Archives

review : Dermagic Beauty Moisturiser by SimplySiti…day two…

Assalamualaikum,

hye semua…

semalam orang update pasal mencari review produk SimplySiti kan? hari ni orang pulak mau bagi review hehehe…

semalam 1st trial orang pakai produk ni, and hari ni 2nd trial la kiranya…tu pon takde la orang pakai pagi2 lepas mandi. pagi tadi datang ofis pakai compact powder. sampai ofis je cuci muka dan pakai moisturiser ni. tu pun dah pukul 11 pagi.

mula2 pakai memang takde rasa apa. lama2 pakai mula rasa gatal. i don’t know why. tapi rasanya itu normal la. and for me, produk ni best la sebab halus, tak melekit, tak rasa berminyak…

ni rupa orang pada hari kedua cuba produk ni… ini tanpa krim, bedak, apatah lagi mekup…dan gambar ni cuma menggunakan kamera laptop

Image

what do you think?FYI, kulit orang memang takde masalah jerawat yang serius. so jangan terpedaya mengatakan produk ni bagi result yang cepat. dan waktu ni kan orang baru je cuci muka, so tak nampak bersinar bercahaya (berkilat) sangat la…

InsyaAllah lain kali orang bagi review lagi ok… orang mintak kebenaran akak tuan punya produk ni untuk cuba dulu produk ni before decide whether to buy it or not…if i’m satisfied, then i will buy it. if not, faham2 sendiri la kan…

ok itu saja untuk kali ni…

terima kasih sudi baca 🙂

c ya 🙂

Advertisements

Dermagic Beauty Moisturiser by SimplySiti

Assalamualaikum,

pernah dengar tak pasal produk ni? yang ini

Image

i was looking for the review of this product, tapi tak banyak, kecewa huhu… sebelum beli produk ni nak tau jugak review dari pengguna sebelum ni kan, dari review tu la akan mempengaruhi pembuatan keputusan hahaha… setahu orang produk ni dibuat daripada tumbuh-tumbuhan dan sesuai untuk kulit orang Asia sebab ianya dihasilkan di Korea. berbeza dengan sesetengah produk lain yang top-top yang dibuat di Eropah yang tak sesuai untuk kulit orang Asia.

orang dah try produk ni tapi rasa gatal je kulit. mungkin ia sedang bertindakbalas. *fikir yang positive je*. maklumlah selalunya bila tukar produk memang akan rasa macam tu. but FYI, sejak sebulan ni orang dah tak gunakan apa-apa produk untuk skin care melainkan face cleanser Clean&Clear kot?tu pon pakai seminggu sekali hahaha, gile malas kan.

bila tengok kulit skarang ni memang rasa frust, dah kedut sana sini, dah makin kendur. so how?what should i do?

Back to our topic. This is an anti-ageing, brightening and induce stress-free skin product. it comes with special formulation that contain Plant endorphin which gives exhilarating effect and promotes stress-free skin from which to achieve Balance beauty. Stress-free skin well hydrated, supple and soft. its complexion looks fresh, radiant and relaxed.

With combination of Korean Plant Stem Cells technology and Advanced Hydra-Collagen, this anti-aging & skin lightening cream not only can delay pre-mature aging but also gives you the flawless & youthful cemplexion. Start to see dramatic skin improvements in just 2 weeks!

All these multi-benefits in 1 cream:

  • moisturises
  • stress-free skin
  • lightens
  • evens skin tone
  • minimises pore size
  • calming
  • reduces dark spots
  • reduces fine lines and wrinkles
  • firming
  • lifting with V-shaping effect
  • reduces skin imperfections
  • radiant glow
  • refreshes your skin
  • makes skin softer & more supple

ha itu dia penerangan tentang produk. penat taip balik maklumat dari kotak hehe. apa yang orang suka pasal produk ini adalah teksturnya yang halus. bila kita sapu pada kulit, ia terus meresap ke dalam kulit, takde rasa berminyak, melekit or whatsoever. trust me.

orang masih dalam tempoh percubaan kikiki. kalau rasa ok, orang akan beli produk ni he. kalau rajin nanti orang review lagi…

till next time, c ya 🙂

 

happy birthday!!!!!!

happy birthday to u…

happy birthday to u…

happy birthday to all of u…

happy birthday to u…………

Image

apa?nak 4 cake?melampau!!!

wish 4 kali boley, cake 4 bijik?jgn harap,hahaha…

hari ni tanggal 29 februari, means tahun ni tahun ganjil !!!

