Archives

teaser: DIY heavy beaded solemnization shawl

Assalamualaikum,

sekarang ni dalam proses diy shawl dan veil nikah… sambil2 tu masih lagi cari idea.. harap2 berjalan lancar dan menjadi seperti yang diharapkan la, amiinnn…

kali ni orang just nak tunjuk teaser je, beading pada border lace untuk shawl nikah nanti.. dalam gambar nampak simple, tapi sebenarnya beads tu memang sangat sarat. meh tengok

Image

 

Image

 

pearl off white. memang taknak campur warna lain, biar suci murni je warna putih hihi…

actually, lace ni bukan nk patch pada shawl ni. shawl ni warna campagne camtu, sajalah try patch kat shawl ni sementara nak siapkan shawlyang sebenar, tak sabar nak cuba hasilnya, tu pasal sanggup patch sementara kat shawl ni hihi..

ini pun baru 70% macam tu. akan tambah lagi manik di tepi2 lace nanti.

dah kasi teaser ni, cukuplah kot. tak berani janji akan review lagi tentang shawl ni kemudian nanti, takut jadi macam review tunang hari tu, dok tertangguh je sebab belum dapat gambar dari OP. nak complain macam2 tu tak boleh sebab album dah dapat, cuma belum dapat soft copy je..sedih la..

hm…mood rajin dah kembali datang. tak sabar nak buat beadings untuk veil pulak. i can’t wait!

sekarang rasa nak buat macam2..candy box untuk doorgift untuk kanak2 is in my waiting list..tiap kali balik keje nak buat tapi selalu je terbabas, wat benda lain. 2-3 hari lepas buat beading untuk shawl, semalam siapkan tempahan tudung bawal untuk kawan. malam  ni kalau tak buat jugak mungkin akan buat beading untuk veil pulak… bestnya!!! mana la datang semangat ni kan hihi, tetibe je semangat!

ok lah, cukuplah untuk kali ni.. jumpa lagi…

c ya…

Advertisements

DIY: teaser: bantal hantaran

Assalamualaikum,

byk benda nak update tapi tak larat nak update. ye orang bukan blogger tegar, sekadar berkongsi apa yang orang buat, yang jadi minat orang.

hari tu dah cerita tentang idea bantal hantaran. bantal dah siap pun. meh nak kasi teaser sket

Image

teaser ke tu?dah clear dah gambar tu haha…

total cost < RM 30

percaya tak?percayalah…orang bukan kedekut. tapi orang berjimat. orang bukanlah orang senang nak habiskan beratus2 untuk hantaran apatah lagi hantaran tunang. ada bakal-bakal pengantin yang upah gubahan hantaran 1 dulang RM 35 keatas. me? less than RM 30 dah boleh dapat 7 bantal hantaran. bunga hantaran pon murah je, DIY jugak. total cost RM100. i’m very sure. biarlah simple but i’m satisfied.

untuk mereka yang nak berjimat, buatlah sendiri ye. tak rugi pon. orang gunakan fiber. ha nak kasi tips ni. kalau nak buat bantal hantaran lebih baik uols gunakan fiber berbanding bantal polisterin. Bantal polisterin bersaiz 13 inci dah harga RM3.80 belum masuk decoration. kalau buat sendiri menggunakan fiber u boleh dapat lebih murah dari tu, trust me. tapi kalau uols gunakan kain yang mahal, lace yang mahal, confirm jadi mahal lah haha..

sesapa nak tempah sila emel orang ok < nani_twin87@yahoo.com >. harga kita nego2 based on your budget…

jumpa di entry lain ye… c ya 🙂

shawl halfmoon

Assalamualaikum

hye all…

ok, since ramai yang respon di entry ini “DIY:ukuran shawl halfmoon” , orang nk bagitau sesuatu supaya tak jadi salah faham ok..

itu bukanlah shawl yang orang buat. itu cuma contoh sebab waktu tu orang belum transfer gambar ke komputer. ini rupa shawl halfmoon yang orang buat

Image

 

tak jelas kan? tak berapa jelas rupanya, tapi masih boleh nampak kan kan kan… shawl ni memang separa bulat, betul2 separa bulat..memang boleh dibuat veil, sebab ianya takkan senteng di belakang bila dipakai.

orang lupa nak tangkap gambar shawl halfmoon 2 layer. maybe next or next or next entry la orang update shawl tu pulak ok. untuk ukuran, sila refer link di atas…

sekian ye uols…

selamat mencuba…da 🙂

next project…

Assalamualaikum,

kain dah beli. kali ni warna2 pastel…i love pastel wehuuu…

Image

beli 3 warna je semalam..dok usya warna tiffany tapi tak beli pon. sekarang rasa menyesal pulak. ah nak kena p beli jugak ni warna tiffany tu. kang nanti menyesal pulak hehe.
tak sabarnya nk potong kain…esok cuti bolehlah potong kain..doakan projek kali ni berjaya ok..percubaan menyediakan shawl halfmoon layer pulak ni. entah menjadi entahkan tidak…pray for me tau…

wait for my next project ya…nanti dah siap orang review 🙂

ok da…c ya…

my DIY halfmoon shawl

Assalamualaikum,

baru2 ni one of my friend nak tengok macam mana rupa shawl halfmoon yang orang DIY sendiri tu. orang ingatkan orang dah upload dlm blog, rupanya belum lagi.so tunjuk jela shawl oren yang tak siap dimanikkan lagi tu hahaha…

so sekarang orang nak tunjuk shawl yang dah siap. bukan shawl oren tu, tapi shawl lain. malas taip panjang. ni dia shawl tak seberapa tu

