Tag Archive | doorgift

DIY: doorgift box

Assalamualaikum,

hye all… ni kira maraton, banyak update dalam 1 hari. eh, actually 2 hari hihi.. kesibukan yang teramat sangat kebelakangan ni sampaikan tak sempat nak update. sampai hati bos bagi keje banyak2 bila i dah dekat nk kawen 😦 tak baik tau stresskan bakal pengantin huhu…ok bos, saya menurut perintah walaupon saya tak niat nak cuti panjang huhu..

eh, merepek kerepek sudah. nak cita pasal doorgift box kan haha..actually doorgift box yang orang DIY ni hanya untuk kanak2, untuk letak sweets je, maybe.hihi.. orang buat pakai kertas A4 biasa je, ketebalan 160gsm.memang tebal. ni proses pembikinan serta hasilnya

Image

kertas A4 yang dipotong menjadi saiz A5. kemudian lipat 2. kemudian lipat dan gamkan tepi dan bawah kertas. (maaf orang tak pandai bg penerangan sebab gambar tak banyak). tinggalkan bahagian atas, jangan gam ye. kang nak letak sweets macam mana pulak hihi.

lepastu, lekatlah pulak doily paper. maaf tak ingat saiz pulak haha..

hasilnya akan jadi begini ye korang ye

Image

Image

 

Image

jelas tak hasilnya? lepastu tebuk lubang kat tempat orang pegang tu dan masukkan riben, dan ikat ye..maaf takde gambar hasilnya sebab belum kenduri kan haha.. lepas kenduri nanti baru boleh review.

ni riben yang orang akan guna nanti, pastel uols…

Image

hihihi..tak lari dari tema pastel tu…

tapiiiiii….ada aje tapinya…

my aunt request supaya tambahkan lagi 50 doorgoft tu sebab dia nak bg pada kawan2 ofis dia. kertas A4 warna tu dah habis, so kena lah beli kertas lain kan. yang tak bestnya, takde pastel colour. so dengan terpaksa tapi redha, orang gunakan warna ni

Image

nampak semak2 serpih kertas tu? ha tu tandanya orang memang buat sendiri tau, bukan beli tau hahaha..

buat box ni memang menguji ketahanan mental betul. sebabnya..orang gunakan kertas yang tebal, susah dilipat, susah di gam, susah ditebuk. serius.. tapi takpe, asal orang puas hati. tak buat keje lepas tangan, buat asal jadi je. kenapa orang cakap macam tu?sebab ada jugak kawan yang buat box macam ni, tapi gunakan kertas bunga yang lembik, tak gam, hanya stapler je..kerja lepas tangan hasilnya pon macam lepas tangan lah kan. faham kot apa maksud orang?

lepasni kena fikir nk letak apa pulak dalam box ni. serabut kepala. hal konvo belum setel lagi. ooohhhh permudahkan segala urusanku ya Allah…

DIY : naskah yasin untuk cenderamata

Assalamualaikum,

mari DIY lagi hihi..kali ni bukanlah 100% DIY, tapi cuma mendeko sahaja..orang beli naskah yasin yang dah siap cetak, kemudian percik riben sikit je bagi comei2 sikit hihi..

dan inilah hasil kerastangan orang tu

Image

 

simple je kan, tapi tetap puas hati hihi..rasa macam segala benda pon nk DIY je, seronok tau. orang letakkan thank you tag dan riben di tepi naskah tersebut. so takde lah kosong sangat. sekurang2nya tetamu tahu itu adalah cenderamata dari pengantin ececece hihi.

semoga cenderamata ni nanti akan memberikan manfaat kepada tetamu yang memperolehinya, insyaAllah..

lepasni nak DIY yang lain pulak. centerpiece maybe? centerpiece ni tak boleh buat awal sebab nk guna crepe paper. kalau buat awal kang kemek habis bunga crepe tu. so yang tu kena buat last minute sket. so apa lagi nak buat ni? tinggal 2 minggu je lagi tapi dah tak tahu nk buat apa. rasa macam segala benda dah ada, padahal tak sedar diri yang MUA dan henna takde lagi huhu.. sengal lah nani. hal penting diketepikan..

ok esok lusa (weekend) kita pegi jumpa bridal, katerer, dan cari pelukis henna ok. jangan malas!

jumpa lagi…da…