panduan solat sunat sebelum dah selepas akad nikah

Assalamualaikum,

hari ni orang nak kongsi panduan solat sunat sebelum akad nikah dan selepas upacara akad nikah. sumber dari fuh.my

Solat Sunat Sebelum Nikah

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

membaca doa berikut selepas salam:

Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.

semoga dengan perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua yang bakal mendirikan rumah tangga kelak, termasuklah orang dan encik tunang hihi..insyaAllah, kalau xde halangan boleh lah kami laksanakan solat sunat tu nanti, insyaAllah…

Advertisements

DIY : corsage

Assalamualaikum

ni antara keje orang bila balik keja, buat persiapan kahwin..

orang memang suka DIY mcm2. apa yang boleh buat sendiri, orang buat sendiri je. boleh jimat banyakkkkkk…bukan jimat sikit tau huhu.. faham2 jelah, nak kahwin ni banyak belanjanya. kadang tu rasa, ‘baik aku bayar deposit rumah atau kereta je dr berhabis banyak untuk kenduri kahwin’. memang la tak habis sampai puluhan atau ratusan ribu. cecah angka 20k adalah sangat besar untuk orang huhu. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki keatas kami, permudahkanlah urusan kami, amiinnn..

eh, motif nk tunjuk corsage buatan sendiri, tapi dah melalut hihi.. ini dia corsage tu

Image

 

teruknya warnaaaaaa… tak tahu la kenapa jadi sampai macam ni. banyak kali snap pon masih jadi warna macam ni. maklumlah, fon tak canggih, takde camera 360 bagai tu..takpe, iols bersyukur dengan apa yang ada..

corsage ni untuk ahli keluarga dan sedara mara yang akan membantu hari tu nanti. orang buat 20 je. sekarang dok pikir, macam mana nak letak duit kat corsage tu. maklumlah duit sekarang ni kan materialnya licin. kalau stapler kang terkoyak pulak. nk buat caneeeee????

uhuk2… nanti bila my aunt balik nanti kot kena bebel la, belum letak duit kat corsage tu huhu..oh idea, sila datang membantu huhu..

ok lah, nak pegi lunch.. balik dari lunch nanti orang akan update progress lain pulak..

c ya

beading project

Assalamualaikum,

hye all..

dah lama tak update. tak sempat pon nak buka blog ni. bukan je tak sempat update, nak melawat blog pon tak sempat huhu.. agak sibuk dengan tugasan di pejabat. di rumah lain cerita pulak. rasa serba tak kena, serba tak lengkap je selagi hari besar tu belum berlangsung.

dah hampir 3 minggu orang bagi teaser projek manik baju aritu. kali ni orang nak tunjukkan hasilnya. meh terjah

Image

 

Image

Image

amacam?meriah kan dengan percikan manik yang super sarat. dah macam pengantin dah bos orang hari tu hehe…

sesiapa nak buat tempahan memanik boleh emel orang ok. jangan risau, upah sangat reasonable. u pay more u get more lah kan. orang akan buat ikut bajet. tapi kalau nak rm20 je, orang belikan manik, korang maniklah sendiri hihi… keje 2-3 hari takkan nak ambik upah rm20 je, tak masuk akal langsung huhu.

ok, jumpa lagi.. tata

teaser

Assalamualaikum.

dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk teaser tu..orang nak kasi teaser sikit utk my new project, patching and beading untuk baju bos orang, untuk wedding anak saudara dia sabtu ni.

Image

 

Image

baru siap manik. tak sempat nak patch lace pada baju dulu sebelum manikkan sebab semalam baju masih ada pada tailor..dah dekat pukul 10 malam baru dapat baju tu. tak boleh nak tunggu dah, proses memanik ni kena mulakan awal, takut tak sempat..tak sampai setengah hari dah siap manik untuk waistline dan pergelangan tangan, letih, sakit belakang, dan pening.

malam ni dah kena patch pada baju sebab sabtu ni my bos dah nak pakai, so esok orang dah kena serahkan baju dia. hope she loves it.

anyway, pada sesapa yang nak buat tempahan beadings dan pathing tu, tolong jangan bagi rush order ok. orang ni bekerja sepenuh masa, 8-6, 5 hari seminggu. orang cuma ada hujung minggu untuk menjahit sebab sekarang sibuk dengan persiapan kawen. . wish everything goes well ok.. wish me luck..

bila dah siap nanti orang update lagi..

bye korang…c ya

alkisah gula-gula

Assalamualaikum,

hye korang…wah dah banyak hari rupanya tak update blog. dah 9 hari.kali ni takde cita pasal wedding preparation, orang nak cita pasal gula2. situasi di kedai barang kahwin

orang tengah jalan-jalan dalam kedai. tiba2 terserempak sorang kanak2 lelaki yang comel.

adik:(terkejut)

aku:(pandang je dia buat muka terkejut)

adik:minta maaf

aku:(senyum) *apesal dia mintak maaf, aku tak terkejut pun. tapi pandai pulah dia mintak maaf hihi. comel je*

then orang jalan2 lagi dalam kedai. waktu orang ke kaunter pembayaran, terserempak lagi dengan si comel tu.

