Archive | March 2011

kesan stress

Assalamualaikum,

aku tengah search kesan2 stress terhadap seseorang. dan ini maklumat yang aku dapat…
selamat membaca…

Dalam jangka masa panjang, stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita. Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri kita. Antara kesan yang akan kita alami adalah seperti ’burn-out’ atau hilang semangat. Disebabkan terlalu tertekan dengan peristiwa demi peristiwa, seseorang itu mengambil keputusan untuk berputus asa kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan degan situasi dan keadaan yang penuh tekanan itu lagi. Hal ini boleh menjejaskan pekerjaan, keluarga dan diri mereka sendiri. Selain itu, tekanan juga boleh menjejaskan aktiviti sosial seseorang itu kerana terlalu tertekan. Individu yang mengalami tekanan biasanya akan merasa rendah diri dan mereka akan memilih untuk bersendiri. Maka berlakunya pengelakan sosial dalam diri mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak bergaul dengan orang ramai seperti biasa. Malangnya keadaan mereka ini akan meletakkan mereka dalam keadaan yang lebih tertekan. Susulan daripada itu, mereka yang berada dalam situasi ini adalah sangat serius. Individu tersebut akan menyebabkan mereka berada ditahap kekecewaan yang teramat sangat. Kekecewaan yang dialami menjejaskan kesihatan mental mereka. Kesan fizikal akibat daripada tekanan juga boleh dilihat, dimana muka mudah menjadi kemerahan dan badan akan mudah untuk keletihan. Cepat letih dari segi fizikal juga berpuca daripada tekanan yang dialami kerana terlalu banyak kekusutan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Lihat betapa seriusnya tekanan jika kita tidak atasinya dengan cara yang betul. Kesan daripada tekanan sahaja seolah-olah boleh menjejaskan keseluruhan kehidupan individu itu. Tekanan yang melampau adalah tidak sihat dan tidak positif untuk kesihatan mental. Sepertimana yang kita tahu, akibat tekanan yang melampau seseorang itu boleh mengalami dipressi dan kesan yang paling teruk lagi individu tersebut terdedah kepada risiko bunuh diri sebagai jalan keluar kepada tekanan yang terlalu teruk ini. Adakah anda semua tahu apakah punca-puncanya?

credit : psikotube.blogspot.com

hanya dia…

Assalamualaikum…

sekadar untuk pengetahuan semua,
dalam hati saya ada taman…
dan taman itu kini milik dia sahaja…
J…I…E…
syg awak sgt2…

what i ask from Him…

I asked for Strength………
And God gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom………
And God gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity………
And God gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage………
And God gave me Danger to overcome.
I asked for Love………
And God gave me Troubled people to help.
I asked for Favours………
And God gave me Opportunities.
I received nothing I wanted
I received everything I needed
My Prayer has been answered

credit : ingatingatlupa.blogspot.com

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

doa untuk kekasih...

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8 ) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri
.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya
.

nauzubillah… mohonlah doa dengan sebaiknya… moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

credit : ingatingatlupa.blogspot.com

TAZKIRAH RINGKAS : BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

jangan bersedih

i luv ISLAM

FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم

credit kepada : http://regenesi0206.hadithuna.com