Assalamualaikum,
hye all..lamanya janji nak update alkisah wedding, tapi dengan lambakan kerja yang tak tahu bila akan habis,asyik tertangguh je. plus gambar belum dapat dari OP, jadi takde la bersemangat sangat nak update.
hantaran ni pon tak boleh nak review banyak, sebab ada 1 gambar je. ok lah tu daripada takde hihi. tak sempat nak tangkap gambar tiap satu. sempat tangkap gambar bila semua hantaran dok sekali je. tapi haritu ade perasan yang OP snap gambar hantaran, so hope adalah nanti. jangan dia delete sudah huhu.
tema kami, tiffany+white+yellow+peach. untuk hantaran, haruslah ikut warna tema pengantin iaitu tiffany+white. harus aje, tak wajib pon. mana la nak cari fresh flower warna tiffany kan. makanya, orang pilih warna biru+putih, dan inilah hasilnya
hasil keras tangan saye! hihi.. diinspirasi daripada ini
hasil tak seperti yang diharapkan tapi tetap puas hati. gigih susun hantaran, balut polisterin, balut span basah, cucuk bunga malam sebelum resepsi, kiranya malam nikah la. malam sebelum nikah tu cuma sempat tidur 2 jam. lepas nikah gigih siapkan hantaran pulak. mula pukul 1 pagi, siap pukul 3 pagi. cepat tak?ha mau tau lah kan, dalam 2 jam boleh siap 9 dulang, sebab tu hasilnya macam tu. buat pulak berdua je, me and my sis. my sis asyik merungut ‘aku ngantuk, aku ngantuk’. stress! si pengantin ni dengan demam teruk, dengan tak cukup tido, tak cukup rehat, tergamaknya hatimu cakap begitu huhu. tahankan je hati ni.buat cepat2 supaya cepat siap.
takde orang membantu dah 1 hal. lagi 1 hal, bunga tu tak seperti yang diharapkan. orang tempah 2 dozen kekwa biru dan 2 dozen kekwa putih, gred A punya, bayar lebih la kan untuk gred bagus, bunga kembang dan banyak. tapiiii!!! sakitnya hati ni!!! balik je rumah, tengok bunga tu, adoi la, sampai hati ko kan nyonya tua. dah la kerek kemain, pastu ko bungkuskan aku bunga gred bodoh kan! geram sebab dah tempah awal, bayar mahal untuk bunga yang elok. memang geram sangat. takpe nyonya, hari tu ko buat kat aku, pasni client ko buat kat ko pulak. Allah je yang akan membalasnya.
actually banyak lagi nak diceritakan tentang hantaran ni. last minute decide untuk letak alas polisterin, last minute cari barang, last minute membalut polisterin tu. walaupun last minute, tetap puas hati. dalam gambar macam tak cun je, tapi tengok real cun woo…just simple and elegant haha, perasan! my cousin memula mcm pandang sinis je hantaran yang terlalu simple, dan terlalu banyak perkara yang orang DIY. tapi bila digabungkan semuanya, dia cakap ‘eh cantik pulak bila dah letak skali semua ni’. hahaha.. tau takpe! haha..
alas hantaran tu pulak rasanya orang dah penah update sebelum ni. ingat2 lupa ja. itu pon sama, asalnya taknak letak pon kain alas tu, tapi tangan tetiba je gatal nak DIY kan. bila tengok gambar ni, eh cantik pulak hihi. boleh digunakan lagi nanti untuk kakak, abang, sedara mara. itulah kelebihan warna putih hihi. bersih dan suci. eh! macam tak kena je trademark tu hihi.
dah letih menaip. lain kali la orang update lagi. korang sabar eh.. bye korang…
c ya.