aku: adik makan apa tu, gula2?

adik:(diam)*dia takut aku mintak gula2 dia kot???*

aku:adik, tak elok makan gula2, nanti gigi rosak.

adik:gigi kite tak rosak. ipin.

aku: ipin?

adik: gigi ipin rosak

aku: kenapa gigi ipin rosak?dia makan gula2?

adik: dia makan ayam goreng.

aku: oh, dia makan ayam goreng… gigi dia rosak makan ayam goreng?

adik: (angguk2)

lepas tu dia diam sambil tengok2 keliling kedai..

adik: hantu! tu hantu!

aku: mana hantu?mana ada hantu. (aku tengok ke luar kedai, arah yang dia tengok)

adik: tuuuu… (dia tunjuk ke arah patung manequin *betul ke aku eja ni* yang dipakaikan rambut palsu)

aku: tu bukan hantu la. tu patung…

dia diam..nenek dia bukakan plastik gula2. dia jilat2 gula2 lollipop tu..

adik: manis

aku: oh manis ye?

dia diam lagi.nenek dia dah sudah bayar dan dia nak beredar.

aku: byeee….

dia diam. tapi atuk dia yang jawab balik ‘bye’..haha..

cerita ni tak berakhir di sini. waktu aku sampai rumah, gigi geraham aku sakit sangat2. kemudian aku terfikir, kenapa sakit sangat, rasa macam takde makanan melekat kat gigi tu. fikir punya fikir, baru teringat kebelakangan ni aku banyak makan guna2. kononnya letak gula2 tu atas meja kerja sebab boleh makan bila bosan atau untuk hilangkan mengantuk. tapi sekarang gigi sendiri dah sakit. konon nak nasihat budak2 jangan makan gula2, tapi diri sendiri yang makan gula2 sampai sakit gigi haha..

korang semua jangan makan gula2 sangat ok. kang rosak gg..sakit wooo…srrr…sakit!

sticky post: Gerobok Adria Giveaway

Assalamualaikum…

hye korang..dah bertahun-tahun berblogging sejak dari tahun 2009 lagi, ni kali pertama orang nak join giveaway. giveaway ni dianjurkan oleh Gerobok Adria

Image

Gerobok Adria ni terkenal di kalangan b2b kerana shawl dan veil yang ohsem. Bila ada je contest ni, memang takkan lepaskan peluang untuk join! Syarat-syarat penyertaan pun simple je. Antara syarat- syarat penyertaan adalah:

1. Bakal Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan selepas 1 Dec 2013 (wedding orang 8 Dec hihi)
2. Tarikh tutup penyertaan pada 15 October 2013 (dah join 30 Sept 🙂 )

Cara-cara penyertaan pulak adalah:


1. Sila Like page https://www.facebook.com/GerobokAdria dan blog http://gerobokadria.blogspot.com/
2. Create 1 tagline yang bersesuaian dengan logo dan bisnes kami di post/entry ini.
3. Share penyertaan anda di wall sekerap mungkin (untuk FB)
4. Tinggalkan Link anda pada komen di bawah dan buat 1 simple entry (sticky post sehingga 15 Oct) di blog anda (untuk blogger) 

Dan hadiah-hadiahnya sangat ohsem..hadiah-hadiahnya adalah:

Tempat pertama: Beading untuk busana perkahwinan anda (Bernilai RM250)
Tempat kedua: Veil exclusive (Bernilai RM180)

okey, orang dah like page Gerobok Adria dan juga dah follow blognya. Sekarang masanya untuk kongsi tagline yang orang cipta untuk Gerobok Adria.

tagline : GEROBOK ADRIA…MENYERLAHKAN KEANGGUNAN DAN KEJELITAANMU

nak tahu kenapa orang pilih tagline ni? sebabnya….hasil kerja Gerobok Adria tersangatlah cantik! daripada shawl, veil, beadings, semuanya ohsem. seandainya orang menang giveaway ni, pasti orang akan bertambah anggun dan jelita di hari bahagia nanti hihihi.. mulalah berangan ni 🙂

sekarang kena share penyertaan di wall pulak.ok, yang ni senang je, klik je share banyak2 kali hihi..

dan akhir sekali, tinggalkan link pada ruangan komen (di facebook dan di blog).wehuuu mudahnyaaaa…..

sekarang orang nak tunjuk pulak hasil kerja Gerobok Adria, korang mesti terpegun, sangatttt cantikkk…

Image

Image

Cantik kan??? Sememangnya korang akan kelihatan anggun dan jelita dengan sentuhan Gerobok Adria, setuju tak? Jom b2b out there, kita join ramai2… Kalau ada rezeki menang giveaway ni, alhamdulillah…syukur sangat2. Orang memang tengah gigih search tentang shawl dan veil untuk nikah nanti. Giveaway ni sememangnya muncul pada waktu yang tepat. Wedding pon tinggal 2 bulan lebih je lagi. Harap2 ada lah rezeki untuk menang, amiinnn. Kalau tak dapat tempat pertama pun, dapat tempat kedua pun jadilah hihi..

pada sesiapa yang nak join, boleh view giveaway tu kat sini

Gerobok Adria ——>  http://gerobokadria.blogspot.com/2013/09/gerobok-adria-giveaway.html

Semoga Allah murahkan rezeki kepadaku, dan mempermudahkan urusan perkahwinan kami, insyaAllah…amiinnn..

