nk kenal2 dengan tuan rumah sangat? hm…dia ni penenang ke apa ni huhu…

hm…kena fikir lagi…deposit dah bayar, tapi 100 jela..rasa macam nk buat baju baru, with my own design..tapi takut membazir…membazir itu kan amalan syaitonnnnn yang direjam hihi…tapi tak guna jugak pelamin mahal2 tapi pengantin tenggelam kan huhu…macam mana ni, macam mana ni😦

sekarang dok fikir, apa kata buat 1 baju untuk pakai waktu bertandang tadi. buat ikut my own design hihi…sekarang ni encik tunang cakap nk recycle balik je baju nikah tu untuk pakai waktu majlis kesyukuran di rumah dia..sebab majlis di rumah dia kecik je. my aunt pulak suruh ambik persalinan untuk pakai malam berinai. macam mana ni!!! korang bagi la idea huhu…

orang nak baju camni😦

Image

 

baju yang orang booked tu pulak macam kurung moden biasa je, macam ni

Image

 

huhu sedih😦

2 thoughts on “dilema baju kahwin…

  1. assalam. hai sis, dulu waktu sy kawin, semua sy buat sendiri kecuali pelamin. kos lebih murah n semua hak milik kekal sy. hehehe. so sy suggest sis tempah la baju baru.tp jgn tempah dgn bridal. tempah dgn tukang jahit. blh buat design sendiri,ukuran badan sendiri n lepas habis majlis, baju2 tu blh simpan buat kenangan.

    • wsalam..
      hye dear🙂
      wah rajin betul buat segalanya sendiri..saya tinggal di kedah, so susah nak cari tailor yang betul2 bagus..baju nikah saya beli yang ready made je, baju resepsi terpaksa sewa..agak kecewa jugak sebab takde design yang saya nak..sampai sekarang masih ralat lagi, betul ke saya nak baju yg saya dah booked tu huhu..
      anyway, sis takde blog ke?boleh saya tengok persiapan wedding u dulu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s