mungkin ada yang rasa beruntung sambut special day pada tarikh ni, dan mungkin jugak ada yg sedih, sebab boleh sambut 4 tahun skali 🙂

tapi yang bestnya, tarikh anda tu akan mudah diingati orang, sebab ianya istimewa 🙂

apa2 pun, kita semua istimewa =)

p/s : kalau orang kawen 29 feb pun sambut anniversary tiap 4 tahun skali ke 🙂 hehehe

Image

tudung bawal aidijuma-cetusan idea Datin Norjuma

Assalamualaikum,

setelah lebih sebulan menanti, akhirnya dapt jugak invois dari page owner ni. aku dengan roomate aku dah excited sangat menunngu tudung ni. tapi disebabkan terlalu ramai customer, maka kami terpaksa bersabar,huhu…

memula roomate aku pakai tudung ni dulu, ramai cakap macam student indonesia,hehehe…tapi sekarang, ramai yang berpusu2 beli tudung ni…kelas kau cik merah =)

aku yang sememangnya sukakan tudung bawal, amek la peluang nak beli tudung bawal aidijuma ni, gila kau tak beli, murah sangat2 kot. 5 helai tudung bawal plain or bawal 2 tone cuma rm30!!! ha, hambek kau!!!

tapi disebabkan risau material tudung tu terlalu lembut, aku cuma order 5 helai je…3 untuk cik merah, dan 2 untuk aku…

ini antara idea cara pemakaian tudung bawal ni. credit sepenuhnya kepada page ‘tudung aidijuma-cetusan idea Datin Norjuma’ (belum pandai letak link, korang search sendiri la kat fb ok)

Image

 

pakai inner neck, dan lilit2 je macam lilit shawl…oh, simple but sweet sesangat…

Image

serius, sangat cantik hokey..adakah rupa aku akan sebegini cantik bila pakai tudung ni nanti,huhu

Image

love the maxi dress!!!love the jacket!!!love the tudung!!! uwa…. u’re my inspiration Datin Norjuma =) cantik tanpa perlu tayang2 aurat 🙂

Image

a simple way to wear the tudung…zaman diploma dulu selalu pakai macam ni…motif?perlu ke bergaya sakan untuk pegi kelas je? kau pergi belajar akaun, bukan belajar fesyen k!!!hahaha…

 


zaman ni belum ada tudung ekspres bagai…semua pakai tudung bawal je…sweet kan? rindu bangat kat ampa semua!!!!!!

tutorial: cara memakai tudung bawal dengan lebih trendy

Assalamualaikum,

sekarang trend tudung bawal dah mula hot kembali…ramai kawan2 mula pakai bawal kosong tanpa batu (yang macam aweks2 indonesia pakai)…

dah bosan study tadi, terpikir nak cuba pakai gak…dah pakai tu, rasa cam comel plak,hahaha…pastu mula menggedik tangkap gambar sendiri…

Image

perasan cute,hahaha…

dah2, bosan kan baca nani membebel n syok sendiri,hehe

kat sini nani kasik step2 nak pakai tudung bawal ni macam kat atas tu…ikut step ni, senang je nak faham ni…selamat mencuba =)

1. letak tudung ni sama panjang hokey


2. tarik sebelah tudung tu dan letakkan kat atas bahu. then pandai2 la korang pinkan sikit kat tepi telinga



3.tarik yang sebelah lagi, dan letak atas bahu jugak. kalau tak lipat dan pin, macam ni jadinya


4. kalau nak lipat dan pin pon boleh jugak. lagi kemas.bila angin tiup xde la serabai…

ok,

done!!!

sweet x?hehehe…

selamat mencuba =)

p/s:abaikan model yang keletihan. maaf kualiti gambar agak terok..pakai camera laptop je…0.3 megapixel je,huhu…

update : lupa nak bagitau, ni nani guna bawal biasa yang ada batu tu…

Assalamualaikum,

halu….hehehe…
tekanan jiwa lagi ni hari ni…
bosan tol la dengar luahan2 perasaan bagai…
adoi…xtau nk cakap macam mana…
actually, sgt menakutkan bila tau de org admire kat kita okeh!!!
jauhkanlah, jauhkanlah,huhuhu…
actually, bila aku ckp aku takot, org mula pertikaikan…
susah nak buat mereka2 ni faham…
byk sgt kes skrg ni yang melibatkan sakit hati, cinta tak kesampaian, etc…
mintak dijauhkan…simpang malaikat 44…hope benda tu semua tak jadi pada aku…amin…
maaf ye jejaka2 di luar sana, hati saya cuma untuk encik syg je…fullstop!!! hehehe (poyo sebentar)…
goodnight n sweetdream =)