Archive | October 2013

teaser

Assalamualaikum.

dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk teaser tu..orang nak kasi teaser sikit utk my new project, patching and beading untuk baju bos orang, untuk wedding anak saudara dia sabtu ni.

Image

 

Image

baru siap manik. tak sempat nak patch lace pada baju dulu sebelum manikkan sebab semalam baju masih ada pada tailor..dah dekat pukul 10 malam baru dapat baju tu. tak boleh nak tunggu dah, proses memanik ni kena mulakan awal, takut tak sempat..tak sampai setengah hari dah siap manik untuk waistline dan pergelangan tangan, letih, sakit belakang, dan pening.

malam ni dah kena patch pada baju sebab sabtu ni my bos dah nak pakai, so esok orang dah kena serahkan baju dia. hope she loves it.

anyway, pada sesapa yang nak buat tempahan beadings dan pathing tu, tolong jangan bagi rush order ok. orang ni bekerja sepenuh masa, 8-6, 5 hari seminggu. orang cuma ada hujung minggu untuk menjahit sebab sekarang sibuk dengan persiapan kawen. . wish everything goes well ok.. wish me luck..

bila dah siap nanti orang update lagi..

bye korang…c ya

Advertisements

alkisah gula-gula

Assalamualaikum,

hye korang…wah dah banyak hari rupanya tak update blog. dah 9 hari.kali ni takde cita pasal wedding preparation, orang nak cita pasal gula2. situasi di kedai barang kahwin

orang tengah jalan-jalan dalam kedai. tiba2 terserempak sorang kanak2 lelaki yang comel.

adik:(terkejut)

aku:(pandang je dia buat muka terkejut)

adik:minta maaf

aku:(senyum) *apesal dia mintak maaf, aku tak terkejut pun. tapi pandai pulah dia mintak maaf hihi. comel je*

then orang jalan2 lagi dalam kedai. waktu orang ke kaunter pembayaran, terserempak lagi dengan si comel tu.

aku: adik makan apa tu, gula2?

adik:(diam)*dia takut aku mintak gula2 dia kot???*

aku:adik, tak elok makan gula2, nanti gigi rosak.

adik:gigi kite tak rosak. ipin.

aku: ipin?

adik: gigi ipin rosak

aku: kenapa gigi ipin rosak?dia makan gula2?

adik: dia makan ayam goreng.

aku: oh, dia makan ayam goreng… gigi dia rosak makan ayam goreng?

adik: (angguk2)

lepas tu dia diam sambil tengok2 keliling kedai..

adik: hantu! tu hantu!

aku: mana hantu?mana ada hantu. (aku tengok ke luar kedai, arah yang dia tengok)

adik: tuuuu… (dia tunjuk ke arah patung manequin *betul ke aku eja ni* yang dipakaikan rambut palsu)

aku: tu bukan hantu la. tu patung…

dia diam..nenek dia bukakan plastik gula2. dia jilat2 gula2 lollipop tu..

adik: manis

aku: oh manis ye?

dia diam lagi.nenek dia dah sudah bayar dan dia nak beredar.

aku: byeee….

dia diam. tapi atuk dia yang jawab balik ‘bye’..haha..

cerita ni tak berakhir di sini. waktu aku sampai rumah, gigi geraham aku sakit sangat2. kemudian aku terfikir, kenapa sakit sangat, rasa macam takde makanan melekat kat gigi tu. fikir punya fikir, baru teringat kebelakangan ni aku banyak makan guna2. kononnya letak gula2 tu atas meja kerja sebab boleh makan bila bosan atau untuk hilangkan mengantuk. tapi sekarang gigi sendiri dah sakit. konon nak nasihat budak2 jangan makan gula2, tapi diri sendiri yang makan gula2 sampai sakit gigi haha..

korang semua jangan makan gula2 sangat ok. kang rosak gg..sakit wooo…srrr…sakit!