Tag Archive | DIY

DIY: doorgift box

Assalamualaikum,

hye all… ni kira maraton, banyak update dalam 1 hari. eh, actually 2 hari hihi.. kesibukan yang teramat sangat kebelakangan ni sampaikan tak sempat nak update. sampai hati bos bagi keje banyak2 bila i dah dekat nk kawen 😦 tak baik tau stresskan bakal pengantin huhu…ok bos, saya menurut perintah walaupon saya tak niat nak cuti panjang huhu..

eh, merepek kerepek sudah. nak cita pasal doorgift box kan haha..actually doorgift box yang orang DIY ni hanya untuk kanak2, untuk letak sweets je, maybe.hihi.. orang buat pakai kertas A4 biasa je, ketebalan 160gsm.memang tebal. ni proses pembikinan serta hasilnya

Image

kertas A4 yang dipotong menjadi saiz A5. kemudian lipat 2. kemudian lipat dan gamkan tepi dan bawah kertas. (maaf orang tak pandai bg penerangan sebab gambar tak banyak). tinggalkan bahagian atas, jangan gam ye. kang nak letak sweets macam mana pulak hihi.

lepastu, lekatlah pulak doily paper. maaf tak ingat saiz pulak haha..

hasilnya akan jadi begini ye korang ye

Image

Image

 

Image

jelas tak hasilnya? lepastu tebuk lubang kat tempat orang pegang tu dan masukkan riben, dan ikat ye..maaf takde gambar hasilnya sebab belum kenduri kan haha.. lepas kenduri nanti baru boleh review.

ni riben yang orang akan guna nanti, pastel uols…

Image

hihihi..tak lari dari tema pastel tu…

tapiiiiii….ada aje tapinya…

my aunt request supaya tambahkan lagi 50 doorgoft tu sebab dia nak bg pada kawan2 ofis dia. kertas A4 warna tu dah habis, so kena lah beli kertas lain kan. yang tak bestnya, takde pastel colour. so dengan terpaksa tapi redha, orang gunakan warna ni

Image

nampak semak2 serpih kertas tu? ha tu tandanya orang memang buat sendiri tau, bukan beli tau hahaha..

buat box ni memang menguji ketahanan mental betul. sebabnya..orang gunakan kertas yang tebal, susah dilipat, susah di gam, susah ditebuk. serius.. tapi takpe, asal orang puas hati. tak buat keje lepas tangan, buat asal jadi je. kenapa orang cakap macam tu?sebab ada jugak kawan yang buat box macam ni, tapi gunakan kertas bunga yang lembik, tak gam, hanya stapler je..kerja lepas tangan hasilnya pon macam lepas tangan lah kan. faham kot apa maksud orang?

lepasni kena fikir nk letak apa pulak dalam box ni. serabut kepala. hal konvo belum setel lagi. ooohhhh permudahkan segala urusanku ya Allah…

Advertisements

DIY : naskah yasin untuk cenderamata

Assalamualaikum,

mari DIY lagi hihi..kali ni bukanlah 100% DIY, tapi cuma mendeko sahaja..orang beli naskah yasin yang dah siap cetak, kemudian percik riben sikit je bagi comei2 sikit hihi..

dan inilah hasil kerastangan orang tu

Image

 

simple je kan, tapi tetap puas hati hihi..rasa macam segala benda pon nk DIY je, seronok tau. orang letakkan thank you tag dan riben di tepi naskah tersebut. so takde lah kosong sangat. sekurang2nya tetamu tahu itu adalah cenderamata dari pengantin ececece hihi.

semoga cenderamata ni nanti akan memberikan manfaat kepada tetamu yang memperolehinya, insyaAllah..

lepasni nak DIY yang lain pulak. centerpiece maybe? centerpiece ni tak boleh buat awal sebab nk guna crepe paper. kalau buat awal kang kemek habis bunga crepe tu. so yang tu kena buat last minute sket. so apa lagi nak buat ni? tinggal 2 minggu je lagi tapi dah tak tahu nk buat apa. rasa macam segala benda dah ada, padahal tak sedar diri yang MUA dan henna takde lagi huhu.. sengal lah nani. hal penting diketepikan..

