Archive | November 2013

DIY: doorgift box

Assalamualaikum,

hye all… ni kira maraton, banyak update dalam 1 hari. eh, actually 2 hari hihi.. kesibukan yang teramat sangat kebelakangan ni sampaikan tak sempat nak update. sampai hati bos bagi keje banyak2 bila i dah dekat nk kawen 😦 tak baik tau stresskan bakal pengantin huhu…ok bos, saya menurut perintah walaupon saya tak niat nak cuti panjang huhu..

eh, merepek kerepek sudah. nak cita pasal doorgift box kan haha..actually doorgift box yang orang DIY ni hanya untuk kanak2, untuk letak sweets je, maybe.hihi.. orang buat pakai kertas A4 biasa je, ketebalan 160gsm.memang tebal. ni proses pembikinan serta hasilnya

Image

kertas A4 yang dipotong menjadi saiz A5. kemudian lipat 2. kemudian lipat dan gamkan tepi dan bawah kertas. (maaf orang tak pandai bg penerangan sebab gambar tak banyak). tinggalkan bahagian atas, jangan gam ye. kang nak letak sweets macam mana pulak hihi.

lepastu, lekatlah pulak doily paper. maaf tak ingat saiz pulak haha..

hasilnya akan jadi begini ye korang ye

Image

Image

 

Image

jelas tak hasilnya? lepastu tebuk lubang kat tempat orang pegang tu dan masukkan riben, dan ikat ye..maaf takde gambar hasilnya sebab belum kenduri kan haha.. lepas kenduri nanti baru boleh review.

ni riben yang orang akan guna nanti, pastel uols…

Image

hihihi..tak lari dari tema pastel tu…

tapiiiiii….ada aje tapinya…

my aunt request supaya tambahkan lagi 50 doorgoft tu sebab dia nak bg pada kawan2 ofis dia. kertas A4 warna tu dah habis, so kena lah beli kertas lain kan. yang tak bestnya, takde pastel colour. so dengan terpaksa tapi redha, orang gunakan warna ni

Image

nampak semak2 serpih kertas tu? ha tu tandanya orang memang buat sendiri tau, bukan beli tau hahaha..

buat box ni memang menguji ketahanan mental betul. sebabnya..orang gunakan kertas yang tebal, susah dilipat, susah di gam, susah ditebuk. serius.. tapi takpe, asal orang puas hati. tak buat keje lepas tangan, buat asal jadi je. kenapa orang cakap macam tu?sebab ada jugak kawan yang buat box macam ni, tapi gunakan kertas bunga yang lembik, tak gam, hanya stapler je..kerja lepas tangan hasilnya pon macam lepas tangan lah kan. faham kot apa maksud orang?

lepasni kena fikir nk letak apa pulak dalam box ni. serabut kepala. hal konvo belum setel lagi. ooohhhh permudahkan segala urusanku ya Allah…

DIY : naskah yasin untuk cenderamata

Assalamualaikum,

mari DIY lagi hihi..kali ni bukanlah 100% DIY, tapi cuma mendeko sahaja..orang beli naskah yasin yang dah siap cetak, kemudian percik riben sikit je bagi comei2 sikit hihi..

dan inilah hasil kerastangan orang tu

Image

 

simple je kan, tapi tetap puas hati hihi..rasa macam segala benda pon nk DIY je, seronok tau. orang letakkan thank you tag dan riben di tepi naskah tersebut. so takde lah kosong sangat. sekurang2nya tetamu tahu itu adalah cenderamata dari pengantin ececece hihi.

semoga cenderamata ni nanti akan memberikan manfaat kepada tetamu yang memperolehinya, insyaAllah..

lepasni nak DIY yang lain pulak. centerpiece maybe? centerpiece ni tak boleh buat awal sebab nk guna crepe paper. kalau buat awal kang kemek habis bunga crepe tu. so yang tu kena buat last minute sket. so apa lagi nak buat ni? tinggal 2 minggu je lagi tapi dah tak tahu nk buat apa. rasa macam segala benda dah ada, padahal tak sedar diri yang MUA dan henna takde lagi huhu.. sengal lah nani. hal penting diketepikan..

ok esok lusa (weekend) kita pegi jumpa bridal, katerer, dan cari pelukis henna ok. jangan malas!

jumpa lagi…da…

panduan solat sunat sebelum dah selepas akad nikah

Assalamualaikum,

hari ni orang nak kongsi panduan solat sunat sebelum akad nikah dan selepas upacara akad nikah. sumber dari fuh.my

Solat Sunat Sebelum Nikah

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

membaca doa berikut selepas salam:

Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.

semoga dengan perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua yang bakal mendirikan rumah tangga kelak, termasuklah orang dan encik tunang hihi..insyaAllah, kalau xde halangan boleh lah kami laksanakan solat sunat tu nanti, insyaAllah…

DIY : corsage

Assalamualaikum

ni antara keje orang bila balik keja, buat persiapan kahwin..

orang memang suka DIY mcm2. apa yang boleh buat sendiri, orang buat sendiri je. boleh jimat banyakkkkkk…bukan jimat sikit tau huhu.. faham2 jelah, nak kahwin ni banyak belanjanya. kadang tu rasa, ‘baik aku bayar deposit rumah atau kereta je dr berhabis banyak untuk kenduri kahwin’. memang la tak habis sampai puluhan atau ratusan ribu. cecah angka 20k adalah sangat besar untuk orang huhu. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki keatas kami, permudahkanlah urusan kami, amiinnn..

eh, motif nk tunjuk corsage buatan sendiri, tapi dah melalut hihi.. ini dia corsage tu

Image

 

teruknya warnaaaaaa… tak tahu la kenapa jadi sampai macam ni. banyak kali snap pon masih jadi warna macam ni. maklumlah, fon tak canggih, takde camera 360 bagai tu..takpe, iols bersyukur dengan apa yang ada..

corsage ni untuk ahli keluarga dan sedara mara yang akan membantu hari tu nanti. orang buat 20 je. sekarang dok pikir, macam mana nak letak duit kat corsage tu. maklumlah duit sekarang ni kan materialnya licin. kalau stapler kang terkoyak pulak. nk buat caneeeee????

uhuk2… nanti bila my aunt balik nanti kot kena bebel la, belum letak duit kat corsage tu huhu..oh idea, sila datang membantu huhu..

ok lah, nak pegi lunch.. balik dari lunch nanti orang akan update progress lain pulak..

c ya

beading project

Assalamualaikum,

hye all..

dah lama tak update. tak sempat pon nak buka blog ni. bukan je tak sempat update, nak melawat blog pon tak sempat huhu.. agak sibuk dengan tugasan di pejabat. di rumah lain cerita pulak. rasa serba tak kena, serba tak lengkap je selagi hari besar tu belum berlangsung.

dah hampir 3 minggu orang bagi teaser projek manik baju aritu. kali ni orang nak tunjukkan hasilnya. meh terjah

Image

 

Image

Image

amacam?meriah kan dengan percikan manik yang super sarat. dah macam pengantin dah bos orang hari tu hehe…

sesiapa nak buat tempahan memanik boleh emel orang ok. jangan risau, upah sangat reasonable. u pay more u get more lah kan. orang akan buat ikut bajet. tapi kalau nak rm20 je, orang belikan manik, korang maniklah sendiri hihi… keje 2-3 hari takkan nak ambik upah rm20 je, tak masuk akal langsung huhu.

ok, jumpa lagi.. tata