wedding review:pelamin

Assalamualaikum,

Haiiiiiii semuaaaa…

wah lama betul tak update. bukak je blog dah banyak perubahan.makin smart.. Maaflah ye sebab lambat respon pada komen2 di blog. Rindu sangat dengan blog ni tapi itulah, belum semnagat nak menaip lagi hihi.

Ok kali ni meh nak cerita sikit pasal pelamin. Dulu orang dah penah bagitau nk pelamin yang macam mana kan, ala2 pelamin Marion Counter gitewww…Meh nak tunjuk sikit pelamin kami..

IMG_0706

Actually pelamin ni luas, lebarnya lebih 22 kaki. Memang tutup keseluruhan dinding kat belakang kami. Tapi takde gambar yang tunjuk keseluruhan pelamin tu. sebab terlalu lebar sampai tak boleh capture hihi..

Pelamin orang ambik dr Haasz Boutique Alor Setar. Orang ambik pelamin dengan hiasan meja makan dari Aliya. Pelamin ambik tema putih+bunga gantung kuning. Aliya ni owner bridal ni. Dia baik, senang nak bincang. Buat kerja pon bagus. Hasil kerja dia sangat memuaskan hati. Dia x berkira macam sesetengah bridal. Memang dia bagi yang terbaik dari apa yang dia janji. Orang pernah terserempak dengan dia kat 1 kedai bunga. Dia memang tak berkira langsung beli bunga yang mahal dan berkualiti. Tak macam sesetengah bridal yang asyik recycle bunga yang sama sampai bertahun2.

Kesimpulannya, memang sangat puas hati la ambik pelamin dr Haasz Boutique ni. memang tak menyesal. Two thumbs up for them for their great job. Nnt orang review pasal meja makan pulak k.

C ya.

review 2: hantaran

Assalamualaikum,

hye all..lamanya janji nak update alkisah wedding, tapi dengan lambakan kerja yang tak tahu bila akan habis,asyik tertangguh je. plus gambar belum dapat dari OP, jadi takde la bersemangat sangat nak update.

hantaran ni pon tak boleh nak review banyak, sebab ada 1 gambar je. ok lah tu daripada takde hihi. tak sempat nak tangkap gambar tiap satu. sempat tangkap gambar bila semua hantaran dok sekali je. tapi haritu ade perasan yang OP snap gambar hantaran, so hope adalah nanti. jangan dia delete sudah huhu.

tema kami, tiffany+white+yellow+peach. untuk hantaran, haruslah ikut warna tema pengantin iaitu tiffany+white. harus aje, tak wajib pon. mana la nak cari fresh flower warna tiffany kan. makanya, orang pilih warna biru+putih, dan inilah hasilnya

Image

hasil keras tangan saye! hihi.. diinspirasi daripada ini

Image

Image

Image

hasil tak seperti yang diharapkan tapi tetap puas hati. gigih susun hantaran, balut polisterin, balut span basah, cucuk bunga malam sebelum resepsi, kiranya malam nikah la. malam sebelum nikah tu cuma sempat tidur 2 jam. lepas nikah gigih siapkan hantaran pulak. mula pukul 1 pagi, siap pukul 3 pagi. cepat tak?ha mau tau lah kan, dalam 2 jam boleh siap 9 dulang, sebab tu hasilnya macam tu. buat pulak berdua je, me and my sis. my sis asyik merungut ‘aku ngantuk, aku ngantuk’. stress! si pengantin ni dengan demam teruk, dengan tak cukup tido, tak cukup rehat, tergamaknya hatimu cakap begitu huhu. tahankan je hati ni.buat cepat2 supaya cepat siap.

takde orang membantu dah 1 hal. lagi 1 hal, bunga tu tak seperti yang diharapkan. orang tempah 2 dozen kekwa biru dan 2 dozen kekwa putih, gred A punya, bayar lebih la kan untuk gred bagus, bunga kembang dan banyak. tapiiii!!! sakitnya hati ni!!! balik je rumah, tengok bunga tu, adoi la, sampai hati ko kan nyonya tua. dah la kerek kemain, pastu ko bungkuskan aku bunga gred bodoh kan! geram sebab dah tempah awal, bayar mahal untuk bunga yang elok. memang geram sangat. takpe nyonya, hari tu ko buat kat aku, pasni client ko buat kat ko pulak. Allah je yang akan membalasnya.

