Tag Archive | wedding

review 2: hantaran

Assalamualaikum,

hye all..lamanya janji nak update alkisah wedding, tapi dengan lambakan kerja yang tak tahu bila akan habis,asyik tertangguh je. plus gambar belum dapat dari OP, jadi takde la bersemangat sangat nak update.

hantaran ni pon tak boleh nak review banyak, sebab ada 1 gambar je. ok lah tu daripada takde hihi. tak sempat nak tangkap gambar tiap satu. sempat tangkap gambar bila semua hantaran dok sekali je. tapi haritu ade perasan yang OP snap gambar hantaran, so hope adalah nanti. jangan dia delete sudah huhu.

tema kami, tiffany+white+yellow+peach. untuk hantaran, haruslah ikut warna tema pengantin iaitu tiffany+white. harus aje, tak wajib pon. mana la nak cari fresh flower warna tiffany kan. makanya, orang pilih warna biru+putih, dan inilah hasilnya

Image

hasil keras tangan saye! hihi.. diinspirasi daripada ini

Image

Image

Image

hasil tak seperti yang diharapkan tapi tetap puas hati. gigih susun hantaran, balut polisterin, balut span basah, cucuk bunga malam sebelum resepsi, kiranya malam nikah la. malam sebelum nikah tu cuma sempat tidur 2 jam. lepas nikah gigih siapkan hantaran pulak. mula pukul 1 pagi, siap pukul 3 pagi. cepat tak?ha mau tau lah kan, dalam 2 jam boleh siap 9 dulang, sebab tu hasilnya macam tu. buat pulak berdua je, me and my sis. my sis asyik merungut ‘aku ngantuk, aku ngantuk’. stress! si pengantin ni dengan demam teruk, dengan tak cukup tido, tak cukup rehat, tergamaknya hatimu cakap begitu huhu. tahankan je hati ni.buat cepat2 supaya cepat siap.

takde orang membantu dah 1 hal. lagi 1 hal, bunga tu tak seperti yang diharapkan. orang tempah 2 dozen kekwa biru dan 2 dozen kekwa putih, gred A punya, bayar lebih la kan untuk gred bagus, bunga kembang dan banyak. tapiiii!!! sakitnya hati ni!!! balik je rumah, tengok bunga tu, adoi la, sampai hati ko kan nyonya tua. dah la kerek kemain, pastu ko bungkuskan aku bunga gred bodoh kan! geram sebab dah tempah awal, bayar mahal untuk bunga yang elok. memang geram sangat. takpe nyonya, hari tu ko buat kat aku, pasni client ko buat kat ko pulak. Allah je yang akan membalasnya.

actually banyak lagi nak diceritakan tentang hantaran ni. last minute decide untuk letak alas polisterin, last minute cari barang, last minute membalut polisterin tu. walaupun last minute, tetap puas hati. dalam gambar macam tak cun je, tapi tengok real cun woo…just simple and elegant haha, perasan! my cousin memula mcm pandang sinis je hantaran yang terlalu simple, dan terlalu banyak perkara yang orang DIY. tapi bila digabungkan semuanya, dia cakap ‘eh cantik pulak bila dah letak skali semua ni’. hahaha.. tau takpe! haha..

alas hantaran tu pulak rasanya orang dah penah update sebelum ni. ingat2 lupa ja. itu pon sama, asalnya taknak letak pon kain alas tu, tapi tangan tetiba je gatal nak DIY kan. bila tengok gambar ni, eh cantik pulak hihi. boleh digunakan lagi nanti untuk kakak, abang, sedara mara. itulah kelebihan warna putih hihi. bersih dan suci. eh! macam tak kena je trademark tu hihi.

dah letih menaip. lain kali la orang update lagi. korang sabar eh.. bye korang…

c ya.

Advertisements

teaser: DIY heavy beaded solemnization shawl

Assalamualaikum,

sekarang ni dalam proses diy shawl dan veil nikah… sambil2 tu masih lagi cari idea.. harap2 berjalan lancar dan menjadi seperti yang diharapkan la, amiinnn…

kali ni orang just nak tunjuk teaser je, beading pada border lace untuk shawl nikah nanti.. dalam gambar nampak simple, tapi sebenarnya beads tu memang sangat sarat. meh tengok

Image

 

Image

 

pearl off white. memang taknak campur warna lain, biar suci murni je warna putih hihi…

actually, lace ni bukan nk patch pada shawl ni. shawl ni warna campagne camtu, sajalah try patch kat shawl ni sementara nak siapkan shawlyang sebenar, tak sabar nak cuba hasilnya, tu pasal sanggup patch sementara kat shawl ni hihi..

ini pun baru 70% macam tu. akan tambah lagi manik di tepi2 lace nanti.

dah kasi teaser ni, cukuplah kot. tak berani janji akan review lagi tentang shawl ni kemudian nanti, takut jadi macam review tunang hari tu, dok tertangguh je sebab belum dapat gambar dari OP. nak complain macam2 tu tak boleh sebab album dah dapat, cuma belum dapat soft copy je..sedih la..

hm…mood rajin dah kembali datang. tak sabar nak buat beadings untuk veil pulak. i can’t wait!

sekarang rasa nak buat macam2..candy box untuk doorgift untuk kanak2 is in my waiting list..tiap kali balik keje nak buat tapi selalu je terbabas, wat benda lain. 2-3 hari lepas buat beading untuk shawl, semalam siapkan tempahan tudung bawal untuk kawan. malam  ni kalau tak buat jugak mungkin akan buat beading untuk veil pulak… bestnya!!! mana la datang semangat ni kan hihi, tetibe je semangat!

ok lah, cukuplah untuk kali ni.. jumpa lagi…

c ya…

wedding theme

Assalamualaikum,

hye all…

keje hari ni dah setel.tadi meja semak bukan main, sekarang dah lapang.bosan pulak tengok meja dah lapang, macam takde keje je nk buat. so sekarang kita jamu mata tengok2 tema kawin, baju2 lawa2, pakej perkahwinan, fotografi dan sewaktu dengannya.

orang memang berkenan dengan tiffany. walaupun orang sendiri tak pasti samada warna tu sesuai dengan orang. so warna tu pengantin masih pending., warna untuk family adalah kuning. warna untuk bestie masih lagi dipertimbangkan, samada warna dusty pink atau baby pink. ada kawan suggest dusty pink. warna tu kan tengah in sekarang.

jom kita tengok gabungan warna kuning+tiffany

Image

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

cantik tak? orang suka sangat gabungan warna ni. lain la sikit dari yang orang lain selalu guna…cun cun cun!

ni pulak gabungan kuning dan pink (baby pink and dusty pink), juga palet rona pastel

Image

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

em rasa macam nk demam dah ni…apesal cantik sangat gabungan ni???

tak sabar nk g beli kain utk family members dan bestie..kena tunggu gaji dulu la hahaha…

insyaAllah warna untuk dorang memang antara warna-warna ni je. dah serabut nak fikir warna lain. kalau dok cr warna lain kang jadi macam lalang pulak, kejap ke sana kejap ke sini. kejap nak itu kejap nak ini kannn…..

ape pon orang tetap sukakan pastel. dok pilih warna je tapi belum jumpa bridal. kalau xde warna yang nk tu cane? dah kena buat baju baru. mana ada bajet huhu. kita kan pengantin bajet huhu…

doakan semuanya berjalan lancar ok. amiinnn…

c ya