Sabah trip : part 1-Sandakan

Assalamualaikum,

amboi, dah lama pergi tapi baru nk update. dah lebih 4 bulan kot haha… biasalah, gambar dalam laptop dan dalam facebook je, malas nak copy hihi. tapi hari ni ter’rajin’ pulak nak copy dan buat entry ni🙂 ini adalah entry yang banyak gambar. jangan muntah ok, kami semua comel🙂

anyway, orang pegi sabah ni dengan 2 lagi bestie orang, Faridzah dan Dayah. kami pegi 27 April-1 Mei…3 hari 2 malam di Sandakan, dan 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu.

kami ambik flight A.S-Lcct 27 April. Sampai je sana lepak2 kat airport, tunggu next flight ke Sandakan pulak. kalau x salah pukul 12 lebih ke 1 lebih gitu. lupe, dah 4 bulan kot haha.perjalanan ke Sandakan lebih kurang 3 jam.sakit badan ok dok dalam flight lama2 huhu. sampai je sana ada orang pickup.Pegi makan dulu. peliknya nama2 makanan kat sini. paling pelik adalah ayam dia. bapak besar! sampai ke akhirnya orang masih terfikir, kenapa ayam kat sabah besar2, isinya tak sama macam yang kita dok makan kat semenanjung. ayam apa, ayam belanda ke?huhu…ada sapa2 nak bagi jawapan?

ok2, teruskan..dah lepas makan, pegi cari hotel pulak. pusing2 bandar Sandakan, cari hotel bajet tapi cantik ecewah hihi…Few weeks before kami dah suruh officemate survey hotel kat sana sebab dia pun pegi holiday kat sana. Dan kami memilih Hotel City View, di tengah2 bandar Sandakan. memang puas hati. bilik kemas, teratur, sangat selesa. maaf gambar hotel tu takde, semua dalam laptop.

Keesokan harinya baru kami mulakan jelajah kami di Sandakan. Ecewah, jelajah hokey haha..

ImageCamwhore dulu sebelum pegi jalan2

Image

Ini hotel kami, view dari luar je

Next, pegi ambik kereta sewa. Tragis sikit waktu ni. kami dah book keta sewa. tup2 waktu kami sampai tu, keta takdak. ape ni? macam mana boleh bagi keta sewa kat orang lain sedangkan kami dah sewa? ini tidak adil, tidak adil bagikuuuu~~~ sedih tau. Kua pukul 7 pagi, bajet nak p jalan merata, tup2 pukul 12 baru dapat keta. so kami pegi jalan2 kat bandar dulu. jalan kaki je, dekat sangat. pegi pasar, borong rumpai laut, borong makanan laut, fuhhh… memang seronok la sape dok Sandakan. hari2 makan rumpai laut. kat semenanjung dijual dengan harga RM10 untuk 100 gram. kat sana RM8-RM12 ke sekilo!!! ko gile??? untung banyak gile kot!

Destinasi pertama kami adalah Sepilok Rainforest Discovery Centre, mau tengok orang utan…

Image

Image

Sandakan ni kecik je, jadi tak ramai orang pun. nak parking pon mudah. tiket masuk ke Sepilok ni RM5 seorang untuk dewasa. Manakala kalau korang bawak kamera, kena bayar lagi RM10 uols

Image

Dalam sehari 2 kali je korang boleh tengok orang utan, pukul 9 pagi dan 3 petang. kami pegi yang pukul 3 petang. sebelum jumpa orang utan kita posing jap

Image

Eh2, orang utan dah datang tu, cepat tengok!

Image

Seronok sangat tengok dorang ni, berebut2 makanan la, ada yang buat gaya model la, nak tarik perhatian pengunjung hihi. Comel sangat!

Next, pegi Crocodile Farm pulak.

Image

Kami jalan2 kat luar je, tak masuk dalam pun. dekorasi tempat ni macam tak best, macam tak terjaga, sebab tu kami tak masuk hahaha. tapi kalau tak salah orang, ada pertunjukan buaya jugak kat sini. menyesal pulak tak masuk😦 takpe la, ada rezeki kalau boleh pi Sandakan lagi, insyaAllah orang akan masuk k

Seterusnya, ke Taman Peringatan Sandakan. Taman peringatan zaman perang dulu. sedih baca cerita tentang tempat ni, tapi tak ingat la nak review balik hihi.Dannnnn di sini jugak lah makam bagi mereka yang meninggal waktu jadi tahanan dulu. Gulp!! Telan liur hahaha…

Kawasan ni sangat cantik. Sempat la jugak feeling2 buat wedding shoot kat sini ehehehe

Image

ImageImage

Ada jugak bas untuk bawak pengunjung ke sini. Bas mini tau. Kat KL ada lagi tak bas mini ni?Ada kat area mana, habaq mai kat cheq…Dah lama gila kot tak naik bas mini sob3

Misi seterusnya, cari makan!!!!!! Jom layan gambaq makanan kat sini, meleleh liur..

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Tau yang mana my feveret? Of course la kepak ayam!!! Ya Allah, cerau air liur, sedapnya… sapa pegi Sandakan tapi tak makan kepak ayam banyak2 anda sememangnya berada dalam kerugian yang teramat2 rugi tau!

Hari terakhir di Sandakan, kami pegi Agnes Keith House. Dekat je dengan bandar, pusing2 bandar sikit dah sampai dah.

Image

Agnes Keith House ni kat atas bukit sikit, tapi takde la tinggi sangat pon. Rumah ni cantik, serius, tapi agak menyeramkan wuwuwu…ini pon serius, i tak main2 tau.. waktu dalam rumah ni orang khusyuk je membaca papan2 tanda yang ada, sampai ditinggalkan oleh dorang berdua. Cuak beb, seram sejuk! Sampai gile hati korang uwaaaa. Bukannya sekali, banyak kali woo…kalau orang lemah semangat mau nangis dah kot. Dah la takde pengunjung lain, kami bertiga je masa tu. Waktu kami dah nak balik baru ada orang lain datang.

Dalam rumah ni takleh tangkap gambar, tapi kami sempat jugak snap beberapa keping sebelum ditegur orang yang menjada rumah ni hihi.

Image

Cari persamaan dalam gambar ni🙂 orang suka sangat gambar ni, tak tau nak terangkan kenapa hihi.

Image

Ni view di luar rumah Agnes Keith. Lepas je pegi sini kali terus ke airport, nk kejar flight ke KK pulak. KK we are coming!

Bersambung di entry seterusnya, Kota Kinabalu!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s