actually banyak lagi nak diceritakan tentang hantaran ni. last minute decide untuk letak alas polisterin, last minute cari barang, last minute membalut polisterin tu. walaupun last minute, tetap puas hati. dalam gambar macam tak cun je, tapi tengok real cun woo…just simple and elegant haha, perasan! my cousin memula mcm pandang sinis je hantaran yang terlalu simple, dan terlalu banyak perkara yang orang DIY. tapi bila digabungkan semuanya, dia cakap ‘eh cantik pulak bila dah letak skali semua ni’. hahaha.. tau takpe! haha..

alas hantaran tu pulak rasanya orang dah penah update sebelum ni. ingat2 lupa ja. itu pon sama, asalnya taknak letak pon kain alas tu, tapi tangan tetiba je gatal nak DIY kan. bila tengok gambar ni, eh cantik pulak hihi. boleh digunakan lagi nanti untuk kakak, abang, sedara mara. itulah kelebihan warna putih hihi. bersih dan suci. eh! macam tak kena je trademark tu hihi.

dah letih menaip. lain kali la orang update lagi. korang sabar eh.. bye korang…

c ya.

review 1: baju nikah

Assalamualaikum,

hye semua..

dah berapa hari orang tak jenguk blog ni. sejak sebelum wedding sampailah sekarang, kerja di pejabat banyak sangat. cuti kahwin pun dorang call, tension jadinya huhu. dan dengan sebab tu jugak orang tak sempat nak jenguk blog ni, apatah lagi nak update.lagipun gambar belum dapat dari OP, lagi la tak semangat nak update. tapi hari ni rasa nak update pulak hihi. godek2 pc terjumpa la sikit gambar persalinan nikah tu.

orang tak tempah pun baju nikah tu, orang beli yang ready-made je, senang. tak perlu susah2 fikir material apa nak beli, berapa meter kain nk guna, mana nak cari tailor yang bagus, risau baju tu nanti tak seperti yang diharapkan, dan macam2 lagi la. so akhirnya, ajak tunang (sekarang dah jadi suami) jalan2 di jalan TAR dekat2 nak raya puasa lepas. kami sampai jalan TAR pun dah dekat pukul 10 malam sebab jalan sesak terlampau. makanya dah banyak kedai yang tutup. waktu tu rasa takde harapan dah nk beli baju nikah kat situ.

Tapiiiii……..rezeki menyebelahi kami hihi. sampai kat kedai paling hujung bersebelahan masjid india tu, orang ternampak baju ni, yang menarik perhatian orang. tanya saiz, tanya warna, terus mintak untuk fitting. and we love it! tak payah fikir panjang, terus confirm nak beli, bayar dan blah dari kesesakan manusia hihi. akhirnya dapat jugak baju idaman, mini kurung moden hihi.

baju ni asalnya warna off-white, dengan pearl warna yang sama. so warnanya agak tidak menyerlah. makanyaaaaaaaaaaa…..dengan kerajinan yang tak berapa banyak, orang tambah pearl warna sweet pink hihi. inilah hasil keras tangan orang

Image

close up sikit

Image

 

ini jelah yang mampu dihasilkan. love it!

alhamdulillah, ramai yang puji baju ni. bukan pujiorang yang pakai pun, sentap tau hihi…

ni pulak sekeping gambar yang OP upload

Image

 

sukanyaaaaa!!!

total cost untuk baju orang je kurang dari 300. agak2 berbaloi tak?

lain hari orang update yang lain pulak. got to go, c ya..

introducing, my lovely hubby

Assalamualaikum,

mood kahwin tak habis lagi ni.selagi belum selesai semua majlis, masih terasa debarannya..

nanti orang akan buat review wedding orang. kali ni nak kenalkan encik somi hihi…

meet my husband, mr.Fauzi 🙂

Image

ini encik sayam saya, dia malu2 meow sikit hihi. dia memang pemalu orangnya, tak macam wife dia yang hyper active dan over peramah ni hihi..