ok esok lusa (weekend) kita pegi jumpa bridal, katerer, dan cari pelukis henna ok. jangan malas!

jumpa lagi…da…

teaser: DIY heavy beaded solemnization shawl

Assalamualaikum,

sekarang ni dalam proses diy shawl dan veil nikah… sambil2 tu masih lagi cari idea.. harap2 berjalan lancar dan menjadi seperti yang diharapkan la, amiinnn…

kali ni orang just nak tunjuk teaser je, beading pada border lace untuk shawl nikah nanti.. dalam gambar nampak simple, tapi sebenarnya beads tu memang sangat sarat. meh tengok

Image

 

Image

 

pearl off white. memang taknak campur warna lain, biar suci murni je warna putih hihi…

actually, lace ni bukan nk patch pada shawl ni. shawl ni warna campagne camtu, sajalah try patch kat shawl ni sementara nak siapkan shawlyang sebenar, tak sabar nak cuba hasilnya, tu pasal sanggup patch sementara kat shawl ni hihi..

ini pun baru 70% macam tu. akan tambah lagi manik di tepi2 lace nanti.

dah kasi teaser ni, cukuplah kot. tak berani janji akan review lagi tentang shawl ni kemudian nanti, takut jadi macam review tunang hari tu, dok tertangguh je sebab belum dapat gambar dari OP. nak complain macam2 tu tak boleh sebab album dah dapat, cuma belum dapat soft copy je..sedih la..

hm…mood rajin dah kembali datang. tak sabar nak buat beadings untuk veil pulak. i can’t wait!

sekarang rasa nak buat macam2..candy box untuk doorgift untuk kanak2 is in my waiting list..tiap kali balik keje nak buat tapi selalu je terbabas, wat benda lain. 2-3 hari lepas buat beading untuk shawl, semalam siapkan tempahan tudung bawal untuk kawan. malam  ni kalau tak buat jugak mungkin akan buat beading untuk veil pulak… bestnya!!! mana la datang semangat ni kan hihi, tetibe je semangat!

ok lah, cukuplah untuk kali ni.. jumpa lagi…

c ya…

DIY: teaser veil

Assalamualaikum,

hye all…

hari ni nak kasi teaser je..kepala sakit berdenyut2.. ramai betul orang datang bilik hari ni. letih dok bangun bukak pintu, tersangat letih dan sakit kepala, serius, ini bukan mengada-ngada.

disebabkan bajet yang ketat, makanya segala benda yang boleh dibuat sendiri akan dilakukan sendiri termasuklah veil. asalnya memang taknak lah pakai veil ni, nak pakai shawl je, tapi biarkan sebelah shawl tu terjuntai dan jadi macam veil. tapi bila fikir takut nampak macam Kak Ton pulak. kenal Kak Ton? alaaaa Kak Ton yang comel tu hehehe…

ni proses memanik lace untuk veil

Image

ImageImage

korang nampak macam sarat tak?tengok dalam gambar tak nampak sarat. bila letak kat kain nampak sarat sikit, takde la sarat sangat pun. orang pun taknak sarat2. malulah. orang nak semuanya simple je nanti.

next time orang cerita lah. pening, nak muntah semuanya ada ni. bila ingat balik proses jahit manik ni lagilah rasa nak muntah. bukan letih jahit manik tu, tapi orang memang rasa tak sihat hari ni

jumpa lain entry… c ya

 

bantal hantaran

Assalamualaikum,

hye all…

semalam orang dah buat quick update tentang bantal hantaran. hari ni orang nak cerita alkisah bantal hantaran orang. 

sebelum ni orang dah buat bantal hantaran untuk wedding kawan orang, orang ada update dalam entri beberapa bulan lepas. ni bantal dan hantaran yang orang buat tu

Image

 

Image

 

ini bantal untuk letak mas kahwin

Image

ini bantal untuk diletakkan coklat

orang gunakan polisterin untuk bantal ni, alternatif yang mudah bagi mereka yang tak suka merenyahkan diri mencari kekabu atau fiber. (kira waktu tu orang tak suka renyahkan diri la?). Actually waktu tu kawan org serahkan 100% pada orang. jadi bagi orang ni yang paling mudah. dan dia juga tak letakkan bajet. bagitahu je berapa, dia bayar haha. senang deal dengan orang macam tu.