Image

maaf takde gambar tudung saja, so terpaksa la upload gambar tuannya sekali hahaha…jangan pengsan ok…

actually bahagian atas tudung tu orang jahit lace sikit. saja buat lain dari yang lain. dah kata pon tangan gatal kan hehe. tudung plain dah ada, bermanik dah ada, so buat yang ada lace pulak. teringin nak buat yang 2 layer pulak lepas ni, tapi mesin jahit tu macam demam pulak. demam apa ntah lama sangat. nak orang baling dalam sungai belakang rumah kot?hahaha…

so, any comment?anyway, i really loves this shawl…

selamat mencuba 🙂 

DIY:tudung bawal with 3D flower

Assalamualaikum,

hye all…

3 hari lagi dah nak raya AidilAdha…macam mana dengan persiapan raya korang?baju raya dah ada?kasut raya?tudung raya? ke korang recycle je balik yang lama?

here’s some tips if u nak recycle balik tudung uols…apa kata u ubahsuai tudung tu?kalau before this u pakai tudung plain je, kali ni kita pakai tudung berbunga2 pulak…daripada tudung kosong, kita ubahsuai jadi macam ni

macam mana nak buat?alahai senang kacang je hehe…apa yang u perlukan adalah tudung bawal, kain perca (orang guna kain chiffon), jarum, benang dan manik pearl…

mula2, potong kain tu dalam bentuk bulat. kalau nak lebih senang, buat contoh pada kertas, pedap pada kain dan potong. saiznya terpulang pada uols. orang potong dalam diameter 7cm camtu la, tak pasti pulak. bunga tu tak kecik dan tak besar sangat. macam ni ye

kemudian, jahit di sekeliling kain tu. jahit macam ni ok

lepas jahit di sekeliling kain, tarik benang tu kemas2 sampai bertemu dengan titik mula tadi. uols akan nampak bentuk bunga tu. then u cucukkan jarum tadi di tengah2 kain….letak manik di tengah2 kain dan jahit bagi kemas.ni rupa bentuk bunga yang dah siap

maaf gambar tak jelas 😦

ulang langkah2 ni untuk kepingan2 seterusnya ok, sampai la dapat hasil macam ni

seterusnya, u boleh la jahit bunga2 ni pada tudung u. jahitlah dengan gigih dan penuh kesabaran ok. jahit sampai u dapat hasil yang u inginkan, sampai u puas hati la kiranya 🙂

dan ini hasilnya, tudung yang telah ditransformasi hehehe…

tadaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!

maaf la gambar semua besar gedabak. bila guna quick update tak boleh nak resize gambar. maaf ye huhu…

anyway, selamat mencuba tau korang2 hehe…

kalau rasa nak tempah, boleh je hehe…just let me know ok sayang2 🙂

jumpa lagi, daaaaa……… ;P

 

 

 

 

DIY: ukuran shawl halfmoon

Assalamualaikum,

hye all…

sorry sebab lambat tunaikan janji huhu…bukan sengaja nak melambatkan, tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan iaitu masalah gambar yang tidak dipindahkan ke dalam laptop huhu…anyway shawl yang orang buat tu dah hampir siap…tapi takde gambar full. so orang akan bagi ukuran berdasarkan gambar dari post orang sebelum ni

ni gambar yang orang post sebelum ni

Image

 

credit gambar kepada Google dan tuan punya…

orang gunakan 1.5 meter kain Sayonara Plain Japanese Chiffon. kain ni lebih tebal dari kain Chiffon biasa. ada dijual di Kamdar okeh. lagi satu tu orang tak ingat kain chiffon apa…ala2 japanese jugak la nama dia. kalau uols tanya Sales Assistant kat situ, dorang akan suruh uols ambik lebih dr 1.5 meters. since orang taknak shawl tu terlalu besar dan mengerbang, so orang ambik 1.5 meters je. lagipun orang bukan nak lilit2 shawl ni, just nak pinkan di bawah dagu, dan pinkan di kiri dan kanan bahu. 

ok ni gambar (bukan rajah 🙂 ) untuk ukuran shawl tersebut

Image

jelas kan dengan ukuran tu? ok orang gunakan keseluruhan 1.5 meter kain. makanya diameternya adalah 1.5 meter @ 150 cm.. kalau kita gunakan diameter 150 cm, radiusnya mestilah separuh dari panjang tersebut. so radiusnya adalah 75 centimeter. tau tak kenapa kena gunakan separuh dari diameter tu?sebab…ni kan shawl halfmoon, separa bulat…kalau uols gunakan panjang yang kurang daripada tu, shawl u akan jadi senteng di sana sini. tak cantik okeh huhu… *berdasarkan pengalaman memotong shawl*

lagi 1 tips untuk pastikan yang shawl tu sama panjang dan berbentuk separa bulat, u angkat shawl tu, pegang pada bahagian bucu yang bertindah 3 tu. kalau bahagian bawah shawl tu sama panjang, maknanya shawl u tu dah bulat, so dah bolehlah dibawa untuk dijahit yayyyyy

orang terus je jahit tepi halus untuk shawl tu, senang. bukan semua kedai boleh jahit kelim di tepi tudung, auntie tu pon suruh orang hantar ke kedai lain untuk kelim tepi tudung tu. so orang decide untuk jahit tepi halus je terus, senang dan kemas 🙂

insyaAllah lain kali orang akan upload gambar shawl orang tu. kalau nak tempah pon boleh 🙂

semoga apa yang orang kongsikan ni berguna untuk kalian;P)

jumpa lagi, da ❤

 

 

nota kaki: shawl yg lebih bulat boleh digunakan sebagai veil tunang/nikah/sanding… kalau xnak bulat, boleh runcingkan sedikit di kedua-dua hujungnya…terpulang pada kehendak pemakai…selamat mencuba 🙂