he’s mine now ok. amaran keras, jangan ganggu somi saya ehehehe…

love u husband! 😉

DIY: doorgift box

Assalamualaikum,

hye all… ni kira maraton, banyak update dalam 1 hari. eh, actually 2 hari hihi.. kesibukan yang teramat sangat kebelakangan ni sampaikan tak sempat nak update. sampai hati bos bagi keje banyak2 bila i dah dekat nk kawen 😦 tak baik tau stresskan bakal pengantin huhu…ok bos, saya menurut perintah walaupon saya tak niat nak cuti panjang huhu..

eh, merepek kerepek sudah. nak cita pasal doorgift box kan haha..actually doorgift box yang orang DIY ni hanya untuk kanak2, untuk letak sweets je, maybe.hihi.. orang buat pakai kertas A4 biasa je, ketebalan 160gsm.memang tebal. ni proses pembikinan serta hasilnya

Image

kertas A4 yang dipotong menjadi saiz A5. kemudian lipat 2. kemudian lipat dan gamkan tepi dan bawah kertas. (maaf orang tak pandai bg penerangan sebab gambar tak banyak). tinggalkan bahagian atas, jangan gam ye. kang nak letak sweets macam mana pulak hihi.

lepastu, lekatlah pulak doily paper. maaf tak ingat saiz pulak haha..

hasilnya akan jadi begini ye korang ye

Image

Image

 

Image

jelas tak hasilnya? lepastu tebuk lubang kat tempat orang pegang tu dan masukkan riben, dan ikat ye..maaf takde gambar hasilnya sebab belum kenduri kan haha.. lepas kenduri nanti baru boleh review.

ni riben yang orang akan guna nanti, pastel uols…

Image

hihihi..tak lari dari tema pastel tu…

tapiiiiii….ada aje tapinya…

my aunt request supaya tambahkan lagi 50 doorgoft tu sebab dia nak bg pada kawan2 ofis dia. kertas A4 warna tu dah habis, so kena lah beli kertas lain kan. yang tak bestnya, takde pastel colour. so dengan terpaksa tapi redha, orang gunakan warna ni

Image

nampak semak2 serpih kertas tu? ha tu tandanya orang memang buat sendiri tau, bukan beli tau hahaha..

buat box ni memang menguji ketahanan mental betul. sebabnya..orang gunakan kertas yang tebal, susah dilipat, susah di gam, susah ditebuk. serius.. tapi takpe, asal orang puas hati. tak buat keje lepas tangan, buat asal jadi je. kenapa orang cakap macam tu?sebab ada jugak kawan yang buat box macam ni, tapi gunakan kertas bunga yang lembik, tak gam, hanya stapler je..kerja lepas tangan hasilnya pon macam lepas tangan lah kan. faham kot apa maksud orang?

lepasni kena fikir nk letak apa pulak dalam box ni. serabut kepala. hal konvo belum setel lagi. ooohhhh permudahkan segala urusanku ya Allah…

DIY : naskah yasin untuk cenderamata

Assalamualaikum,

mari DIY lagi hihi..kali ni bukanlah 100% DIY, tapi cuma mendeko sahaja..orang beli naskah yasin yang dah siap cetak, kemudian percik riben sikit je bagi comei2 sikit hihi..

dan inilah hasil kerastangan orang tu

Image

 

simple je kan, tapi tetap puas hati hihi..rasa macam segala benda pon nk DIY je, seronok tau. orang letakkan thank you tag dan riben di tepi naskah tersebut. so takde lah kosong sangat. sekurang2nya tetamu tahu itu adalah cenderamata dari pengantin ececece hihi.

semoga cenderamata ni nanti akan memberikan manfaat kepada tetamu yang memperolehinya, insyaAllah..

lepasni nak DIY yang lain pulak. centerpiece maybe? centerpiece ni tak boleh buat awal sebab nk guna crepe paper. kalau buat awal kang kemek habis bunga crepe tu. so yang tu kena buat last minute sket. so apa lagi nak buat ni? tinggal 2 minggu je lagi tapi dah tak tahu nk buat apa. rasa macam segala benda dah ada, padahal tak sedar diri yang MUA dan henna takde lagi huhu.. sengal lah nani. hal penting diketepikan..

ok esok lusa (weekend) kita pegi jumpa bridal, katerer, dan cari pelukis henna ok. jangan malas!

jumpa lagi…da…