Sekarang orang tengah cari idea untuk bantal hantaran orang pulak. memandangkan orang nak berjimat, dan mahukan sesuatu yang boleh digunakan semula, maka orang pilih untuk gunakan fiber (manggantikan kekabu). kekabu mahal gile oh. fiber pon dah ada, lebihan waktu tambah fiber dalam bantak strawberry dulu. so orang bercadang nak buat macam ni

Image

 

Image

 

orang tersangatlah berkenan dengan bantal merah tu, yang paling atas tu..cantiknya!!! kalau letak besi macam most b2b letak, mahal tau. so letak je renda, sebab nak letak lace pon mahal hahaha…

asalnya orang dah buat bantal fiber tanpa tapak, tapi macam tak kemas. so bila google lagi barulah dapat idea untuk letakkan papan kek di bawah bantal, barulah bantal tu terletak elok. ni bantal yang orang buat

Image

 

ni bantal sebelum diletakkan sarungnya. kalau buat bantal gini pon renyah jugak, sebab kena buat sarung pulak. kalau buat guna papan kek, just balut-balutkan je, macam ni

Image

 

*gambar sumber dari Google, credit to the owner*

korang bolehlah google untuk cara menyediakan bantal hantaran ni. orang takde buat tutorial, tak sempat, asal buat je kucing ganggu, nak potong kain, nak menjahit pon tak senang, ada je yang mengganggu, cepuk kang! tapi insyaAllah kalau ada kelapangan orang akan tangkap gambar dan update tentang bantal hantaran orang. nampak gayanya kena bukak balik bantal yang dah buat tu, sebab nak letakkan papan kek pulak.

wish me luck… selamat mencuba untuk korang jugak..

c ya 🙂

next projek…DIY veil

Assalamualaikum,

hye all..

few weeks to go. cuak sangat ni, apa pon tak buat lagi. baju belum hantar ke tailor, dulang, bunga, cincin belum cari (ini kronik!)tapi tu semua takde hal, ada duit pegi ambik je kat kedai. masalahnya sekarang yang sangat dirisaukan adalah baju, tudung/shawl, veil dan barang2 hantaran. baju kalau tak sempat beading pakai jelah baju kosong. tudung? pakai tudung awning?ish dah la jarang pakai tudung awning. kalau pakai shawl pon pakai dengan inner. tapi for that day nak pakai dengan inner jugak ke?tu fikir lain kali.

sekarang tengah fikir pasal veil. perkara yang akan  mengambil masa untuk disiapkan. serius. sapa cakap senang nak buat veil? ok dulu waktu suka2 buat shawl with lace memang rasa senang, sebab waktu tu mana ada kejar masa. sekarang rasa macam tak cukup masa je huhu..arghhh stress…

ni antara inspirasi orang

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

semuanya sepesen je kan.. nk buat yang sarat memang idak ler. nak pakai sekejap je pon. asalnya memang taknak pakai veil pon. ingat nak pakai shawl je sudah. sekarang dok berkira2 samada nak letak veil di bahagian awning saja ataupun di keliling hadapan veil. lace ada 2 meter je. nak letak keliling memang tak cukup. rasa macam nak letak kat depan je, kiranya plain veil lah, macam ni

Image

 

ha gini…cantik jugak kan..simple and sweet. hati ni lagi sukakan veil yang last ni. uols rasa macam mana?any suggestion?uols bukan nak bg cadangan pon, kalau bab tutorial laju je tanya macam2 kan…

takpe2 bila dah siap nanti orang update…

c ya 🙂