 

pelamin…booked!

Assalamualaikum,

what a lovely day…lovely sangat kan…dtg pagi2 dah kena buat stock take wuwuwuwu…

monday blues??NOOOOO….dah cuti dua hari pon takkan tak cukup lagi kan, padahal dok rumah je pon, dan pegi jumpa wedding planner kejap je pon…

oh my wedding planner sangat baik. dah berminggu eh silap dah sebulan dah orang cakap nak p butik, nak bincang pasal pelamin, tapi tak pegi pon sebab asyik sesat je. bila dah jumpa butik, dia pulak takde kat butik. so perbincangan kami belum dapat dijalankan sampaikan ke minggu lepas.

even dah bertangguh selama sebulan, tapi dia masih tunggu, dan dia block date tu untuk orang, even kami belum bincang dan orang belum wat keputusan untuk hire dia.bagus tak?

dan hari sabtu aritu, orang pon pegi la jumpa dia kat butik. bincang punya bincang, dia tunjuk gambar2 dalam koleksi dia, termasuklah design2 yang dia suka. dia tak stick to her design je, dia byk guide kita, sama2 berkongsi idea lah kiranya. sesetengah wedding planner nak buat pelamin macam design sedia ada je, taknak tukar2 design pon kan.tapi dengan dia ni senang kira, tunjuk design macam mana kita nak, nk add on ape lagi kat pelamin tu, dan dia akan quote harga.

bila dah banyak gambar dia tunjuk, orang mula jadi lalang, tak tau nak pilih pelamin curtain atau panel hahaha…sekarang ni trend pelamin curtain, minimalis dan sweet gitew. padahal sebelum ni memang beria nak pelamin curtain, merata2 survey sebab nak pelamin curtain haha..but end up, orang tetap pilih pelamin yang mula2 orang tunjuk dekat my aunt. nak tau sebab apa orang pilih pelamin tu??? sebabbbb…pelamin tu sangat gorgeous macam pelamin marion caunter!ohhh…sebelum ni memang tak tau pun pelamin tu inspired from marion caunter’s wedding. sampailah wedding planner tu bagitau. gile kau, pelamin cam artis, sape taknak haha…

meh tengok sket pelamin marion caunter

Image

 

Image

 

Image

 

tapi pelamin orang takde la macam ni..mula2 orang request suruh letak kain kedut2 kat panel tu, macam kat panel atas tu..sebab taknak panel tu nampak kosong sangat, nampak kayunya. tp lepas dah add di sana sini, tak jadi dah letak kain kedut2 tu, takut sarat sangat. orang nak pelamin tu simple je, taknak sarat takut tenggelam pengantin kecik molek ni huhu.

lepas bincang, kami stick dengan design ni

Image

Image

 

credit gambar : Jai Harharah Bridal..based in kelantan.. sesapa orang kelantan boleh la usya bridal ni. mekup Kak Jai ni ohsem, pelamin pon ohsem..makan hati tau, sebab tak dapat amek pelamin dengan Kak Jai.

korang nampak tak beza pelamin Marion dengan pelamin Jai? Yessss…bunga juntai2 tu…orang request nak letak bunga juntai2 tu hihi. tapi pelamin cuma 1 panel jelah, dan tepinya akan di’cover’ dengan kain putih, supaya tak nampak tingkap dan langsir kat belakang pelamin, karang jadi warna warni pulak,tak nak ler..tak cantik gambar bila ada background belakang mengganggu.

so kesimpulannya, pelamin cuma 1 panel , tepi pelamin cover dengan kain putih (macam pelamin marion)..dan ada bunga juntai2 (macam pelamin Jai) hihi…mengada betul kan…

tapi berbaloi lah orang mengada dengan harga yang orang bayar..daripada harga basic, kena tambah lagi separuh dari harga basic tu…dush3…tapi takpe, hiasan hamar beradu dah dikeluarkan dari bajet, hias sendiri jela nanti sob3…wedding planner tu pon cakap, daripada 10 customer, cuma 2 orang akan ambik hiasan kamar. orang sendiri buat keputusan untuk keluarkan hiasan kamar dari pakej bila sembang dengan kawan2 yang cakap itu adalah membazir. iyelah, hias beratus2 tapi bukan nk bergambar sangat pon. habis je majlis dorang dah lokah (buka) hiasan tu.bazirrrrr…makanya, duit untuk hiasan kamar tu akan digunakan untuk beli cadar dan kain backdrop wuwuwu… marilah kita pergi mencari cadar pengantin ye..

nanti ada latest news orang akan update lagi. sekian untuk kali ni..

 c ya…

LOL (lots of love)…

NANI